Dah Habis Tempoh Berpantang 40 Hari

Allhamdulillah, syukur pada rezekiNya... Dapat bangun bernafas, melihat alam ini... Hari ni dah 42 hari ps bersalin... Allhamdulillah baby pun sihat dan baik sangat....

Memang ikutkan pantang biasa 40 hari, tapi ps kena panjangkan lagi tempoh pantang ps sampai ps betul-betul sembuh...

Dua hari lepas, hari pertama ps keluar bersama baby, putributterfly, cousin dan makcik ps... Ps ikut makcik dan cousin ps pergi berniaga, then kami pergi farmasi Kian Kota Bharu, ps nak cari ubat yag misi suggest kat ps tu... Cousin ps pun ada tanya misi pasal masalah ps ni, sebab dia pun pergi check up kat KK yang sama,... Malangnya ubat yang dikehendaki tu tak de kat farmasi, dan farmasis tu tak tahu pasal ubat yang ps nak... Farmasis hanya suggest ps guna gamat... Jelly Gamat dan juga Gel Kulit Gamat...

Gamat pun ok ler.... memang ps nak cari Jelly Gamat pun... Harga dia RM56.00... Gel Kulit Gamat lak untuk sapu pada bahagian kulit luka sesuai untuk kesihatan dan kecantikan kulit... Harganya RM29.00... 

Putributterfly enterpremmm
Tak kisah la apa ubat pun saya cuba, asalkan tidak mudaratkan kesihatan saya dan baby....


7 comments:

  1. syukur alhamdulillah..akak dah selamat jalani tempoh berpantang. saya dulu berpantang 100 hari jaga makan. g kerja pun still pakai bengkung yg lilit2 tu. hehehe

    ReplyDelete
  2. sy pn guna jeli gamat..kesanny mmg bgs..

    ReplyDelete
  3. slmt merdeka dari pantang PS..hehee..senang rasa hati kan bila dh habis tempoh pantang, boleh juga keluar jalan2..makan pun pasti dah kurang sikit pntang nya..^__^
    harap2 PS cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  4. jeli gamat luxor ni memang terbaik kak.. mmg boleh kasik smbuh luka..

    ReplyDelete
  5. selamat ye =)

    btw..cheqna dah hantar sedikit cenderahati tu....ala..sebab masuk contest cheqna tu =)

    ReplyDelete
  6. dah 40hr ek..lorr cepat pulak rasanya..hikhik..amani pon seronok la bercuti ya

    ReplyDelete
  7. 40 hari ke 44 hari hehehe pantang je 100 hari terbaik tu!

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.