8 Sebab Sheila Inspire Pilih TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor Sumber Inspirasi Bersukan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

8 Sebab Sheila Inspire Pilih TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor Sumber Inspirasi Bersukan

Assalamualaikum, salam sayang semua… Terima kasih sudi singgah ke blog picisan ni… Allhamdulillah, syukur, dah lama sebenarnya saya duk usha, usha, kemudian usha lagi sport instant hijab ni. Dek umur masuk 40 tahun ni, saya harus amalkan gaya hidup sihat. Bila Covid19 melanda ia menjadi agak terbatas dan agak slow, sebab terpaksa berhati-hati… Apa pun syukur, masih lagi dapat walking di stadium Universiti Utara Malaysia bersama Nur Jannah. Ye la dah tak kerja, full time suri rumah, rutin saya bersama Nur Jannah la di pagi hari, selepas hantar kakak dan kak ngah ke sekolah. Then, saya terus ke stadium UUM untuk walking di trek. Nur Jannah biasanya akan ikut saya pusingan pertama dan pusingan last… Tengah-tengah masa saya walking habiskan pusingan kat trek tu dia duduk tunggu saya di tempat duduk stadium… Dari jauh saya akan nampak dia. Selain itu, saya juga terpaksa hiking dengan membawa bersama Nur Jannah mendaki lebih kurang 600 kaki ketinggian Bukit Bunga Raya, Risda Genting Sintok, dan mengenakan sport hijab yang sesuai memudahkan saya memanjat sambal mendukung Nur Jannah. Justeru, keputusan terbaik diambil, kenapa saya memilih Sport Instant Hijab PTT Outdoor, menjadi peneman sejati saya semasa bersukan.


8 Sebab Kenapa TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor Menjadi Pilihan Sheila Inspire

1. Comfortable Fit

Dari dulu, memang saya tercari-cari Sport Instant Hijab untuk bersukan ni. Selalu juga saya belek-belek banyak kat media sosial, tapi TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor juga yang berkenan di hati. Terima kasih PTT Outdoor merialisasikan niat saya untuk memiliki sport hijab. Saya sangat suka hijab ni sebab cutting labuhnya menutupi paras dada. Bagi wanita bukan remaja, mak mak macam saya ni, memang mencari sport instant hijab yang menutupi paras dada. TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor menepati citarasa saya kerana ia memenuhi apa yang saya mahukan. Cuttingnya yang tidak terlalu labuh di bahagian bahu, sangat terletak dan tak payah diselak-selak, senang cakap korang tak perlu nak menggunakan pin. Biasanya bagi wanita ni, bila pakai tudung dah jadi kebiasaan akan pin di bahagian bahu kerana tudung tersebut labuh. Tapi, korang tak perlu guna pin bagai bila mengenakan Sport Instant Hijab daripada PTT Outdoor ni. Kenapa? Sebab ia memang dah comfortable fit. Dah elok terletak bila pakai TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ni. Cantik menutupi paras dada dan tidak akan rasa rimas.


2. Lightweight – feels like a second skin

Antara perkara yang saya suka tentang TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ni juga sebab ia ringan dan tak berat. Kainnya yang nipis dan sangat ringan mudah digunakan. Bila korang buat aktiviti sukan, sudah tentu korang akan selesa bila gunakan tudung yang ringan kerana ia tidak membebankan aktiviti korang. Sudah tentu material yang ringan memberi keselesaan untuk bersukan. Sama juga saya memang tercari-cari material kain yang ringan tidak berat dan tidak membebankan saya apabila memakainya. Sebab, sukan ni bukan seperti bergaya biasa, kerana ia akan melibatkan aktiviti yang berat. Contohnya adakala, jika melakukan sukan di gym dengan menggunakan alatan kecergasan seperti fitness training machine (bike, recumbent, upright, spinning), multi station atau single station, ia mmeerlukan kekuatan daya. Oleh itu, dengan pemakaian Sport Instant Hijab berjenis nipis, tidak berat seakan seperti kulit ni tidak akan membataskan pergerakan korang bila melakukan aktiviti sukan yang sederhana mahupun lasak.

 

3. Fabrik Yang Sejuk / Cooling Fabric

Salah satu sebab lagi kenapa saya suka TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ni kerana kainnya yang sejuk.  Menjadi keutamaan dalam melakukan aktiviti sukan ialah mengenakan hijab yang sejuk. Biasanya jika saya menggunakan shawl jenis kain shifon atau kain cotton, peluh akan menyerap pada fabrik, dan ia tidak menyejukkan saya tapi peluh yang melekat pada fabrik membuatkan saya menjadi semakin panas. Ianya berbeza bila saya memakai TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ini, peluh boleh diserap dan pada masa yang sama ia memberi kenyamanan kepada saya, tidak panas kerana meterial fabriknya yang sejuk. Saya tidak perlu risau kesan peluh yang melekat pada fabrik kerana ia tidak nampak kesan tersebut berbanding saya menggunakan tudung dengan material cotton atau pun shifon.

 

4. Stretchable

TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor juga terdiri daripada material kain yang stretchable atau kainnya yang mudah diregangkan. Dalam melakukan aktiviti sukan material kain yang stretchable sangat diperlukan kerana aktiviti sukan menggunakan banyak pergerakan. So, apabila kita banyak bergerak fungsi kain yang mudah diregangkan tidak akan membataskan pergerakan kita. Oleh itu, ia sangat sesuai bagi saya untuk melakukan apa-apa aktiviti sukan. Sebagai contoh bila saya walking dengan berjalan laju, saya akan menggunakan kekuatan kaki malah tangan juga tutut dihanyunkan mengikut rentak perjalanan saya. Begitu juga apabila saya melakukan aktiviti hiking, memanjat bukit memerlukan kekuatan kaki ditambah pula apabila terpaksa mendukung Nur Jannah bersama, sudah tentu hijab yang mampu menegangkan memudahkan saya memanjat. Ini kerana Nur Jannah akan berpahut dan berpegang pada bahu dan tudung saya.


5. Kainnya Tidak Bergerak Semasa Bersukan

Apabila melakukan aktiviti sukan sebagi contoh aktiviti yang banyak bergerak seperti jogging, apa yang paling utama yang saya tekankan saya sangat mencari hijab yang statik. Apa yang saya maksudkan ialah hijab yang tidak mudah bergerak, berkerunyuk, apabila diterbangkan angin. So, TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ni, mempunyai satu material yang terletak pada badan yang sangat diharapkan. Saya mahukan satu hijab yang tidak mudah terselak. Oleh itu, TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ni menjadi pilihan saya.

 


6. Harga Yang Berpatutan

Sudah tentu dalam mencari untuk membeli Sport Instant Hijab, faktor harga menjadi taruhan utama. TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ditawarkan dengan harga yang berpatutan mampu milik sesuai dengan kualitinya sangat memberi pengaruh dalam membuat pembelian. Harga yang ditawarkan bagi TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor adalah RM58.00 setelah mendapat potongan harga berbanding harga asalnya iaitu RM89.00. Apa yang menarik lagi korang boleh mendapat lagi potongan sebanyak 10% apabila menggunakan kod kupon yang ditawarkan. So, bila korang membuat pembelian secara atas talian, jangan lupa masukkan kod kupon ASELA10 bagi lebih mendapatkan penjimatan.


7. Mudah Kering / Quick Dry

Selain itu, faktor quick dry atau mudah kering juga menjadi pilihan saya. Kenapa saya suka material yang mudah kering, ini kerana apabila kita melakukan aktiviti bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh yang banyak. Bagi saya yang bertudung sudah tentu bahagian leherlah akan mudah berpeluh. Bila dah berpeluh tu, ia akan melekat pada tudung yang saya pakai. Di sinilah faktor fabrik dan material yang mudah kering mampu memainkan peranan. Jika saya menggunakan fabrik cotton atau shifon selain ia melekat pada fabrik, ia sukar dikeringkan. Bila saya mencucinya juga masih ada kesan pelut yang tidak tanggal pada fabrik cotton atau shifon. Namun, masalah ini tidak terjadi apabila saya menggunakan TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ini.

8. Stylish but quiet design

Faktor terakhir, TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor menawan hati saya kerana ia mempunyai gaya yang tersendiri atau stylish but quiet design, ouchhh gituhhh… hehehe… Dari awal lagi saya cakap, saya agak cerewet memilih Sport Hijab sehinggalah saya dipertemukan dengan TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ni. Dengan kecantikan cuttingnya yang tersendiri labuh menutupi paras dada, terletak, cutting yang tidak “serebeh” bak kata ore Kelate, ia sangat sesuai untuk saya mengenakan semasa melakukan aktiviti sukan. Saya yakin korang juga akan menyukainya. Ia ditawarkan dengan kombinasi 4 warna iaitu royal blue, green, black dan grey…

Apa? Dah cakap Panjang lebar mesti tak sabar nak dapat kat mana kan? Korang boleh jer terus ke link pautan di bawah ini bagi mendapatkan TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor. Tapi korang kena cepat dapatkannya k, sebab kalau terlambat ia akan habis… Laku keras tu! sememangnya menjadi pilihan ramai peminat sukan. Ye la musim Covid-19 sekarang ni salah satu sukan yang popular seperti cycling. Untuk bagi korang  aktif cycling, TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor ini menjadi pilihan yang tepat kerana lapan faktor yang saya utarakan di atas.



Untuk maklumat lanjut bolehlah layari,

Facebook:

www.gacebook.com/pptoutdoor

 

Instagram:

@pttoutdoor

 

Twitter:

www.twitter.com/ptt_outdoor

 

Youtube:

PTT Outdoor

 

Website:

Untuk pembelian klik pautan ini:

https://www.pttoutdoor.com/shop/tahan-instant-sports-hijab/?utm_source=sheilainspire&utm_medium=referral&utm_campaign=blog

(Masukkan kod kupon ASELA10 untuk potongan 10%!)

 

Sheila Inspire menjadikan TAHAN Instant Sport Hijab PTT Outdoor sbagai sumber inspirasi sukan saya dan korang juga!

 

 

 

 

1 comment:

Powered by Blogger.