Syukur Semua Kerja DipermudahkanNya: Berjaya Fikirkan Boleh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, syukur. Memmang lately hari yang bz... Allhamdulillah, susunanNya buat saya. Terima kasih menjadikan saya orang yang sibuk. Tak maksimum lagi sibuk saya ni. Tapi bila dah masa mengandung ni saya rasa badan sedikit penat. Syukur walaupun penat macammana pun tetap boleh mebgadap depan latop membuat kerja. Bak kata guru saya dulu masa buat PhD, sakit terbaring pun tetap taip tesis. Betul! itu lah yang saya alami semasa buat PhD dulu. Terbaring sakit pun tetap kuat siapkan tesis. Tiada daya saya semua tu melainkan dayaNya semata. 



Terima kasih!
Syukur Ya Rabb berikan saya kesihatan yang baik. Syukur kandungan pun baik. Ada kala jalan terkangkang.... kekeke.... tapi syukur, itu pun boleh jalan, boleh juga masak dan buat kerja. Allhamdulillah. Small matter je kan.... Kita kita rasa kita baik, InsyaAllah seluruh badan kita akan memberi energy yang baik. Saya kalau bila dah terbaring, Ya Allah rasa nikmat tu lain macam. Tapi ada juga sakitnya bila baring. So, bila mengadap latop buat kerja syukur takde la rasa lenguh sangat! cuma kaki biasa la kebaskan....

So, syukur perjalanan hari viva voce pelajar, dipermudahkan semuanya.... Syukur sangat, dapat jumpa lecturer lama sebagai penilai luar iaitu Prof Datuk Dr. A. Razak Mohaideen. Saya ditegur oleh staf juga bila masa webex tu, saya ucap terima kasih pada prof sebab jadi informan tesis saya! Alamak... sensitif la, benda tu sebab webex tu direkod. So, tak boleh cakap dengan penilai macam tu, menampakkan ia bias. Maafkan saya mak budak ni baru belajar.... Sensitiviti, dan konsep bias tu....

Syukur, Allhamdulillah. Tahniah kepada pelajar lulus dengan pindaan kecil. Tesis beliau saya saya dan beliau sahaja yang tahu dan faham di sebalik semua tu.... Saya bukan penyelia, tapi bidang terjun gantikan arwah sahabat saya!. Saya doakan arwah tenang bersamaNya, kerana arwah memang target pelajarnya dapat minor correction dan mahukan pelajarnya further PhD. So, penilai bagi komen terbaik dan cdangkan untuk transfer tesis berkenaan kepada peringkat PhD. 

Tahniah, tahniah, tahniah.... saya pernah kesakitan disebabkan tesis itu. Syukur Allhamdulillah dapat result yang baik. Arwah dahulu semua cerita pasal tesis tu, dan saya juga arif dengan pelajar dan tesis berkenaan.... Syukur pengorbanan, kesusahan berbaloi. Allah bagi yang terbaik, dek kesakitan saya juga pada masa itu. Syukur! 

Terima kasih kepada semua sahabat para penilai, dan staf UUM yang mengendalikan sesi viva dan urusan tesis tersebut!



6 comments:

Powered by Blogger.