Bernama AKU

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah. Lama sangat rasanya tinggalkan umah kita ni... Bulan bulan 3 kita update, sekarang dah bulan 9.9.24... wow... cantikkan no ni... So tahun ni kondisi kesihatan kita up and down skit ler... tapi bila ambil supplement, and pantang then ambil lak air penawar, dia macam ok skit ler... Syukur... 


Anak kita abang Meteen dah besar dah 3 tahun bulan lepas... macam-macam peel dan ragamnya. Kekadang pening ler maknya.. Suka buli mak hehe... Anak laki lain ragamnya, p kedai asyik kena pau jer. Tak sah ler kalau tak kena pau dek dia. Haishhh. 



Awal bulan hari tu kita join baca puisi. Tak pernah selama ni join baca puisi, selalu masa duk duk belajar dulu duk tengok jer bawah pentas tu... Kali ni dah tua-tua peringkat matang ler baru ada daya upaya nak naik stage baca puisi.


Minat sastera dari sekolah, sebab tu ler kita ambil aliran sastera. Aliran sasteranya ni budak kurang pandai ler berbanding aliran sains... sebab kurang pandai matematik, sains, tu ler ambil bidang sastera... Belajar bahasa sastera, puisi dari seolah rendah lagi minatnya... Selalu duk tengok dan baca tulisan-tulisan yang hantar puisi di suratkhabar. Ada time rajinnya, siap gunting lagi puisi-puisi kat suratkhabar then tampal dalam buku,,, 

Sastera Minat Saya

Minatnya ada di situ.... namun,,,,, nak ke depan tu xde upaya! sehinggalah hari kejadian... lama sangat tunggu saat ni kan. Ye la kita orang biasyer-biasyer tiada apa pun dan sedikit pun hebat. Sentiasa di belakang, suara jarang sangat didengari orang keliling. Memang membesar dengan penuh patuh. Tak reti nak membantah, selalu dicakap lurus bendul oleh mak saya... Sampai dah tua-tua macam ni pun mak masih cakap saya ni lurus bendul..... hehehe... tak apa la, janji saya tak susahkan orang! saya selalu tolong mak, saya tempah mak meluah rasa, saya tempat mak minta duit, saya tempat diherdik mak, saya tempat mak mengadu, dengan siapa lagi mak nak mengadu.... saya ler yang setia mendengar kerana saya ni lurus bendul! saya tak reti nak berkehendak dengan dunia! sebab tu mak selalu cakap lurus bendul.... selagi ada mak kita layan ler apa sahaja! sebab mereka lah RAHMAT kita kan... tadah jer ler telinga, mak nak cakap apa pun walaupun tua bangka macam ni pun masih kena marah kat mak.... hehehehe..... 


Kita Biasyer Jer

Jangan risau siapa yang berkawan dengan saya, saya bukan jenis nak berlawan dengan aada apanya dunia! I have nothing! Saya bukan jenis suka berlawan dengan orang, saya bukan jenis tengok orang ada, saya pun nak ada sama!.... so kalau kawan dengan saya, saya hanya jadi diri sendiri. Saya bukan jenis nak berbanding-banding, siapa hebat, saya pun nak hebat sama. Tidak sama sekali...

So, saya tak kisah orang meremehkan saya, orang mengutuk saya, orang mengata saya. Saya hanya buat apa kerja saya, apa yang patut saya buat! Orang tak nak kawan dengan saya pun tak apa.... biasa ler ada orang suka kawan dengan orang ni ada agenda, ada kepentingan. Susah zaman sekarang ni nak cari kawan yang ikhlas niat "lilaahita'ala"... bak kata pepatah "NO MONEY NO TALK".... Kita orang lekehhh jer,,,, kalau ada siapa nak kawan pun syukur sangat janji ikhlas kerana Allah!

Kepada kawan saya yang sudi terima baik buruk saya, Allhamdulillah saya syukur sangat! Saya doakan Firdausi buat kalian!

Bab berkawan ni....
Saya bila tak seleasa dengan orang yang selalu ambil peluang gunakan kita, saya tak selesa... nak lepaskan atau nak selindung kesilapan yang dibuat kita yang jadi mangsa. Sekali dua kita pendam, lama-lama dah tak larat nak pendam, dengan sendirinya kita akan mejauhi.... 

dapat hadiah saguhati kelapan boleh ler buat infaq, Allhamdulillah, terima kasih Ya Rabb

Sejenis Pedih Bila Disalah Anggap!

Saya ni bila percaya kat orang, saya akan selesa sharing dengan orang bila saya percaya,,,, tapi bila apa yang saya sharing disalah anggap, semua saya yang silap, dia lah terpaling betul dan segalanya, air liur kita ni tak laku lagi, walaupun dia SPM yang tak pernah ambil, dia la terpaling betulll dan tepattt, kita la buat tak kena, tak pandai,,, "kita kena buat macam ni, kita kena buat itu dan ini" katanya!,,,, mohon maaf,, ampunnnnn saya tak kan sharing lagi. No MORE. Itu keburukan saya! Lebih baik zip mulut! bukan saya sombong, lebih selesa mendiamkan diri,,,, bagi orang yang semua betul yang cakap dan buat..... Walaupun mak saya pun saya tak percaya dan tak selesa nak sharing kisah hidup dan kesusahan saya!!! Orang akan tepuk tangan bila tengok kita ni susah... akan mengata itu dan ini, "buat la macam ni, buat la macam tu".... mereka sahaja yang betul.... perghhhh pedih menusuk ke hati jantung weisss... 

Meluah rasa yang panjang dek lama sangat tinggalkan rumah yang bersarang ni... 

PS: kalau nak berkawan dengan saya dialukan dengan hati terbuka. Orang yang kenal saya sahaja yang kenal! draf 9.9.24









No comments

Powered by Blogger.