Salam Ramadhan 1442H 2021

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... Salam Ramdhan ke-3, selamat berpuasa semua. Semoga kalian semua dpat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kataqwaan. Allhamdulillah, syukur dapat lagi kita menyambut Ramadhan kali ni... Kalau tahun lepas saya sambut di kampung dan beraya pun di kampung. Kali ni kami puasa di Kedah. It's ok la kalau tak dapat balik raya, sebab minggu lepas mak ayah ada datang Kedah hantar kakak Amani masuk MRSM Arau, Perlis.



So, kakak tahun ni berpuasa kat asrama la dia, Kali pertama berpisah dengan anak. Itulah bila anak dah besar ni ada lah jalannya yang Allah dah susunkan. Kakak register masuk sana pada 7 April lalu, hari Rabu lepas. 

So, kakak tak ada mood nak masak pun ke laut la yang memang dah berbulan saya tak masak... Aduih.. pening! Jadi malas nak masak, then beli makan pun dah tak tahu nak makan apa. Asyik kena marah kat somi ja... hehehe.... pergi kedai tak tahu nak beli apa nak makan apa? Itu yang letih....

Puasa Pertama 1442H

Hari pertama puasa, saya masak nasi je, then beli lauk. Tiga jenis beli. Gulai daging, paru goreng sambal dan ikan cencaru sumbat nyiur. Oh... ada sambal berlacan. Empat menu tu baharu RM16. Bila berbuka makan nasi sikit sahaja. So, lauk-lauk tu banyak lagi sampai la makan masa bersahur....

Puasa Kedua 1442H

Kelmarin lak, saya dah tak tahu nak makan apa, beli saja nasi ganja. Itu pun makan separuh jer. Nak makan masa sahur macam dah tak boleh. Saya ambil daging masak hitam, masa sabur somi masak nasi makan kuah tu dan ada sambal ikan tongkol seketul dengan gulai ikan seketul... Itu pun tak habis gulai ikan tu... Erm... sikit sangat makannya. 

Tapi itulah bila direnung makanan tu, alangkah bersyukurnya kita kerana masih ada makanan. Mereka yang di luar sana susah dan ada yang tak ada makanan. 

Ramadhan Tahun Lepas 1441H
Tahu lepas kat kampung macam-macam saya masak, kuih itu kuih ini. Ye la kat kampung senang nak dapat daun pisang. Mood masak pun baik, surirumah kan... Keje masak je la... Sekarang ni bila dah mula kerja, tambah lak saya mengandung minggu depan masuk lima bulan,,, haduihhh... sangat pemalas jadinya nak masak... Ntah apa la nak jadi.... Nak nak pula saya lak dalam masa yang sama sambung belajar, bekerja dan belajar, kelam kabut juga la dengan assignment. Bukan setakat assignment student nak kena pantau, assignment sendiri pun banyak nak kena settle. So, gaya hidup Ramadhan tahun lepas dengan tahun ni berbeza. 1st day puasa ada dateline assignment... Fuhhh.... teruk juga jadinya. Syukur tengahari dah siap. Boleh fikir berbuka! Ada sahabat yang belum siap, nak berbuka pun tak lalu katanya.... hehehe... seronok juga bila kembali jadi pelajar semula ni...

Kalau tahun lepas awal puasa saya kelam-kabut untuk submit tesis saya. Memang saya stress saya masa tu. Anak saya Jannah pun, teman saya buat formatting sampai tertidur bawah meja... 

So, korang masak apa? beli apa? boleh share dengan saya, mana tau da mood nak makan ni... 

Salam Ramdhan semua! Luv u all... 




12 comments:

Powered by Blogger.