Entry Terakhir 2020 Recap Setahun Lebih Jadi Surirumah Rezeki Murah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allahamdulillah, lebih setahun yang lalu saya diberhentikan kerja. Tanggal 9 Disember 2019 tarikh akhir saya berkhidmat sebagai tutor. Dan 4 hari terakhir tu saya dah ambil cuti. Sebenarnya ketika tu, setelah saya dapat surat resign tu, saya telah ambil cuti 2 minggu untuk habiskan cuti tahunan yang masih ada. Tapi kemudiannya saya cancelkan cuti, memandangkan saya telah membuat rayuan dan jangkaan saya university akan mempertimbangkannya. apa pun saya tak sempat habiskan semua cuti dan masih bekerja seperti biasa. Cuti saya yang masih banyak tak sempat nak habiskan semua tersebut. Bodoh juga rasanya. Teringat masa nak sambung belajar dulu pun cuti tahunan saya ada 30 lebih, burn begitu sahaja juga, sebab pentingkan kerja… huhu… Setiap tahun ada sahaja cuti yang tak dihabiskan dan kena forward ke tahun seterusnya. Maka, tamatlah kerja saya pada 09.12.19. Erm… Saya pulang ke kampung membawa hanya pakaian kami sekeluarga.

 


10 Disember 2019

Saya dan keluarga ada program “family day” yang sudah kami rancang beberapa bulan yang lalu.  Biasanya family day ni kita akan rasa seronok sangat lah. Disamping seronok ada juga rasa sedih. Sedih bila dipersalahkan! Kecil sangat hati. Disebabkan lurus bendul, kita dipersalahkan dengan kaw kaw pula tu. So, apa jadi mengadu je kat Yang Maha Kuasa. Sebab Dia lebih memahami semuanya dan Dia juga yang merencanakan semuanya berlaku. Bila dah mengadu rasa lega. Dan tak sangka doa hamba yang lurus bendul dimakbulkan. Allah memberikan kebahagiaan kepada orang yang menyalahkan itu. Allahmdulillah. Gembira bukan kepalang hamba Allah itu. Hanya itu, yang dimahu. Bila tengok orang lain bahagia, gembira sudah tentu rasa hina diri mula hilang. Sebab kita yakin Allah Maha Berkuasa.

 

Allah Memberi Rasa

Allah ni Dia akan menguji kita! saya selalu pesan jangan mudah rasa bangga diri. Walau siapa pun kita, kita tetap hamba yang menumpang rumahnya di muka bumi yang fatamorgana ini. Rasa yang diberinya sentiasa mengingatkan kita tentang siapa sebenarnya kita. Jauh kan diri rasa riak dan megah, rasa sombong, rasa sering menyalahkan orang dengan apa yang berlaku… Semua rasa negetif harus dibuang jauh-jauh! tapi itu lah kit ani manusia yang lemah, suusah sangat nak buang rasa negetif tu. Apa pun jika ia berlaku pada kita, harus kuatkan juga sepaya membuang rasa genetif dan emmbangkitkan rasa positif.

 

Akhir Bulan Disember 2019

Pada akhir bulan Disember, saya ada seminar di USM. Serius ini kali pertama saya sebagai presenter present paper dalam BI. allhamdulillah semua berjalan lancar. Habis jer seminar petang tu saya dan keluarga terus balik Kedah. Keesokan harinya pula kakak dapat result UPKK. Tak sangka kak dapat straight A. Allhamdulillah. Syukur dan tahniah kakak!

 

Sebelum diberhentikan kerja saya sering terfikir macam mana kehidupan saya kelak. Allah Yang Maha Merangcang dipermudahkan semua. Bila kita berserah, dan yakin dengan Allah, Allhamdulillah Allah permudahkan segala kehidupan kita. Hanya syukur dengan nikmatnya.

 

Stress! erm… stress tetap ada, ye, kadang-kadang mulut orang tak boleh nak tutup. Saya bersyukur orang sekeliling sangat membantu. Walaupun ada yang mengkritik dan sebagainya tapi ramai di keliling saya sangat membantu kami. Allhamdulillah. Tersangat bersyukur. Terima kasih kepada semua yang membantu kami. Tiada apa yang lebih baik selain hanya doa buat semua. Orang keliling sangat menyokong apa jua yang saya dan keluarga lakukan.

 

Jual Pisang Goreng, Chicken Chop, Meatball

Saya memang penggemar pisang goreng. Masa mengandung kat kakak dan kak ngah pisang goreng la yang saya mengidamnya. Saya jual pisang goreng mereka support, jual ayam goreng mereka support, jual chicken chop dan meat ball mereka support, jual nasi pun mereka support. Itulah yang saya lakukan semasa di kampung. Dek MCO hanya dua minggu kami tak berkerja dan kemudiannya atas permintaan keluarga chicken chop kami kembali beroperasai. Tapi itu la, setiap apa yang dilakukan ada sahaja halangan, ada yang tidak disetujui, dan kami hanya menurut perintah dan akhirnya kami terpaksa berhenti berniaga chicken chop dan meatball walaupun permintaan tetap ada.

 

Jual Nasi Berlauk Pula

Nasi berlauk pula beroperasi dek ketandusan modal. Tiap hari, tika siang dan malam kerja saya di dapur masak! masak! dan masak. Masak tu senang tapi nak menyediakan bahan-bahan seorang diri ni memang penat sikit bagi saya. Itu lah kerja saya. Saya dan suami hanya buat apa yang termampu. Kakak, kak ngah dan adik pun sama membantu menjual di tepi jalan. Di sudut hati saya dan suami lagi seronok berniaga chicken chop dan meat ball. Sebab bahan-bahan pun mudah tak perlu beli tiap hari. Boleh disimpan. Malah, permintaan pun ada berbanding menjual nasi ni terhad. Jika tak habis jer, kehilangan modal pada hari tersebut. Saya masak nasi gulai ikan tongkol, ayam gulai, ayam goreng dan ayam pedas. Nasi ayam pedas menjadi kesukaan. Malah suami ada letak nasi ayam pedas di warung lain untuk membantu lagi perniagaan kami. Namun, apa kan daya kami terpaksa menjual nasi dan terpaksa melupakan chicken chop dan meatball.

 

Bila kerajaan telah membuat keputusan membenarkan rentas negeri pada xxxxx, kami sekeluarga terus membuat keputusan untuk balik Kedah untuk melihat teratak yang ditinggalkan dan membersihkan rumah. Rasa seronok sangat bila dapat balik Kedah. Dari sehari ke sehari kami di Kedah, sehingga lah sebulan! Suami mula mencari kerja dan syukur dia pun dah dapat kerja. Bila kerajaan dah putuskan untuk sekolah dibuka semula, kami membuat keputusan untuk balik kampung tukar sekolah dan balik semula ke Kedah. Syukur semua dipermudahkan. Pertukaran sekolah pun dipermudahkan. Rasa seronok sangat! tak tahu nak cakap. Ye la boleh balik rumah sendiri kan…

 

Masuk Kelas Online Masak

Kat Kedah apa saya buat? Saya banyak masuk kedai online memasak. Banyak menu saya belajar. Rasa seonok sangat dapat tambah ilmu masak dan dapat menu baharu. Tapi ada juga tak seronok bila tak dapat nak berniaga dan mulakan perniagaan kerana ketiadaan modal. Kami hanya cukup makan sahaja. Tak apa lah. Rezeki tu pun banyak sangat dek pendemik ada yang tak ada makanan nak makan. Apa pun ilmu itu mahal. Semuanya ilmu Allah. Kehidupan yang sukar dan senang pun ilmu Allah, untuk kita lebih kenal Allah. Ampunkan dosa kami dan semua pembaca ini.

 

Terima Kasih Kelate

Ada kala nak buat sesuatu ni kena fikir panjang juga dan ada juga tak perlu fikir just jalan jer. Masa ni saya dah selesai PhD saya! Saya hanya tunggu surat senat. Sebab itu juga saya dan suami ambil keputusan untuk balik Kedah. Terima kasih semua keluarga yang membantu saya semasa di kampung. Ada yang bagi macam-macam sumbangan, ada yang bagi pinjamkan latop untuk saya siapkan tesis PhD saya, ada yang bagi zakat. Banyak sangat! sekolah, NGO, Masjid kampung saya bagi kami zakat. Rezeki Allah sangat banyak! Malah saya dan keluarga tergolong dalam golongan asnaf di sana. Terdetik di hati saya mahu menjadi penyumbang kepada kampung saya suatu hari nanti! Kaya-raya rupanya orang kampung tu. Dan… semasa saya dah balik kampung, cikgu bekas sekolah anak saya di kampung call, ada sumbangan yang diberikan kepada kakak dan kak ngah. Saya buat keputusan tak mahu ambil sumbangan tersebut sebanyak RM200 sebab saya pun dah berpindah daripada sekolah tersebut. Sekarang saya pun dah habis belajar! Cikgu doakan anak-anak saya! Saya kembalikan semula duit itu dan dermakan semula pada pihak sekolah.

 

Rezeki Anak-Anak

Walaupun pada waktu itu, kami cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak apalah, rezeki orang lain lagi susah daripada kami! InsyaaAllah ada rezeki kakak dan kak ngah, Allah dah sediakan. Saya dah dapat balik Kedah pun dah bersyukur sangat!

 

Rutin Harian Saya

Suami kerja, anak-anak ke sekolah saya hanya tinggal dengan Jannah. Jadi, bila hantar kakak dan kak ngah ke sekolah saya dan Jannah masukk UUM buat kerja di sana, sebab nak guna internet. Setiap pagi saya dan Jannah ke pusat sukan beriadah sebelum ke perpustakaan. Pada mulanya saya masuk ofis, buat je kerja blogging di bilik ofis saya! tapi bila saya kat sana ada sahaja yang buka pintu bilik membuatkan saya rasa tak selesa. Ye la saya dah determinate kerja, mesti lah kawan-kawan yang tak biasa tengok bilik saya terang terus buka pintu. Ada kala saya tak sempat pun tengok siapa yang buka pintu bilik saya. Saya cuma dengar, “Sheila”… hehehe,….

 

So, saya buat keputusan untuk lepak je kat foyer library dengan Jannah. Setiap hari, di hari persekolahan kat situlah saya dan Jannah lepak sebab ada internet. Dan… ramai juga student postgraduate master, phd yang sedang buat kerja tesis mereka di sana. Ada juga foreigner minta saya ajarkan mereka, tapi saya tak mampu nak tolong analisiskan datanya kerana laptop saya belum diinstall dengan software-software tersebut. Saya cuma bantu mereka tunjuk cara step by step untuk menganalisis data tersebut.

 

 

Menjadi Pembantu Penyelidik

Masa itu juga saya dah mula buat kerja Research Assistant (RA), namun kerja tersebut tak habis-habis, sehinggakan suami saya pun bising! Saya pun cukup rasa tertekan dan pressure juga, terpaksa bebarapa kali pergi massage dan pakej bekam sekali. Badan saya dah block, kerana terlalu lama mengadap laptop. Macam-macam penyakit pula datang gastrik dan sebagainya! Dari segi etika memang tak boleh, saya bukan pembantu penyelidikan lagi, tapi terpaksa buat tesis untuk client saya! Pertengahan Disember saya tekat untuk berhenti buat kerja tersebut. Saya nak tumpukan pada penyelidikan saya untuk tahun 2021!

 

Allhamdulillah, syukur dalam beberapa hari ni saya dah kembali blogging. Dah ada masa untuk blogging! Banyak kerja blog terbengkalai! Syukur Allah permudahkan semuanya. Cuma limitasi dari segi talian internet tu sukar sikit untuk saya terus aktif blogging!

 

Rezeki 2020

Hari ini hari terakhir tahun 2020! Allhamdulillah, walaupun pendemik, saya sangat bersyukur, tiada apa yang tersangat susah dalam tahun ini melainkan tekanan demi tekanan. Namun ia berakhir bila saya dah kembali ke Kedah! Seronok walaupun tahun ini saya masik tak kerja, kerana sekarang saya sedang menunggu surat tawaran berkerja! Bagi saya tahun ini saya murah rezeki sebab tahun ni walaupun saya tidak berkerja tapi saya dan anak-anak ada baju raya baharu.

 

Ya Allah… dulu walaupun saya ada pendapatan sendiri tapi dah berapa tahun agaknya saya tak beli baru raya! Pakai apa yang ada, recycle apa yang ada. Subhanallah. Walaupun pendemik dan saya tiada pekerjaan tetap tapi itu lah saya mampu beli pakaian baharu. Tahun ni, 4 pasang baju baharu saya ada! Allahu… Tak terfikir di otak saya. Dah lama sangat tak ada baju pasang baru.

 

Tak Lulus Temuduga Peringkat School

Oh pasal kerja! Saya mendapat surat senat pada pulan Julai. Dan hari tersebut juga saya telah menghantar permohonan semula untuk masuk kerja. Tapi itu lah segalan Allah Perangcang Terbaik. Interview ditunda daripada bulan 7 hantar permohonan sehingga awal bula 10 baharu confirm interview di peringkat school. Malangnya, interview peringkat university telah lepas pada akhir bulan 9. Keputusan interview peringkat school saya tak lulus! Mana nak lulus tak langsung tak confident. Kelemahan saya ialah Bahasa Inggeris. Dan saya not well prepared. Sebab? Daripada pengalaman sahabat-sahabat saya temuduga peringkat school cuma bersembang dengan dekan, sebab mereka pun dah kenal kita! school cuma nak confirm sahaja! So, bila 5 minit sebelum masuk tu bilik temuduga tu, baru saya dapat tahu temuduga dalam Bahasa Inggeris, saya dan sahabat saya masuk berdua. Bila melangkah masuk tu, memang terkejut sangat la sebab panel 4 orang siap ada tag nama masing-masing kat meja. Sangat formal giler! Terus saya tak boleh nak perform. Sahabat saya lebih confident dari saya, agak saya la, sebab dia boleh jawab juga soalan panel. Tapi resultnya memang kami berdua tak lulus! tapi memandangkan KJ saya nak juga saya masuk bertugas, sebab dengan apa skill yang saya ada, pengalam kerja dalam industri yang tak ada pada staf lain. Jabatan saya pun kritikal! So saya lulus! Kawan saya pula tak lulus sebab penel cakap dia tak serius dan gelak kuat, duduk kat kerusi pun tak diam, panel cakap macam tak serius! tapi dekan dan pen. dekan nak juga dia, maka dia lulus! Sedangkan kawan saya yang lain ada yang tak perlu menghadapi temuduga peringkat school pun, dekan terus lulus! Ramai yang macam tu, semua depend pada school sebab kami ex staf! Itu la yang buat saya tak perfom… Sebab tak sangka school train kami macam baru pertama kali nak minta kerja. Serius!

 

Ketua Jabatan Yang Baik dan Perihatin

So, sehari sebelum interview peringkat universiti pada 26 November 2020, KJ buat webex untuk saya dan juga sahabat saya, supaya saya dan sahabat saya boleh lulus interview peringkat university keesokannya. Bila tiba masa interview peringkat university saya, sahabat, dan seorang lagi sahabat masuk bersama kerana kami bertiga bekas staf. Masa temuduga tu, Allhamdulillah saya ada keyakinanan berkacap. Dan mula jual diri! TNCA kata tak apa cakap jer dalam Bahasa MElayu, soalan yang diberikan panel pun dalam Bahasa Melayu, tak de la karek sangat seperti masa kat school tu. Tapi saya jawab juga dalam Bahasa Inggeris. Sykur bila dah jula diri tu, TNCA suka dengan jawapan saya dan diperhatikan dan didengar oleh dekan saya! So, saya ikut jer, apa kata KJ saya, “ko kena cakap apa kelebihan ko berbanding orang lain! Semua orang ada PhD tapi apa yang ko ada, yang ko buat yang orang lain tak ada”..

 

Pengalaman Seorang Blogger Membantu Saya Lulus Dalam Temuduga

Syukur sangat ilmu seorang blogger membantu saya menyakinan diri menjawab soalan panel. Saya sangat bersyukur ilmu blogging ni la yang banyak membantu saya, sehinggakan TNCA suka, dan kerja saya sebagai freelance iaitu penglibatan dalam industri membantu berbanding dua sahabat saya yang tiada pengalaman berkerja dalam industri. Apa yang sata tahu, daripada sahabat di school saya, KJ ada umukan saya dan sahabat saya yang sama-masa temuduga pada November lepas akan masuk berkerja Kembali pada tahun hadapan. KJ cakap panel berpuas hati dengan jawapan kami. Walaupun kata sahabat, dia sangat tak confident. Cakap pun sepatah-sepatah sahaja, saya yang banyak cakap katanya! Tak apa insyaAllah ada rezeki kita berdua. Itu lah pahit manis temuduga semula. Kita ni susah tau nak dapat kerja! Tapi saya sangat bersyukur pengalaman saya sebagai freelance dan blogger banyak membantu dalam mendapat kerja ini. Pengalaman susah ini sangat membantu saya kuat! Teguh berdiri.

 

Tak Ada Keyakinan Semasa Temuduga

Serius! saya cakap saya lagi confident semasa temuduga dengan pihak universiti berbanding kat school. Agaknya saya lagi selesa dengan orang yang saya tidak biasa, walaupun mereka berpangkat tinggi TNCA, dan juga professor-professor senat universiti tapi mereka sangat baik. Kalau temuduga di peringkat school ada panel sound direct je kat saya, sebab saya cakap slow. Katanya kalau cakap slow macam ni macam mana nak mengajar! dan macam-macam lagi teguran direct pada saya! Memang saya langsung tak confident dan tak tahu apa nak cakap. Bila di peringkat universiti walaupun saya cakap dalam English yang bertarabur, tapi saya tahu apa saya nak cakap! berbanding kat school langsung tak tahu apa nak cakap bila dah rasa takut. Salah satu sebab, panel masa kat school kawan-kawan yang kat depan saya baik dan puji kita, bila masa temuduga lain macam jadinya. Itu faktor buat saya down juga.

 

Terima Kasih Sahabat dan Senior!

Banyak faktor la yang saya dengar sebelum tu, ada yang tak bagi ambil saya masuk kembali. Tapi saya hairan juga, masa nak interview tu senior saya sangat support dan bagi tips macam-macam. Saya kena grooming kat senior saya, kata mereka KJ suruh groom saya! Sangat caring! Mereka sangat takut jika saya tidak diambil kembali. Tapi apa pun semasa saya kat kampung kawan-kawan saya di jabatan tu sanggup kutip derma bantu saya dari segi kewangan. Saya sangat terharu, bila KJ masukkan duit pada saya…. Saya tak bagi mereka buat macam tu. Segan saya, tapi KJ cakap tu sahaja dia dan kawan-kawan dpt bantu saya.

 

Lagi Apa Saya Buat Selepas Temuduga?

Dalam masa yang sama saya join bengkel dan kelas! Bengkel membina keyakinan diri! bengkel kelas memasak. Oh… ada soalan yang panel tanya saya tak boleh jawab, iaitu keanggotaan saya dalam organisasi antarabangsa. Dan… untuk itu saya tak ada sertai mana-mana penglibatan antarabangsa.! Tapi bila balik rumah oh… saya memang lupa rupanya saya ada jadi membership dalam dunia blogging ni untuk penglibatan antarabangsa. Kalau dalam bidang akademik tu memang tak ada la! tapi saya ingat la, apa panel cakap, “professor kangkung”… Maksudnya nak jadi professor bukan setakat di dalam negara juga tapi mesti biar professor yang berilmu dan menjadi rujukan dunia! InsyaAllah prof, I can climb to success!

 

Tercapai Azam 2020! Azam 2021?

Allhamdulillah, saya mencapai azam pada tahun 2020 ni! Azam seterusnya tu banyak… Eh apa? tak nak cakap ke? Tapi kalau korang nak kongsi azam korang dengan saya pun boleh tau. Azam saya, ialah nak jadi professor madya DA54 within 5 years. Tahun depan tahun mencabar saya. publication! scopus! geran penyelidikan, kelas! Oh kelas? Ermm… saya kena sambung belajar semula untuk ambil Post Graduate Diploma Higher Education untuk confirm dalam perkhidmatan selama 3 semester. Selain mengajar saya juga kena jadi pelajar semula. Itu yang saya perlu fikir dari sekarang!

 

Dapat Ilmu Baharu

Dan… dalam temuduga tersebut juga saya dapat ilmu baharu. Ilmu tu kawan saya di KL yang sharekan masa malam sebelum hari temuduga tu. Sebab saya akan refer padanya tentang ilmu teknikal terkini terutama dalam production seperti kamera terkini dan juga post production, editing dan sebagainya. Apa ilmu tu? ia melibatkan blogging juga dan production. InsyaAllah saya akan terangkan nanti. Selamat menyambut Tahun Baharu 2021. Semoga anda juga terus sukses dalam apa juga yang dilakukukan. Sukses untuk ke Syurga. Amin…

 

1 comment:

  1. Saya doakan agar akak terus sukses dalam penyelidikan akak.. Kita hanya merancang tapi Allah telah menentukan segala perjalanan kita... Stay strong and stay safe kak...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.