Enter your keyword

Tuesday, November 29, 2011

Monavie vs Celebrex

By On 7:01:00 PM
Pagi tadi aku masuk ofis dengan keadaan yang lemah sekali... tak tahan dengan keadaan tu, selepas semalaman bila pulang dari kerja malam semalam aku terus flag sampai pagi tadi..... aku terus ke pusat kesihatan.... 

Doktor bagi aku ubat tahan sakit celebrex, dengan rekod aku sebelum ni (bulan ni 3 kali dah ke pusat kesihatan), dia bagi aku ubat yang kuat sikit..... Aku kembali ke ofis semula..... makan ubat dan sapu pada kedua kaki macam nak longgar rasanyanyer.... Dalam sejam kaki aku terus ok.... Alamak.... kuat ubat ni! 

Aku call member aku tanya pasal ubat nie, coz dia pernah cerita dia sakit tumit sampai kena inject, lepas makan ubat ni rasa ok.... tapi dia tak suggest makan berterusan. Sempat juga dia promo Monavie kat aku. Dia kata setakat ni dia dah habis minum 3 botol... Alahai, minggu sebelum ni, masuk meeting dengan TNCA pun asyik duk sebut ambil Monavie jer.... hehehe... kuat juga pengaruh Monavie nih....




 Antara Kelebihan Monavie:



Aku sempat search tentang celebrex ni, nak tahu apa kelebihan kekurangannya.....

Apa itu Celebrex
Celebrex (celecoxib) tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs). Ia berfungsi dengan mengurangkan hormon yang menyebabkan keradangan dan kesakitan dalam badan.

Celebrex digunakan untuk merawat kesakitan atau keradangan yang disebabkan oleh keadaan seperti artritis, spondylitis ankylosing, dan kesakitan haid. Ia juga digunakan dalam rawatan polip keturunan di dalam kolon

Celebrex juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan di dalam panduan ubat-ubatan ini.
 
Maklumat penting tentang Celebrex 
Celebrex boleh menyebabkan jantung mengancam nyawa atau masalah peredaran seperti serangan jantung atau strok, terutamanya jika anda menggunakan jangka panjang. Jangan menggunakan Celebrex sejurus sebelum atau selepas pembedahan pintasan jantung (bypass, rasuah, atau bypass arteri koronari).

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai sakit dada, kelemahan, sesak nafas, pertuturan tidak jelas, atau masalah dengan wawasan atau kira-kira.

Celebrex juga boleh menyebabkan kesan serius ke atas perut atau usus, termasuk pendarahan atau penembusan (membentuk lubang). Syarat-syarat ini boleh membawa maut dan boleh berlaku tanpa sebarang amaran ketika anda mengambil Celebrex, terutamanya di kalangan orang dewasa lebih tua.

Hubungi doktor anda serta-merta jika anda mengalami gejala pendarahan perut seperti hitam, berdarah atau najis tinggal, atau batuk darah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi.

Elakkan minum arak ketika mengambil Celebrex. Ia boleh meningkatkan risiko pendarahan perut. Tanya seorang doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan mana-mana sejuk lain, alergi, atau ubat sakit. Ubat-ubatan yang serupa untuk celecoxib yang terkandung dalam banyak ubat-ubatan gabungan. Semak label untuk melihat sama ada ubat mengandungi NSAID (bukan steroid ubat anti-radang) seperti aspirin, ibuprofen, ketoprofen, atau naproxen.


Apa pun apa seplimen yang kita ambil harus teliti dahulu....













Fesyen Anda Macamana?

By On 11:58:00 AM
Image by Google
Kamu rasa kalau kita nak pergi kerja kena pakai cantik-cantik yer? baju, shoes cantik, handbag mahal, tubuh disalut dengan eksesori, make up lawa-lawa... agaknya memang kena macam tu er... nak pulak, orang cakap kena jaga penampilan ler biar sepadan dengan kerja kita (status??? pangkat??? darjat???) apa yang nak dimegahkan yang tak ada apa sebenarnya. Kalau cakap tak ada apa pusing-pusing aku dan laki aku jugak kena marah dek orang tua.... huh! huh! huh! binggung...

Image by Google
walaupun tahu apa yang wajib, harus... tapi tetap binggung bila ia disuarakan oleh ibu, makcik-makcik yang banyak bercakap harus pakai ini dan itu.... allahuallam..... (best gak ada perunding image ni) hehehe....

Ayuh Pelajar Mohon Biasiswa Samsung...

By On 10:52:00 AM

Klik gambar tersebut untuk tumbesaran.
Semua matlumat (syarat) pada gambar di atas...

Hubungi mereka di :

Business Listing

HSD 69244 PT 12692, Mukim Ampangan, Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, 71450, Seremban
  • Tel 60-6-6707389 (Ms Candy)
  • Fax 60-6-6787689 
  • emeil : mk_chiang@samsung.com 
Tarik tutup permohonan 11 Disember 2011
tinggal berapa hari lagi...
cepat!
cepat!




Monday, November 28, 2011

Cepat la Sang Suria Kembali......

By On 2:48:00 PM
Salam...
Dah berapa hari tak post nie...
Cuti 3 hari, 2 hari berkurung kat umah....

Bila la agaknyer mendung akan berakhir....
(walupun musim banjir)
hanya mampu menunggu dan bersabar....

Tiap hari ada kesedihan....

kekadang dah buntu akal dibuatnyer....

huh!

jenuh nak layan....

sakit, pilu, duka, semua ada.....

alamak..... hanya blog pengubat sikit.....

boleh senyum sikit walaupun tak banyak....

nak merapu pun boleh....

tak tahu apa bila akan berakhir.....

dan sinar sang suria ceria di laman ini......

sabar menanti.....




en hubby kata sabar la, Allah sedang uji nie.....


oh
oh
huk
huk
s
a
b
a
r.......





sabar juga separuh daripada IMAN kan...

Monday, November 21, 2011

Sunday, November 20, 2011

Berkawan Dengan Syirik!!! Tanpa Aku Sedar....

By On 7:53:00 PM

Insan yang selalu lupa lagi daif ini, memohon keampunan yang yang tanpa menyedari ada dosa yang menyelubungi nafas yang dihembus!

Aku terbaca artikel ni kat BH... tersentuh, terasa, teringin, terkongsi bersama untuk sama-sama mengingatkan diri kita yang khilaf ini...

Soalan: BAGAIMANAKAH caranya menghilangkan riak? Ketika mahu ke masjid untuk solat, kadangkala terdetik di hati saya untuk orang lain melihat saya. Begitu juga ketika saya mahu memasukkan duit ke tabung masjid, terasa dalam diri agar orang lain melihat. Saya sangat risau semua ibadat yang dilakukan tidak diterima Allah SWT.

Nawawi,
Sungai Penchala, Kuala Lumpur.Jawapan: ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah waba’d. Sebagaimana diketahui bahawa penyakit riak atau berbuat sesuatu kerana mengharapkan agar dilihat dan dipuji manusia, bukan mengharapkan keredaan Allah adalah penyakit berbahaya yang boleh menimpa sesiapa saja, sama ada di kalangan ulama mahupun orang awam. Riak adalah syirik kecil, tapi termasuk antara dosa besar. Seseorang yang melakukan kebaikan diiringi perasaan riak, maka amalan itu gugur dan tiada pahala, bahkan akan mendapat dosa akibat perbuatan riak itu.

Lawan riak adalah ikhlas. Betapa berat dan sukarnya ikhlas ini sehingga seorang ulama pernah berkata: “Aku tidak pernah susah payah melebihi kemampuanku untuk sentiasa ikhlas.” Walaupun demikian, bukanlah bererti ikhlas itu tidak boleh dicapai. Ia boleh dicapai oleh mana-mana orang Islam yang mahu bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan niatnya. Dalam hal ini, ada beberapa perkara perlu diperhatikan agar dapat meraih keikhlasan berkenaan;




  • Pertama – memahami dan sentiasa berusaha mengingati kedudukan ikhlas bagi sahnya sesuatu amal. Tanpa keikhlasan, kebaikan yang diusahakan menjadi sia-sia. Perkara ini hendaklah diperhatikan ketika, sedang, bahkan sesudah melakukan kebaikan, lebih-lebih lagi berkaitan ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.





  • Kedua – berusaha untuk sentiasa memahami serta mengingati besar dan bahayanya dosa riak. Riak juga sangat hampir dengan bangga pada diri sendiri (ujub) serta sombong dan kesombongan itu sangat dekat dengan kekufuran. Lihatlah iblis yang enggan sujud hormat kepada Nabi Adam, akhirnya kufur dan dimurkai Allah SWT. Dalam hadis sahih riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada rasa sombong walaupun sebesar zarah.”





  • Ketiga – bergaul dengan rakan yang salih. Suasana dan kumpulan rakan yang baik akan mendorong seseorang melakukan kebaikan dan malu melakukan keburukan, kemungkaran serta maksiat. Selain itu, dia juga dapat belajar mengenai makna keikhlasan.





  • Keempat – keikhlasan itu hendaklah dilatih dan dibiasakan sebagaimana pepatah ‘alah bisa tegal biasa.’ Orang yang ikhlas dalam beramal, meskipun dalam keadaan sukar akan mendapat ketenteraman dan ketenangan hati. Mungkin dia tidak memperoleh tepuk tangan dan kekaguman orang lain, mungkin juga orang lain akan mencemuh dan meremehkan dirinya, namun kelazatan iman dan keikhlasan membuatkan hatinya tenteram sehingga iman makin kukuh dan yakin kepada Allah Rabbulalamin.

    Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada syirik, kufur, sombong dan riak dalam segala macam bentuk. Semoga Allah SWT mengurniakan kita keikhlasan baik dalam bentuk lisan serta perbuatan. Amin.

    Sebarang kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Harian, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur. 
  • PS; kadang-kadang aku tak faham dan tak faham kenapa antara kita ada sifat dan sikap sebegini. Sanggup menyisihkan sesama sendiri demi kemegahan dan sebagainya.... bagaimana harus membendungnya? namun apa yang dilemparkan diterima dengan hati yang terhina dan terbuka... Redha, sabar, cekal, tabah, kunci kekuatan... yang paling utama SYUKUR, ALLHAMDULILLAH.... kerana ia berlaku.... biarpun tanpa tahu apa hikmah disebalik semua itu.... Semoga ia menjadi pengajaran buat semua antara kita!



  • Sumber BHarian   





  •  

    Saturday, November 12, 2011

    HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

    By On 11:36:00 AM
    KLIK SINI UNTUK JOIN

    Nama saya : Pn Sheila
    Nama Blog : Mise en Scene Pn Sheila
    Tahun mula : dah lupa, aktif tahun ni
    Target : nak cari follower yang setia... nak banyak-banyak lebih dari yang ada sekarang... setakat ini, Allhamdulillah syukur dengan apa yang ada sekarang....

    link penganjur:  http://www.hasrulhassan.com
    Tarikh tutu : 13 Nov 2011 jam, 10 pagi




    Friday, November 11, 2011

    Aku tahu Dia sayang aku!

    By On 8:25:00 PM
    Salam... dah seminggu rasanya tak post entry.... so busy week... tied sangat kepala ni penuh dengan kekusutan... nak buka blog pun tak larat, sempat buka fb jer.... tenet slow kat kampung..... 

    Seminggu penuh dugaan dan dugaan... tanpa reda, makin membara.... huh, namun tetap ku redha, dan bersyukur terus bersyukur dengan segalanya yang ditentukan... terima kasih Ya Rahman, Ya Rahim.... aku tahu Dia sayangkan ku.... sekarang aku rasa lega sangat bila ingat kan Nya.... Sayanggg sangat Allah kita.... hatiku berbunga senyum..... aku tahu dan tahu Dia sayangkan aku.... 

    Adakala orang akan tersenyum bila melihat kesulitan kita, namun aku tetap tersenyum kerana aku tahu Dia sayangkan aku.... 

    Hati yang kecil lagi buruk ini, redha dan akan terus redha.... sabar dan terus bersabar....

    Terima kasih Allah.... Allhamdulillah.....






    Popular

    Follow by Email