Salam 2021 : SheilaInspire.Com

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... dah pertengahan bula 2021. Entry pertama saya pada tahun 2021. Syukur! Cepat masa berlalu. Hari ni 17 Januari 2021, hari pertama Nur Jannah ke tadika Pasti. Allhamdulillah, Excited dia! hehehe... dari tahun lepas lagi, nak pergi sekolah! Selalu dia duk tanya saya, "mama kenapa tak hantar Jannah ke sekolah?". Kadang-kala buntu juga saya nak jawab apa, sebab dah macam-macam jawapan dia tanya, then dia still tanya lagi. Macam tu gelagat anak kecil ni.

Hari Pertama Sekolah


Tahun ni dah akan masuk 4 tahun syukur sangat, memang last minute saya dan suami tanyakan sekolah untuknya. Dalam hati saya dah tentu dah tak ada tempat untuknya. Baru minggu lepas hari Ahad, saya dan sumai singgah ke tadika Pasti di Taman perumahan saya untuk booking kemasukan. Syukur, Allah Yang Maha Menyusun, kelas untuk 4 tahun masih ada kosong. Khamis lalu suami pergi daftar dan hari ni hari pertama dia ke tadika. Pagi tadi, pukul 7.45 saya hantar dia, kami jalan kaki jer... hehe... sampai kat sekolah, cikgu ambil dia masuk kelas. Saya nampak cikgu suruh duduk, dan dia terus duduk. 

Yuran Tadika Pasti

Yuran kemasukan Nur Jannah ke tadika Pasti ni semua sekali (2 pasang baju seragam pasti, 1 pasang baju sukan) RM709.00. Kami decide untuk ambil dia pukul 1.30 petang. So, setiap bulan hanya RM180 sahaja. S0, kena buat pendaftaran secara online di https://www.pastimalaysia.com/epasti-online/ , print maklumat murid dan hantar ke tadika pasti yang dipilih semasa pendaftaran manual. 


Daftar Tadika Nur Jannah



Minggu ke-2 Bekerja

Syukur, sangat tahun baharu pembuka rezeki. Setelah Setahun sebulan tanpa kerja, pada 6 Januari 2021, saya dihubungi oleh pihak pendaftar untuk mengambil surat tawaran berkerja. Dah petang pegawai hubungi saya, maka, 7 Januari 2021, hari Khamis, saya bersama sahabat-sahabat yang ditawarkan bekerja ke pendaftar mengambil surat tawaran tersebut. Tanpa bersarapan. Ingatkan sempat sarapan rupanya, memang sangat la kalut, sebab banyak borang nak kena isi then kena mati setem bagai nak pulun juga lapor diri pada hari tersebut sebelum 12 tengahari. Sedangkan pukul 11.45 masih berada di Pusat Kesihatan Universiti sedang tgu result medical check up. Saya tak plan nak lapor diri pada hari tersebut, sebab saya memang budget nak lapor diri hari Ahad lepas, 10 Januari 2021. Allah Yang Maha Menyusun memang tak sempat nak lapor diri pada hari berkenaan. 




Rezeki Awal 2021

Allhamdulillah! 10 Januari 2021, Ahad minggu lepas, saya dan sahabat selamat lapor diri! Jumpa dekan dan ketua jabatan di pusat pengajian kami, syukur selesai semuanya. Pada hari Isni dan Selasa minggu lepas, saya masih kalut dengan pendaftaran, bukan pendaftaran masuk kerja tapi pendaftaran sambung belajar. Saya kena ambil Post Graduate Diploma in Education Learning and Teching untuk proses dan syarat tetap jawatan. Dalam keadaan kelam kabut, Allhamdulillah selesai pendaftaran online untuk Post Graduate Diploma, dan hari Selasa, saya dan sahabat miss 1st class.... Memang miss communication dengan staf pendaftar menyatakan kelas hari Selasa tu ditunda. Rupanya itu kelas pertama dan berjalan seperti biasa!. So, saya dengan rasa risau juga menghubungi professor yang mengajar subjek tersebut. Allhamdullillah, syukur saya dan sahabat dibuat kelas tusyen oleh professor pada hari Rabu! Hari pertama PKPB di Kedah. So, kami masuk universiti seperti biasa. Lama juga kelas tusyen kami, 2 jam lebih. Pukul 12 lebih tengahari baru siap! Allhamdulillah. Dah habis belajar dan kini pelajar semula! Seronok, timba ilmu yang tak habis. Makin banyak belajar ni makin bodoh rasanya! Sebab banyak ilmu Allah yang tak tahu! tak tahu dan tak tahu! Allah bagi peluang belajar, belajar la... Jangan merungut dengan apa yang ditetapkan. Sukar ke susah, setiap yang ditakdirkan mesti ada hikmahNya!

Sebenarnya saya tak jangka akan dipanggil masuk berkerja seawal ini! Saya target bulan 2, sebab semasa temuduga bulan November tahun lalu, pegawai kata mungkin bulan 2 kami akan lapor diri... Tu la Allah Maha Merancang semuanya dan Dia juga Yang Maha Menyusun. Sebab tu la tak plan daftar tadika Nur Jannah awal lagi. 



Kemas Bilik Ofis

Syukur! Masuk bilik lama, sebenarnya, setelah saya diberhentikan kerja Disember 2019 dulu, bilik ofis saya, tak ada yang usik! Saya pun tak pindah dan tak ambil barang-barang saya kat situ. Sebab ingatkan kami mungkin boleh settle dan masuk berkerja semula tahun lepas, tapi itu lah Allah Yang Maha Menyusunkan... so, staf ofis pun tak kacau bilik tu. Kunci pun saya tak serahkan, sebab staf ofis kata, "tak apa, saya boleh jer datang dan duduk kat bilik tu, kalau nak buat kerja". Tapi tahun lepas, saya segan, saya banyak buat kerja kat foyer perpustakaan dengan Nur Jannah! 



So, hari ni daddy cuti, dia sambung kemas bilik saya! Minggu lepas dah kemas sikit, bilik berhabuk, debu! hari ni sambung tampalkan cermin. Ofis ni saya dah duduk sini masa awal pembukaan bangunan ni, pada tahun 2011. So, masa tu kami boleh pilih bilik mana yang nak duk. Saya pilih paras 2, tapi biliknya jauh sikit dari tandas dan dekat dengan lif. Masa tu dah tak ada pilihan. Kawan-kawan ajak duk tingkat 3, bilik luas lagi privacy. Saya malas dah nak pindah randah! Penat tau! pindah sana sini. Tak apa la syukur la kat mana pun! Dah dapat masuk kerja semula pun syukur yang amat! 

Jawatan Apa? 

Husband cakap syukur sangat dah settle daftar sebelum PKPB ni. Sebab bila dah PKPB staf admin akan datang kerja secara bergilir. so, proses pun lambat dan sebagainya! Syukur juga saya ditawarkan dengan jawatan Pensyarah Kanan. Tanggungjawab besar ni! kalau dah ada kanan tu. So, tekad saya kerja adalah ibadah! Banyak yang saya impikan tahun ni, tak kira lah kita PKPB ke PKP ke bila dah diberi tanggungjawab tetap kena penuhi seadanya! InsyaaAllah. 



Syukur, dah dua minggu lebih belalu tahun ni ye, apa yang saya target untuk misi tahun baru memberangsangkan, syukur dapat qiam 5 kali seminggu, target untuk 3, 4 kali seminggu. Bila lebih tu rezeki sangat! Apa pun apa yang dilaksanakan diharap istiqamah. Kuatkan azam untuk bangun setiap malam. Sejak akhir tahun lepas, sesuatu yang terdetik yang dah lama saya nak buat, tapi saya tak tahu caranya. Dulu memang ada saya buat tapi tak konsisten. So masuk tahun ni, saya mahu mulakan semula, syukur saya dapat penunjuk cara! Walaupun ia tidak masuk dalam list azam tahun saya bagi tahun ni.


Infaq Selepas Subuh!

Tapi ini lah saya cuba buat, walaupun kita wanita tak ke surau arau masjid pada waktu Subuh, tapi kita juga boleh menderna selepas subuh. Caranya mudah sahaja, usai solat Subuh ambil not duit yang mahu kita infaqkan masukkan dalam bekas atau beg yang disediakan khusus untuk infaq selepas Subuh. Allhamdulillah, apa pun sedikit atau banyak semoga apa yang dibuat agar ia dapat dibuat dengan bereterus dan istiqamah... Doakan saya agar istiqamah dan saya juga doakan anda semua istiqamah dengan setiap kerja baik yang dilaksanakan. 



Sedekah Subuh - Cadangan Dan Galakkan

Walaupun cadangan ini bukanlah suatu cadangan yang baru, bahkan telah ramai pun umat Islam yang telah mengamalkannya, namun saya mengambil inisiatif untuk mencadangkan kepada umat Islam yang belum memulakan dan mengajak untuk sama sama mengamalkannya. Insyaallah.

Dalam sebuah hadith, dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” [HR al-Bukhari]

Hadith ini menerangkan kepada kita bahawa sesiapa yang bersedekah khusus pada waktu subuh akan mendapat doa kebaikan daripada Malaikat. Manakala bagi mereka yang bakhil terhadap hartanya pula, maka akan mendapat doa kerosakan daripada Malaikat atas kebakhilannya.

Berdasarkan hadith inilah, ramai dari kalangan umat Islam yang telah mengamalkan amalan mulia ini sebagai rutin harian. Semoga Allah menerima sedekah yang telah mereka lakukan. 

Justeru, ada beberapa cadangan untuk melaksanakan amalan yang mulia lagi mengundang keberkatan dan kerahmatan Allah ini.

(1) Bagi kaum lelaki, amalan ini boleh dilakukan setiap kali hadir ke surau atau masjid ketika ingin menunaikan solat Subuh berjemaah. Sebelum kaki melangkah masuk ke dewan solat, bolehlah masukkan sedekah ke dalam tabung yang tersedia. 

Berdoalah memohon kepada Allah sebarang hajat untuk diri, ibu bapa dan ahli keluarga ketika memasukkan duit ke dalam tabung. 

(2) Namun, ketika peluang yang agak terhad untuk menunaikan solat berjemaah di surau atau masjid akibat daripada pendemic yang membimbangkan ini, para lelaki boleh mewujudkan tabung khas di rumah untuk memastikan kesinambungan amalan sedekah Subuh dapat diteruskan walaupun di rumah.

Ketika berpeluang ke surau atau masjid, bolehlah duit sedekah yang telah diisi di dalam tabung di rumah dimasukkan ke dalam tabung surau atau masjid.

(3) Bagi wanita pula, oleh kerana tiada tuntutan untuknya menunaikan solat berjemaah di surau atau di masjid, maka sebaiknya mereka sendiri atau suaminya mewujudkan tabung khas di rumah untuk diisi dengan duit duit sedekah di waktu subuh. Ketika tabung sudah penuh, bolehlah diserahkan kepada pihak surau atau masjid.

(4) Mewujudkan tabung khas untuk sedekah di rumah juga adalah merupakan suatu galakkan yang sangat baik kepada ahli keluarga terutama kepada anak anak. Ia akan menjadi contoh ikutan yang baik bagi mereka untuk diamalkan demi meraih kasih sayang Allah.

(5) Sebenarnya, sedekah secara hakikatnya adalah untuk mendidik jiwa agar sentiasa mensyukuri nikmat nikmat yang Allah berikan. Ia juga adalah merupakan pembersihan jiwa daripada sifat sifat mazmumah seperti bakhil, haloba terhadap harta, riyak dan sebagainya.

Oleh kerana itu, amalkanlah amalan sedekah waktu Subuh ini biarpun sedikit namun yang penting adalah istiqomah melakukannya. Wallahu'alam. 

Selamat Beramal

Sumber: 
#AkhiAdifGorment
31 December 2020

Allhamdulillah, syukur tahun baru yang penuh makna. Saya doakan sahabat semua dibukakan rezeki. Rezeki bukan dari segi harta dan benda. Rezeki juga kesihatan. Malah, dari apa pengalaman saya rezeki juga peluang, walaupun saya diberhentikan kerja, tahun lepas 2020, saya anggap itu rezeki saya yang banyak! Saya dapat selesai masalah saya sikit demi sedikit, syukur sangat! Rezeki silaturahim dengan sesiapa sahaja! Bagi saya tahun 2020, merupakan tahun rezeki buat saya! Rezeki saya mampu menghadapi setiap dugaan, dugaan membuat kan saya cekal dan tabah! 

Apa pun yang berlaku baik dan buruk, ambilla ia , putarkan ia sebagai satu kebaikan dan positifkan ia. InsyaaAllah rahmatNya yang terpancar jua. 

Salam 2021 dari saya (sheilaisnpire.com)


10 comments:

  1. alhamdulillah :)
    tahun yg penuh kegembiraan ye.
    kerja tetap dan segalanya. best. tahniah SI.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan di tahun baharu ini.

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH TAHNIAH SELAMAT BERTUGAS

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru...tq utk perkongsian tentang sedekah subuh

    ReplyDelete
  5. amin... posting yang bermanfaat. terima kasih yee :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kak Sheila.. Tahniah kerana kembali bekerja dan jaga diri akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  7. Last year ada buat sdkh Subuh tp tu laaa. sekerat jln. ruginya rasa... insyaAllah thn ni akan diamalkan lg

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Alhamdulillah saya dpt rasanya anda wanita yang cukup tabah dan tenang. semoga Allah permudahkan segala urusan dan kurniakan kejayaan dan rezeki yang melimpah ruah. amiinn..

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru kak . tq share sedekah subuh

    ReplyDelete
  10. Selamat Tahun Baru 2021 :)
    Moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.