7.7.21 Dos Vaksin-19 Pfizer Biontech Pertama Yang Memeritkan Saya Sebagai Ibu Mengandung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, Salam Julai salam sayang buat semua pembaca yang masih sudi ke blog sheilainspire.com Dah lama tak menulis. Tersangat sibuk! Walaupun BDR, memang sibuk berganda dari kerja di ofis. Pagi bila dah buka je latop sampai ke malam. 

Apa pun syukur, Allah bagi kesihatan yang baik mampu juga mengadap latop melakukan kerja. So, pada 7.7.2021 minggu lepas, hari Rabu saya selamat mengambil vaksin Covid-19 dengan Pfizer Biontech. Sehari sebelum, pada 6.7.2021 misi dari klinik kesihatan tempat saya call, untuk datang ambil vaksin. Syukur. Pada pukul 10 lebih pagi saya keluar rumah. Misi kata datang pukul 10. Syukur prosedur berjalan lancar. Pengambilan vaksin pada hari tersebut dikhususkan untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi sahaja. Seramai 80 orang ibu yang terpilih dan saya ambil giiliran nombor 52.


Pendaftaran berjalan dengan lancar. Beberapa borang yang perlu diisi. Saya mengambil tempat untuk melengkapkan borang yang harus diisi.



Bila baca semua prosedur dan pernyataan dan disetujui, lalu saya mengisi borang tersebut selengkapnya tanda saya bersetuju untuk mendapatkan vaksin Covid-19. Minggu tersebut kandungan saya dalam 31 minggu lebih dan dos kedua dijangka ambil pada 28 Julai 2021 nanti, selang 21 hari daripada dos pertama.

Beberapa langkah yang harus saya tempuhi seperti doktor akan memberi penerangan kenapa vaksin untuk ibu mengandung harus diambil efeknya dan sebagainya. Doktor memberi penerangan dengan jelas. Selepas mendapat penerangan daripada doktor saya beralih ke khemah seterusnya untuk mendapatkan vaksin. Allhamdulillah prosesnya tak terlalu lama.

Vie Kurung Sabella Senang Untuk Ibu Mengandung Mendapatkan Vaksin Covid-19

Sampai giliran saya! syukur vaksin disuntik sebaiknya. Senang dan mudah bila saya juga mengenakan VIE KURUNG daripada Sabella. Senang untuk saya sinsingkan lengan baju, dan baju pun longgar sangat sesuai untuk ibu mengandung seperti saya. Apa yang terpaksa saya menunggu lama, bila siap disuntik, saya mesti menunggu giliran untuk misi merekod. Proses merekod secara manual itu mengambil masa sedikit lama. Sabar je la menunggu. 




Bila diteliti gambar saya semua long shot. Tak de pun Medium shot.... Alahai, cameraman ku! Saya pilih Vie Kurung warna unggu! Tak panas, kainnya nipis sedap pakai boleh masuk angin tapi tak nampak badan k...

Kesan Dos Pertama Pfizer Biontech Ibu Hamil Dengan Vaksin

Balik daripada klinik, lepas Zohor saya mulakan kerja seperti biasa. Allhamdulillah masih tak ada apa-apa kesan. Sampai ke petang kerja, banyak meeting hari ni tak sempat saya nak masuk. Sampai malam, mengadap latop, dah semakin sayu malamnya, barulah dalam pukul 11.30 baru mula rasa sakit dekat lengan saya.... Malam tu nak tido memang tak leh nak mengiring ke kiri tangan. 

Memang sakit lenguh la sebelah tangan sehingga ke kaki. Sebelah badan saya hampir lumpuh.... Malam tu nak tido husbang la jadi mangsa urut kaki saya. 

Allhamdulillah, malam esoknya, sakit lengan saya berakhir... Nasib la tak melarat 2 malam, Syukur. Sangat melemahkan saya... Hari ketiga baik sepenuhnya. Syukur Ya Rabb...


9 comments:

  1. Alhamdulillah, selesai dos pertama. Mujurlah kesannya tak berlarutan.
    Take care, kak.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah dh divaksinasi

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak shiela..shida msh mnggu vaksin..

    ReplyDelete
  4. tahniah sbb akan dapat baby lagi. sy je blom terima vaksin. pasti ada rezeki.
    jika sudi masukkan link abe kie ke dlm blog list ye? URL sheila dah ada dlm blog list abe kie.

    ReplyDelete
  5. alhmadulillah moga semuanya baik2 shj

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah dapat dos yang pertama. Saya dah lengkap dua dos, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah dapat 1st dose vaksin. Semoga terus sihat mommy dan baby. Cantik baju kurung tu.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Teruk juga ye kesan Pfizer pada sis..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.