Berinfaq Kebaikan Merentasi Agama dan Bangsa: David Teo Sentiasa Bermurah Hati Menyalurkan Derma

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berinfaq Kebaikan Merentasi Agama dan Bangsa: David Teo Sentiasa Bermurah Hati Menyalurkan Derma| Allhamdulillah. Selalu mendengar pepatah “buat baik dibalas baik”, dan percayalah walaupun dengan sedikit senyuman yang ikhlas akan dibalas dengan kebaikan kerana ia merupakan sedekah. Sedekah atau infaq sangat dekat dengan kita umat Islam, dan saya percaya sedekah yang ikhlas akan memberikan banyak kebaikan bukan sahaja di dunia malah diahirat kelak. Dan sedekah ini juga bukan sahaja subur dalam masyarakat Islam malah ia juga disambut baik oleh kaum lain seperti Cina dan India.

 


David Teo Salam Seorang Penyumbang Bukan Islam

Mengenali sikap beliau yang “out spoken”, David Teo nama yang tidak asing lagi dalam industri filem di Malaysia. Sikapnya yang lantang berkata-kata, digeruni dan adakalanya sifatnya lucu dan gemar mengalunkan bait-bait pantun. Sikap tersebut secara tidak langsung telah mewarnai industri perfileman dengan di samping syarikatnya yang aktif sentiasa menerbitkan filem saban tahun. Kini beliau tidak lagi mengeluarkan filem serancak tahun 2000-an, dan sudah jarang kita melihat beliau di kaca televisyen. Perubahan digital yang pesat membuatkan syarikat beliau juga mula beralih arah dalam dunia digital seperti YouTube.

Walaupun, beliau merupakan seorang yang tegas dan lantang berkata-kata namun, beliau seorang yang pemurah. Sejujurnya, semasa saya bekerja dengan beliau lebih 15 tahun yang lepas, saya sering melihat beliau memberi sumbangan kepada seseiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama. Terutama jika masuk Ramadhan, makin banyak sumbangan yang disalurkan terutama kepada staf dan artis yang bernaung di bawah syarikatnya. Setiap tahun akan ada majlis berbuka puasa dan dia tidak pernah lupa akan nasib anak-anak tahfiz dan juga anak yatim. Ada sahaja anak yatim yang dianjurkan berbuka puasa bersama dan menyalurkan sumbangan kepada mereka.

 


Baru-baru ini beliau juga berkesempatan dan bermurah hati memberi sumbangan kepada Yayasan Ummah Prihatin Pahang dalam proses membina sebuah Pusat Tahfiz yang dikenali sebagai Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Pahang dan juga Asrama Anak-anak Yatim Asnaf.

 

Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Pahang dan Asrama Anak-anak Yatim Asnaf

Pusat tahfiz ini adalah sebuah institusi pengajian dan pusat komuniti dakwah dan waqaf iaitu sedekah jariah yang turut berkerjasama dengan Masjid Sultan Haji Samad Ahmad Shah UIAM Kuantan. Mengilhamkan sebuah institusi pengajian tahfiz dengan integrasi ilmu teknikal adalah keistimewaan dan kelebihan agar lepasan pelajar mempunyai kemahiran teknikal di samping menjadi pendakwah dan murabbi kepada masyarakat.



Sebuah Yayasan “Non-Profit Organisation”

Yayasan Ummah Prihatin Pahang adalah sebuah organisasi bukan berasakan keuntungan yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Perutubuhan Malaysia (ROS) yang berkonsepkan milik masyarakat setempat dengan sumbangan sedekah jariah.

Pembangunan yang akan dilaksanakan yang terdiri daripada kos pengurusan, pembinaan dan juga kos operasi kompleks YUPP bergantung sepenuhnya daripada infaq, sedekah orang ramai serta syarikat-syarikat korporat yang bermurah hati memberikan sumbangan. Oleh itu, David Teo merupakan salah seorang yang memberi sumbangan kepada YUPP ini.

 

Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Jawatankuasa YUPP

YUPP mempunya Lembaga pemegang amanah dan ahli jawatankuasa yang berwibawa. YAA Dato’ Sri Hj Abdul Rahman Bin Md Yunos yang merupakan Ketua Hakim Syari’ie Negeri Pahang dan juga YM Dato’ Tunku Iskandar Dzulkarnain Bin Dato’ Tunku Ismail merupakan panel penasihat kepada penubuhan YUPP. Selain itu, Kapt. Dr. Shamsuddin Bin Hj Moner (B) merupakan pengerusi, pengasas kepada penubuhan YUPP. Ia juga dibantu oleh Asst. Prof. Dr. Hasbullah Bin Mohamad merupakan Timbalan Pengarah Pusat Islam UIAM Kampus Kuantan adalah timbalan pengerusi YUPP.

 


Latar Belakang YUPP

Penubuhan Pusat Tahfiz Teknikal YUPP ini diasaskan apabila Hj. Ab Rahman Bin Hj. Tahir, isterinya Puan Hajah Norchahaya Bt Hj. Munir dan anak beliau Mohd Zafrey Asmady telah menganugerahkan sebidang tanah yang seluas 2 ekar di Simpang Pelangai Bentong, Pahang.

Maka di sinilah bermulanya perancangan untuk membina kompleks Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Pahang dan Asrama Anak-anak Yatim Asnaf. Ia diterima baik oleh Ahli Exco Tertinggi YUPP, Kapt. Dr. Shamsuddin Moner (B) dan juga penasihat YM Dato’ Tunku Iskandar Dzulkarnain Dato’ Tunku Ismail. Perancangan yang teliti dibuat dengan menubuhkan konsertium perunding untuk memulakan kerja rekabentuk kompleks dan merancang pembinaan.

 

Sudah tentu ada yang nak tahu apakah pengajian yang ditawarkan oleh Pusat Tahfiz Teknikal YUPP kan?

Ia bukan sahaja untuk melahirkan para huffaz dan bergelar tahfiz semata. Malah, ia juga menerapkan bidang teknikal, kemahiran hidup dan keusahawan untuk melahirkan graduan yang berkebolehan, berdikari selepas tamat pengajian.

 

Syarat Kemasukan

  • -pelajar lepasan dan memiliki sijil UPSR yang setaraf
  • -sekurangnya 12 tahun dengan pencapaian minimum 1A, 4B
  • -berkebolehan membaca Al-Quran
  • -minat untuk menghafaz Al-Quran
  • -mempunyai bakat dan berminat dengan kemahiran dan teknikal

Oleh itu, bagi menjayakan program ini berjalan lancar dan tertubuhnya kompleks Pusat Tahfiz Teknikal YUPP, marilah bersama-sama kami. Kita BINA BERSAMA pusat tahfiz ini dengan menyumbangkan 1 LOT WAKAF TUNAI PEMBANGUNAN HANYA RM150.

Jika David Teo, merupakan salah seorang penyumbang bukan Islam kepada pembinaan kompleks Pusat Tahfiz ini, kita juga sudah tentu mampu juga menyalurkan sumbangan apa yang mampu kepada kerja yang baik ini. InsyaAllah buat baik akan dibalas baik.

“Perumpamaan orang orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan tiap tiap tangkai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki Nya, dan Allah Maha Luas (anugerah Nya) lagi Maha Mengetahui”

(Surah Al Baqarah: Ayat 261)

 

“Sesungguhnya sedekah orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk. Allah akan menghilangkan daripadanya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri”

(Hadith Riwayat Thabrani)


Bagi yang terdetik di hati untuk menyumbang, 1 LOT WAKAF TUNAI PEMBANGUNAN HANYA RM150 SAHAJA

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Yayasan Ummah Prihatin Pahang

Maybank

5560 1108 4819

 

Sebarang maklumat lanjut hubungi:

Kapt Dr. Shamsuddin Moner (B)

https://wa.me/60133464005

2 comments:

Powered by Blogger.