Churros Semudah ABC with Chocolate

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Churros Semudah ABC with Chocolate | Allhamdulillah, syukur, terima kasih, dapat juga laksanakan kehendak anak-anak ni. Dah lama sebenarnya mereka suruh saya buat churro. Masa dalam PKP lagi diorang duk suruh saya buat. Masa tu saya tak dapat nak beli butter. Ye la, pergi je kedai tapi kekangan demi kekangan sukarnya nak dapatkan walaupun seketul butter. 

Allhamdulillah bila dah dapat beli tapi ada lagi kekangannya. Lama butter tu tersimpan. Dah balik Kedah pun masih tersimpan rapi. Sebenarnya mudah sangat nak buat churros ni tapi ada sahaja kekangan menyebabkan perkara yang mudah pun sukar juga dilaksanakan. 


Apa lak kekangan tu?
hehehe... sebenarnya saya tak ada pipping bag dan nozzle. Bermula dari sukarnya nak dapatkan butter walaupun cuma seketul then susah lak saya nak dapatkan pipping bag dan nozzle. Walaupun kat taman rumah saya ada kedai alatan kek, kekangan kewangan yang melanda menyebabkan saya belum mampu nak beli. Hukhuk.... Lama menunggu, Allhamdulillah, dipermudahkanNya juga, Syukur!

Saya pergi ke kedai kek di taman rumah saya untuk membeli pipping bag dan nozzle! Finally! dapat juga buat churros untuk anak-anak. Saya juga beli chocolate chip. Kak ngah yang pilihkan. Dia ingatkan saya!... hehehe.... 

Balik rumah, bermula la episod churros with chocolate!
Bila tengok resepi... alamakkkk!!! kena guna tepung gandum lak, nasib la tepung gandum cukup-cukup je buat untuk satu hidangan.

Bahan-bahan Churros Semudah ABC with Chocolate

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan air
2 sb butter
1 sb gula
secubit garam

Cara-caranya
1. Masukkan 1 cawan air, butter, secubit garam dan gula di dalam periuk atau kuali (yang mana anda selesa masak). Panaskan sehingga cair.
2. Kemudian boleh masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau rata sehingga tidak berketul-ketul. Tutupkan api.
3. Dalam bekas yang sama masukkan sebiji demi sebiji telur dan kacau lagi sehingga menjadi doh. 
Sementara, tu boleh la panaskan minyak untuk menggoreng. Bila dah jadi doh tidak berketul boleh la masukkan dalam pipping bag. Sedia digoreng. 


kacau sehingga sebati


dah jadi doh


Masukkan dalam pipping bag


Saya gunakan nozzle bentuk bintang


Pippkan dalam minyak panas dan gunting chorrus anda sepanjang mana yang anda nak.
Bila dah keperangan bolehlah angkat dan tos kan minyak.

Chocholate

Untuk chocolate pula, saya gunakan Chocolate chip, masukkan dalam paeriuk bersama secawan susu, sedikit butter, sedikit garam dan sedikit susu manis. Cairkan, bila dah sebati dan tidak berketul bolehla dihidangkan bersama chorrus itu.

Wahhh... senang, sedap pun boleh tahan. Anak-anak suka sangat, so apa lagi, minta daddy belikan tepung gandum lagi repeat la beberapa kali buat. 1 ketul butter tu saya boleh buat berkali-kali...

Selamat mencuba allss...



6 comments:

  1. teringin nak makan satu tapi nak buat tu aishhh perlukan kerajinan..hahaha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. bestnya boleh buat sendiri! simple pulak tu..nanti nak cuba jugak lah

    ReplyDelete
  3. Macam tu rupanya.. bagus juga ada step by step macam ni..

    ReplyDelete
  4. Seumur hidup zumal belum pernah makan churros ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.