Ketupat Palas Resepi Asli Dari Kelantan Dari Dapur Ramdhan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ketupat Palas Resepi Asli Dari Kelantan Dari Dapur Ramdhan | Assalamualaikum, salam sayang semu. Semua sentiasa sihat dan dilindungi di mana jua anda berada. Allhamdulillah, dapat merasa Ketupat Palas Resepi Asli Dari Kelantan Dari Dapur Ramdhan. Dek, sukar nak dapatkan ketupat dari Kelantan yang betul-betul dibuat oleh ore Kelate setelah lebih 5 orang saya contact untuk beli ketupat, akhirnya saya membuat keputusan untuk mendapatkan Ketupat Kelantan ni daripada platform Shopee


Saya pilih untuk dapatkan ketupat inti kacang, pulut merah dan lemak masin. Terngiang-ngiang ketupat Kelate duk bermain-main je kat kepala. Lama juga la pre order ddalam 2 minggu baru dapat. So, saya sangat mengharapkan ia ketupat yang sedap walaupun saya takut ia ketupat frozen. Sebab pre order yang lama mungkin akan dapat stok yang baharu. 


Jadi, inilah rupanya cantik kecil moleh tiga segi.... Dah habis puasa enam tapi tak apa la ketupat lambat sampai, bila sampai terus je kukus. Menu Aidilfitri PKP3.0.


Dalam satu pek ini ada 20 biji dengan berat 1kg. Saya mula kukus separuh keti-tiga perisa yang dibeli seperti yang saya cakap tadi, saya pilih kacang, lemak masin, dan pulut hitam. Lemak masin ni mula-mula saya confius juga dengan flavournya. Namun, saya fikir... ooo... lemak masin ni, ketupat lemak kot! So, saya pilih lemak masin sebab en somi suka makan dengan gula merah. Kalau check semula dekat page peniaganya, dia dah tukar lemak masin tu ditukar kepada lemak tawar. Dan dah ada pula perisa lemak manis. Masa saya order hari tu tak ada lemak manis.... Hanya ada lemak masin, sebab ketupat kelantan walapun apa pun perisa kecuali lemak, semuanya manis.... 


Sebenarnya, ada lagi perisa lain seperti jagung, serunding daging, serunding ayam, serunding ikan dan pulut daun tebu LM... yang ni pun masa saya buat order hari tu belum ada...


Beberapa minit je kukus dah masak.... so, bila dirasa tak la rasa macam ketupat Kelate sangat, serius pada pandangan saya la. Mungkin juga sebab dia kurang manis perisa kacang, pulut hitam dan lemak masin tu... Dan... sedikit lembik dia tak betul-betul pejal mungkin pembalutannya sedikit longgar saya pun tak pasti....


Tapi itu la, tekak ibu mengandung ni, lain sikit. Anak-anak saya bila makan perisa pulut hitam ni, diorang tanya, ketupat ni boleh makan ke mama? Rasa macam nak basi. Sejujurnya memang ada rasa macam tu. Dan sangat sayang sekali ada 7 biji kalau tak silap saya basi selepas sehari, itu pun saya dan gorengkannya... Sayang sangat, saya kalau rasa tak berapa sangat saya tak mampu nak habiskannya. 


Dan.... jeng, jeng... tadi saya kata saya pilih tiga sahaja perisa, tapi dalam banyak tu ada terselit perisa sambal daging... Sambalnya banyak dan penuh. saya suka. If saya suka saya straight fotward je la... tapi saya tak boleh la nak expect sedap sangat sebab ia frozen kan... Ketupat ni nampak macam lemak, bila rasa, saya tak la rasa sangat lemak dan wow sedap. Mungkin wow faktor tu tak boleh nak capai taste saya! Mungkin juga ia dibuat untuk pasaran global seluruh Malaysia, tidak manis sangat sebab mungkin juga hanya perisa yang lemak manis sahaja yang betul-betul manis. Sebab orang Kelate je majoriti makan manis, ada juga yang xsuka manis. Saya pun bukan semua makanan saya suka manis, hanya kuih muih sahaja. Kalau masak ke buat air ke memang dah sah makanan dan air saya kena reject kat ayah saya, sebab tangan saya ni selalu buat tawar. 


Sejujurnya itu lah, pendapat saya terhadap Ketupat Palas Resepi Asli Dari Kelantan Dari Dapur Ramdhan ni... Jika boleh bagi bintang, saya bagi 5/10. Saya rasa memang sayang la.... ia x tercapai citarasa saya. Dan, ia bukan untuk taste saya, tapi taste anda semua! Apa pun syukur dapat rasa Ketupat Palas Resepi Asli Dari Kelantan Dari Dapur Ramdhan ni. Tak rasa tak tahu, dah rasa baru tahu... Saya doakan semoga terus sukses!







4 comments:

  1. SEDAPNYA TUPAT PALAS FEVRET TU

    ReplyDelete
  2. Kalau ketupat palas yang sedap sya pernah makan yang family ipar yang buat, dia memang jual tapi tahun ni tak beli... selalu kami akan oder banyak dari dia

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. PC suka ketupat palas kak. Makan dengan rendang.

    ReplyDelete
  4. sedapnya ketupat palas tu kak..fav suami shida ni :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.