Enter your keyword

Wednesday, September 26, 2012

Persediaan Berpantang part 1

By On 7:52:00 PM
Assalamualaikum... salam sayang semua sahabat blogger....

Sejak beberapa minggu ni duk plan cara nak pantang... tak sabar gak... hehe... bukan apa nak maintain kan badan nie kembali.... for this time ps tekad nak pantang betul-betul, follow cara orang2 tua tua... yang penting plan kita punya food....

Tadi balik keje, ps singgah kedai kak ta... memang ps ahli Menang Glassware.... bukan apa senang nak dapatkan barang2 rumah, pinggang mangkuk... tak payah nak p Langkawi walaupun dekat jer ngn rumah ps dalam setengah jam ke Kuala Perlis... harga pun berpatutan dan produknya pun sama kat Langkawi...

Keperluan pantang ni ps memang perlukan  tempat bakar membakar lauk pauk... tak payah gak susah-susah kan mak ps, ps sendiri pun leh buat nanti.... so, ps dapatkan Pemanggang Ajaib...

tadaaaaa..... dah lama nak beli nie, memang produk tengah laku, ps jeryang lambat beli....


ps lum bula kotaknyer, sayang lak... huhu

akhirnya dapat juga produk ni.... Allhamdulillah, rezeki Dia pinjamkan....

Kelebihan Pemanggang Ajaib nie :

klik untuk besarkan...


1. Boleh menggunakan kedua-dua belah bahagian untuk memasak/memanggang. Tidak perlu menggunakan sudit @ penyepit untuk terbalikkan bahan yang dipanggang. Hanya terbalikkan pemanggang ini sahaja. Mudahkan!!

2. Semestinya permukaan kuali tidak melekat jadi tidak perlu kerja-kerja menyental untuk membasuhnya.

3. Memiliki berat yang sederhana & mudah dikendalikan.

4. Direka khas tidak terlalu tebal sehingga sukar dikendalikan @ terlalu nipis hingga makanan yang dipanggang cepat hangus kerana menggunakan bahan ''die-casting''.

5. Memiliki tangkai berpenutup magnet yang kedap & ketat.

6. Bukan sahaja boleh memanggang  ikan, ayam, daging atau seafood malah boleh membakar biskut, roti, kuih bahulu, pizza dan sebagainya.

7. Didatangkan bersama buku resepi poket & getah extra

Pada ibu-ibu, isteri-isteri pastikan jangan ketinggalan untuk memiliki sebuah Pemanggang Ajaib ini dengan harga cuma RM125.00 sahaja.

sumber dari : pemanggang.blogspot

Bukan saja boleh bakar, ikan, ayam, segala macam seafood, nak bakar kek pun boleh k... yang penting cepat 10 minit pun dah masak... menakjubkan... heheee... serba guna...

Lagi excited nak berpantang kan... sekarang ni, kita banyak bersyukur dan senang banyak kemudahan, barang-barang letrik sebagainya pun senang dapat dan bertekbologi... bayangkan zaman-zaman mak-mak kita dulu, semua pakai manual, kayu api, arang dan sebagainya... dengan apa yang ada pada zaman ini, kita mudah membuat kerja dan sebagainya... Bersyukur kita pada Nya jua.... 

Allhamdulillah....






Monday, September 24, 2012

check up for 37 weeks

By On 4:25:00 PM
assalamualaikum... salam sayang semua..tadi, ps p check up.... kata misi dua hari lagi msk 37 mgu, dah kena get ready puan.. alaahai, plannya hari sabtu nie nak blk kg tp next week ada appoitment ngn doktor pakar, so kena tunda la blk sabtu mgu  dpn.. hope semua dipermudahkan...


Friday, September 21, 2012

Mencari Set Bersalin

By On 7:06:00 PM
Assalamualaikum... salam sayang semua....

Dah lama ps duk cari set bersalin nie... disebabkan en hubby selalu duk promo and citer macam-macam pakai set bersalin ni.... bila dah berapa kali ps duk tanya dengan dia apa nama produk tu sebenar yang staf kat tempat keje dia guna, elok dan berkesan tu... baru la en hubby sebut betul "set bersalin rojam"... sebelum ni memang ps dah agak mesti produk tu....

ps pernah dengar produk rojam dari member sekerja ps gak, dia pernah citer anak menakan dia menantu rojam tu... kelmarin bila duk busy buat keje sesama kami, ps sempat la tanya member ni dan dia pun terus sms anak menakan dia tuk order... hehehe.... insyaAllah next week dapat....


yang tak tahannya, en hubby selalu duk puji staf kat tempat keje dia tu, ok jer... macam tak nampak orang lepas bersalin pun.... staf perempuan yang lain pun turut sama duk puji keberkesanan produk ni.... haishhhh.... tak kira camana pun kita nak rasa juga la ok betul ke produk ni... harganya RM120 bukan ahli..... kalau ahli RM90 sahaja... harga pun boleh tahan murah kan....

memang banyak set bersalin kat luar sana, bila search jer beratus.... tapi pilih yang tepat bagi anda semua... dulu ps makan set bersalin HPA tapi tak habis pun... coz masa tu baby kena jaundices then ps tak disiplin makan banyak2 ubat ni... ubat lain tuk zcer pun makan, last sekali ps hanya ambil gamogen gamat tu saja sampai la putributterfly 2 tahun.... Allhamdulillah ok... 
 
pada ibu mengandung, pilihan di tangan anda buat pilihan yang tepat dengan anda semua untuk memilih sesuatu produk... 
 
 
 
:-)
 
 
 
 
 


Monday, September 17, 2012

Menu Ketika Berpantang Bersalin

By On 6:51:00 PM
Semalam ps duk cari-cari menu pantang bersalin.... Maklum ler 1st baby dulu masa lahir kan putributterfly ps, makan nasi kosng dengan ikan haruan bakar saja.... tapi tu pun xde orang ada gak ps cilok kuih muih masa bulan puasa tu.... semua kuih muih kelantan best2 kan.,... hehehe

tapi kali ni, ps kena la cari altenatif sendiri untuk jaga diri sendiri ni.... dulu hubby ps yang jaga ps kat kampung walaupun berpantang duduk dengan mak ayah ps.... tapi mak ps sentiasa jer busy dengan keje dia.... boleh kira jer berapa kali dia tolong masak nasi dan mandikan putributterfly cucu pertama dia tu.... erm.... nak buat camana kan, mak ps tak de anak ramai, ps cuma dua beradik, dia tak biasa la dengan benda ni semua.... makan masa pantang pun mak suruh makcik tolong tumbuhkan lada hitam tuk ps makan....

kali ni ps siap-siap ler cari menu pantang, hubby ps keje, memang bila ps bersalin baru dia akan balik... time ps bersalin tu may be dia xde la kan... ps kena survive sendiri jaga baby, putributterfly dan diri ni.... insyaAllah hope tak susah kan mak ps... takut nanti kalau susah kat dia.... kalau nak duk rumah mak mertua pun, mesti mak ayah ps tak bagi.... ps harap sangat segalanya dipermudahkan....

menu ps dah dapat dari tenet, hasil cari mencari.... ermmm tapi kena tengok juga, biasa kat kelantan ni benda tak boleh makan tapi kat negeri lain boleh makan.... nanti kang bising lak mak dan makcik2 ps... nak tanya mak dia ada benda yang belum tentu dia tahu....




Makanan Dalam Pantang Lepas Bersalin 

AYAM KUKUS LADA HITAM

Bahan2 : Seketul ayam, sedikit lada hitam, sedikit halia, sebiji bawang putih ( perapkan semua bahan selama 30min )

SAWI MASAK AIR

Bahan2 : Segenggam sawi, sebiji bawang merah dan bawang putih 

IKAN HARUAN REBUS

Bahan2 : Seekor ikan haruan, 2 biji bawang putih, 1 tangkai lada merah, sedikit halia dan lada hitam


IKAN HARUAN BAKAR

Bahan2 : Seketul ikan haruan, 1 biji bawang putih, sedikit lada hitam dan halia ( perapkan selama 30min )

IKAN TENGGIRI GORENG KUNYIT

Bahan2 : Seketul ikan tenggiri, sedikit kunyit hidup, sedikit halia dan lada hitam ( perapkan 30min )

ULAM PEGAGA

Bahan2 : Segenggam pegaga di hiris kasar, sedikit lada hitam dan ikan bilis di tumbuk

IKAN HARUAN KUKUS LADA HITAM

Bahan2 : Seekor ikan haruan, 2 biji bawang putih, sedikit halia dan lada hitam ( perap 30min )


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM KUNYIT

Bahan2 : Seketul ikan tenggiri, 2 biji bawang putih, sekeping asam, sedikit halia

IKAN BILIS GORENG LADA HITAM

Bahan2 : Segenggam ikan bilis, sedikit lada hitam ditumbuk ( gorengkan semua bahan tanpa minyak hingga ikan bilis garing )


makanan dalam pantang
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam





ps : tapi ada makanan kat atas tu kat orang kelantan x bagi makan macam ayam tu, ikan pun ada jenis yang boleh nak tak boleh, ps tak ler arif sangat pasal ni.... tu duk cari info then bandingkan... kalau boleh makan ulaman dan ikan haruan saja pun dah ok.... Allhamdulillah.... 



Check up lagi....

By On 6:32:00 PM
Assalamualaikum.... salam sayang semua...
hari ni ps cuti lagi.... tapi pagi dah keluar p check up baby then kena jumpa doktor sama kes minggu lepas air kencing kotor kan... yang tak larat nak dengar misi membebel cos last week ps p check bp sekali saja.... ye la kan... kesibukkan keje, balik ofis dah pukul berapa... cuti pun memang tak keluar rumah langsung... duk berkurung jer buat aktiviti dalam rumah, kepenatan semakin terasa bila dah nak masuk 9 bulan ni... nak jalan merata pun tak larat....


Tak dapat balik majlis kawin cousin
kelmarin cousin ps kawin kat kg kota bharu pun ps tak balik, plan memang nak balik tapi badan, punggung ni memang tak boleh nak duduk lama2, mula la gelisah bagai... nak drive dari kedah ke kb, walaupun ps duk sebelah memang tak boleh nak tahan. 2 or 3 minggu lagi ps akan balik bersalin kat kampung juga... hope mereka faham kenapa ps tak balik... tahniah kat sepupu ps, semoga kekal hendaknya ke akhir hayat...


Check up perut, jumpa doktor
jumpa misi n doktor satu hal, duk bincang ler ps mmg dah cakap dari awal ps akan balik kampung bersalin kat sana... even last week jumpa doktor pun ps cakap sendiri kat doktor, tapi doktor tak take note... hari ni baru kecoh coz 2/10/12 ps kena jumpa doktor pakar kat hospital jitra.... misi tu siap sound ps lagi "bukan senang kak nak ambil tarikh buat appointment dengan doktor pakar ni".... jumpa lak misi senior, dia cakap tak pe la, takut kang masa dah suntuk, kalau balik kampung kena ambil tarikh jumpa pakar kat sana lagi.... tak pe la saya check and bincang dengan husband dulu macamana.... coz husband saya pun busy dengan konvo nanti takut tak sempat nak hantar saya balik.... then jumpa doktor pulak.... tunjuk result urine ps Allhamdulillah dah ok.... coz pagi tadi duk pulun minum air masak banyak2.... hehe..... doktor cakap xpe la, kalau balik sana 2 mgu lagi terus jumpa misi sana then sana akan buat appointment dengan pakar kat sana... kalau sempat jumpa pakar kat sini, its ok...


Lunch dengan hubby
After siap check up bagai, ps and putributterfly pergi kat tempat keje en hubby lunch sesama.... putributterfly tak pergi sekolah hari ni, mak dia cuti dia pun cuti sama... heh...
Bincang nak balik bila? ps cakap balik jer 6/10 lepas check up doktor kat jitra.... time tu 38 minggu... kalau kat kampung susah pulak ps nak ke klinik then kena ke hospital sana lagi.... tak de orang nak hantar ps... ps tak mahu nak susah kat mak ps pun always busy.... erm... insyaAllah semoga semuanya lancar dan dipermudahkan....




Saturday, September 15, 2012

Menu malas-malas semalam

By On 4:51:00 PM
Semalam, dengan bermalasan tapi kelaparan...
tunggu en hubby balik keje pun lambat...
kalau tak boleh kuar cari makan
nak buat camana stok makanan kat rumah dah kehabisan...

godek-godek dapur jumpa tepung 
em... nak buat apa ye?

lepas fikir,,,
jadi la lemping malas tapi kelaparan
makan dengan madu...


haha.. macam apam balik lak rupenyer...
boleh la dari tak de...


Friday, September 14, 2012

Mulakan aktiviti mendobi baju baby

By On 2:59:00 PM
Assalamualikum.... salam sayang tuk semua....
hehe... hari ni cuti, ps dah start mendobi skit2 pakaian baby.... 
al maklum la kelmarin baru pergi beli pencuci baby nie...
memandangkan ps cuti 4 hari sehingga hari Isnin, 
mula kan aktiviti mendobi baju baby dan mengemas rumah....


Kiddie wash nie jenama Leno, ps ada kupon diskaun 30%, gunakan sebaik mungkin....
Allhamdulillah.... baunya soft wangi macam bedak baby... hehehe... sesuai la kan dengan kulit baby yang lembut...


tempat menjemur memang dalam rumah, ps tak pernah jemur baju kat luar... masalahnya balik keje tak tentu kan, dalam rumah ler tempat pilihan, kalau hujan pun tak basah... malam-malam pun boleh mendobi....


Kain lampin tu, bila kira ada 15 helai jer termasuk yang putributterfly punya masa kecil.. jadi la kan....
bukannya guna banyak pun.... cuma towel jer yang kena tambah lagi....

Tuesday, September 11, 2012

Check up vs raya dan shooting

By On 3:12:00 PM
Allhamdulillah... pagi2 lagi ps dah keluar p klinik dengan putributterfly... 

Check Up
tak pukul 9 dah siap check up and scan semuanya.... tapi bad news lagi la urine kembali k.o.....
Doktor bagi ubat lagi, ubat sebelum ni pun tak minum.... huhuhu...


satu sikap yang tak ok kat diri ni susah nak habiskan ubat ni.... kalau terdesak baru terkial-kial nak makan... 

Majlis Raya
Masuk ofis, pergi taklimat bersama pelajar majoring.... sempat dengar rakan-rakan senior bagi taklimat dan ps tolong jawab soalan-soalan pelajar tentang apa yang mereka kurang faham tentang kerjaya dan
juga bagaimana perlaksanaan tugasan yang di berikan mereka.....

Ada yang tanya macamana dengan bujet, adakah semua tugasan yang diberikan dalam tiga pengkhisusan
periklanan, kewartawan dan penyiaran memerlukan penggunaan duit sendiri...

Alahai, student ni, dari sem 1 ps ajar dorang pasal bujet ni, rakan ps terangkan dan ps tolong jelaskan lagi...
semua majoring, nak buat tugasan guna duit sendiri dan cari penajaan...
mula ayat, ps wish tahniah la pada mereka kerana masa sem 1 kump batch mereka dapat cari sponsor 4 ribu lebih dan dapat terbitkan majalah U-Glam
semua mula dari 0 budget, para pelajar kena usaha dapatkan penajaan segala bagai....
yang penting bagaimana nak manage sesebuah produksi, tak kira produksi penyiaran, periklanan atau kewrtawanan...

Majlis Raya
lepas habis taklimat dengar pelajar, siap sedia nak turun bawah....
suasana dah meriah dengan sound check dan sebagainya tuk majlis raya dan perasmiaan bangunan baru ni... dari bilik dah dengar kemeriahnya....

Allhamdulillah sempat juga menjamu selera di majlis raya ni, tapi kesian ada rakan-rakan yang x sempat makan, mereka tunggu perasmiaan habis, last makanan pun dah habis.... terpaksa mereka makan kat luar.... 


Shooting
Yang paling best, buka jer fb rakan-rakan duk mengomen pasal shooting entry bawah ps ada citer skit.... 

hehe... seronok member sempat tangkap gambar dengan yasmin hamid....
dekan yang sporting pun komen sama... seronok dorang... kekeke.... bukan selalu 
suasana macam ni berlaku kan....



Monday, September 10, 2012

Today : All in One

By On 10:00:00 AM
Assalamualaikum... selamat pagi semua... hari ni ps masuk keje awal sikit dar kelmarin... hehe... dah hantar putributterfly ke sekolah dia terus masuk ofis... 

Production Shooting
em... sampai kat ground floor ofis, nampak krew production tengah angkut equipment... nak prepare shooting tuk hari ni kot.... petang kelmarin, nak balik keje nampak mereka baru habis shooting.... tak tahu shooting drama ke tele, pelakonnya Yasmin Hamid sebagai pensyarah masscom.... rindu suasana shooting macam tu.... tapi dah masuk bidang ni tak de peluang nak aktif kembali.... jadi ibu dengan keje sekarang lagi selesa rasanya.... Allhamdulillah....

Bayangkan,
kalau ps duk dalam bidang lama tu, tak tahu la live skang macamana, may be mewah, banyak boleh buat duit tapi live for family, kawin ke tak belum tentu.... 

walaupun sekarang duit secukup makan, tapi ada live dengan family, anak and husband.... Allhamdulillah....

Esok
Esok ada jamuan raya peringkat universiti kat area ofis ps... ermmm esok pagi juga ps ada appointment doktor n esok pagi juga ada taklimat jabatan dengan pelajar baru... alamat terkejar-kejar la.... en hubby pun kena masuk keje awal juga esok, coz kena prepare tuk jamuan raya tu.... erm... harus kena plan time betul2 ni....
 
 Antara menu jamuan raya esok

Coklat Minda Hijrah
masa drive tadi ps dengar ikim fm promo tentang coklat minda hujrah nie..... sebelum ni dah pernah dengar gak... bila sampai ofis, ps terus google tentang coklat minda nie... macam menarik juga... nak cari ler...

COKLAT MINDA HIJRAH ~ 60 BIJI

HARGA RUNCIT
SM : RM49
S&S: RM52


Khasiat Dan Kebaikan

  • Meningkat dan Menguatkan
  • Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru.
  • Mengatasi rasa gugup
  • Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.
  • Memulihkan fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.
  • Mengekang rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah

Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.


video coklat minda : khasiat dan kelebihan





Sunday, September 9, 2012

Tahniah Safura dan jadi Ibu

By On 5:07:00 PM
Allhamdulillah... tahun ni memang ps tahu ramai blogger2 wanita kita akan mendapat cahaya mata baru.... 1st of all, ps ucapkan tahniah tuk Safura selamat melahirkan baby sulongnya Puteri Imann Sophea pada 7 Sept 2012...



comeynye, mesti seronok jadi ibukan... dia permata, suka duka yang menyinari kehidupan kita....
semoga Safura dan baby sihat hendaknya...
ps ingatkan supaya jaga pantang betul-betul k...
kalau boleh dalam masa setahun, jangan jadi 
macam akak nie, bersalin czer lepas 39 hari dah makan
macam2... tu tak kira makan curi masa bulan puasa lagi...
ais jer pantang sampai setahun...
lepas tu padan muka, sendiri tanggung le sakit urat....
haduiiii...
hehehehe....



Renew Lesan

By On 4:37:00 PM
Tadi mas lunch, ps cakap kat en hubby... lupa lagi nak renew lesen... awal bulan 8 lagi dah expired... Nasib baik la tempat keje ngan rumah dekat dalam 15 minit ke 20 minit je highway.... jarang lak ada polis... itu yang selalu terlupa, tak kisah kan...

lepas lunch en hubby ingatkan lagi tak mau renew lesen ke? "ermm... tak ingat dah ni" parking terus p pejabat pos...


boleh renew tapi kena charge RM15 ringgit sebab ia ikut tarikh lahir.... en hubby cakap "betul la tu, tamat 2014, bukan 2013 tahun depan"... erm.... ye gak kan... so maknanya save la kan... hehe...


1st week 1 sem 2012/2013

By On 4:12:00 PM
assalamualaikum... salam ceria tuk semua... hope semua sihat2 belaka n senyum2 sokmo... hehe

pagi pni ps mask ofis n hantar putributterfly ke sekolah dia lambat! 

pagi-pagi merajuk budak tu, dia tegur ps "baju mama tak ok".... then daddy dia menyampuk, "pandai la oke ke tak ok".... lepas tu terus merajuk tak mau salam dengan daddy dia.... may be gak dia merajuk coz tunggu mak dia ni bersiap lambat... sebab tu lambat semuanya pagi ni....

masuk ofis prepare dan update nota ngajar ps tuk diserahkan pada member ps yang baru habis cuti belajar dan kena mengajar subjek ps... sedar tak sedar sampai lunch...

keluar lunch dengan en hubby, then balik ofis sambung update nota semula... SIAP! Allhamdulillah... duk cari member ps ni nak bagi, dia cakap esok dia ada kelas.... 

pintu di ketuk kawan lain yang datang... mengadu hal kesusahan pagi ni... Al maklumlah, member yang ni pun baru habis cuti belajar dan kena mula mengajar.... sebelum 8.00 pagi dah sampai ke kelas katanya.... tunggu punya tunggu belum sampai orang yang buka pintu kelas... dah la kelmarin datang ofis siapkan nota tuk hari ni, punya excited nak masuk 1st class ni... naik berang jadinya... "tak tahu ke hari ni dah start kelas, buka la pintu kelas awal2".... hehehe..... merungut dia lagi.... ps senyum n mengiuyakan.... bila call main pass pulak tak tahu jabatan mana yang pegang kunci kelas... haish lagi panas ler.... bila dah berang tu, akhirnya sampai juga pihak yang buka bilik kuliah..... tapi bukan untuk bilik kuliah member ni, terpaksa guna bilik lain, coz kunci bilik member tu xde dalam simpanan.... bila boleh masuk kelas, tak tahu lak member ni nak guna facilities kat kelas tu macamana? semua teknologi baru... sampaikan aircorn pun tak tahu nak operate camana.... dengan kepanasan yang sedia panas, hanya dapat discuss tentang assigment je katanya.... kesian member ni...

bila dia cakap pasal aircorn, baru ps terinngat, setiap tenaga pengajar yang masuk ke kelas atau dewan kuliah kena aktifkan staf card terlebih dahulu baru teknologi segala bagai dalam bilik or dewan kuliah tu berfungsi.... Alahai teknologi skang ni!  semua serba canggih.... "mana la akak tahu, report duty pun dorang xde cakap pun pasal ni"... emmm... "xpe la nanti akak pergi ofis tanya".... kesian kelam kabut member... then dia beransur...

pintu bilik diketuk lagi.... kali ni baru datang orang yang ditunggu.... patut la contact pun tak dapat, rupanya dah tak guna nombor lama..... ps terus emeil apa yang patut padanya...  dia cakap dalam 2 hari cuti dia tak dapat apa-apa emel dari ps..... ps tunjuk keje yang ps emeil kat dia, ada dalam send emeil... haish... pelik tuk dia tak dapat! sedangkan member yang sorang lagi dapat! teknologi lagi yang error... 

secanggih mana pun teknologi ada ok dan tak ok juga...

bak kata putributterfly pagi tadi, "baju mama tak ok"

baju ni memang dah lama xtahu la, tahun berapa... bila try padan ps pakai jer la datang ofis hari ni... 

ps/ "x ape la tak ok pun ayang, janji kain dia tak panas, memandangkan cuaca yang sangat panas ni"...



Friday, September 7, 2012

Keje Ku vs Aaron Aziz

By On 1:12:00 PM
Assalamualaikum semua... salam penuh berkat hari Jumaat...

Kisah kelmarin, dek kesibukan pagi dan petang meeting di ofis,
ps terlupa nak p check bp...
Balik rumah baru teringat!

Masa bengkel pagi kelmarin, ps buka emeil kwn attach file...
Then baca tajuk yang click bagi "bengkel ISO + Aaron Aziz"....
ps tanya member apa kaitan Aaron Aziz dengan bengkel kita ni?
member explain... lepas bengkel ni, kita semua dijemput ke majlis Reben Merah yang dihadiri oleh
Aaron Aziz tu...


erm... memang lepas habis bengkel duk kalut2 dengan kawan2, tolong mereka nak buat doc ISO tu, dh lupa Aaron Aziz bagai...

Petang lak, balik jer dari lunch, penyelaras call ada meeting petang ni!.... wokey jap turun... take time... nasib baik meeting petang habis hampir kul 4.00pm, kalau tak terlewat lagi p ambil putributterfly kat sekolah dia...

Malam bila balik rumah, baru teringat Aaron Aziz bagai! tanya en hubby... pasal Aaron Aziz tu, dia cakap Aaron Aziz singgah kat tempat keje dia... Ramai tak orang ambil gambar dengan dia? En hubby cakap "orang buat tak tahu je"... alahai...

dah tua xde la nak excited dengan mereka... baik excited dengan idola kita Rasulullah s.a.w.... mereka cuma public figure, hope mereka buat apa yang public suka...

masa keje production dulu pun, kita xde la nak excited dengan artis, bila keje terpaksa la jadi profesional... takkan nak gedik bagai, walaupun selalu jumpa mereka n muda lagi... kang x de pasal kena buang keje lak time tu.... huh....

Salam sayang semua.....







Tuesday, September 4, 2012

Jamuan Adilfitri 2012 di Ofis Ku dan Sambutan Pelajar Baru

By On 10:10:00 PM
Tadi tengahari kat opis ku ada sedikit jamuan raya aidilfitri... 
memandangkan ada berita sedih yang kami dapat pagi tadi,
kerana dua dari ketua jabatan ku baru kehilangan adik dan ayah mertua 
mereka pagi tadi, kami sambut majlis ini dengan kesederhanaan
dan berdoa agar roh arwah di tempatkan di sisi mereka yang beriman...






erm.. x sempat makan buah ni coz dah full

Allhamdulillah....

selepas makan-makan tu, kami bergegas
ke dewan kuliah untuk sesi suai kenal
dengan pelajar baru pusat pengajian ku


seramai lebih kurang 300 lebih pelajar baru yang berdaftar kelmarin
mengambil kursus di tiga program pusat pengajian ku 
iaitu program ijazah sarjana muda komunikasi (kep), ijazah sarjana muda sains multimedia (kep), dan ijazah sarjana muda teknologi media (kep)....

Checking 34 weeks and Putri Butterfly Flashback of Birthday

By On 11:54:00 AM
Pagi ni ps p klinik check baby... 
Allhamdulillah, semua dh ok....
dah masuk 34 minggu!
urine ps pun dh ok, neg, neg,
tak lagi kotor and tak de lagi gula...
baby pun dah kat bawah...

Minggu lepas doktor bagi ubat kat ps
untuk lawas kencing...


tapi ps hanya minum sekali saja...
Semalam ps pulun duk minum air masak banyak2..
tapi tak larat la pulak, duk ulang p toilet ja....

kalau duk ofis, ps terpaksa meredah 12 buah bilik rakan-rakan
tuk sampai ke toilet...
waarrrggghhhhh...
dah ler ibu buyut ni selalu nak terkuncil...
nasib badan.....

berat ps hanya naik 0.4 kg dalam masa seminggu...
Allhamdulillah....
malam memang ps tak makan nasi dalam seminggu ni...
takut weight terlebih...

Kelmarin
Balik keje kelmarin, ps dan putributterfly singgah
beli barang (makanan ringan)
tuk bagi kawan-kawan tadika
putributterfly...

Gigih ler duk masukkan dalam plastik...
ps prepare dalam 40 orang kawan kelasnya...
ps belum celebrate lagi...
kesian dia!...

nampak kaki dia.... hehe
nak buat camana kan mak ayah dia ni busy jer....
ps tak nak manjakan dia dengan celebration setiap tahun...
kadang-kadang ps fikir ia tak penting
kerana mak ayah ps sendiri tak pernah buat 
sambutan hari jadi bagai dan wish 'hepi birthday' tuk ps 
semasa hayat ps membesar...

sekadar ingat dah wish dia tahu hari lahirnya sudah cukup....
dia faham, dia minta kek!
tapi ps belum kesempatan lagi beli kek kat dia....
kena tempah nampak gayanya...
coz ps tak berkenan corak kek kat kedai tu...

huh...
InsyaAllah, berkesempatan ps 
akan tunaikan tuk putributterfly...

Hari Lahir yang Pertama


Hari Lahir Ke 2 Tahun

Hari Lahir ke 3 Tahun

Putributterfly ni bila dia dah besar, ntah nape camera shy...

Kek disponsor oleh Tok Pa dan Tok Mie...
Hari Lahir ke 3 ni, jatuh pada hari raya ke2 tahun lepas...

Tahun ni lak, raya ke2 yang lalu merupakan
hari lahir ps...
hehe
Selamat hari Lahir Belated
tuk diri sendiri...


hehehe...


Salam...


 

Popular

Follow by Email