Officially, I am Graduated but PhD is Nothing

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Officially, I am Graduated but PhD is Nothing | Assalamualaikum, hi semua. Terima kasih kerana masih sudi menjengah blog saya yang sentiasa bersarang ni. Allhamdulillah, Ya Syakur. Selesai jua menamatkan pengajian setelah 7 tahun, 7 bulan dan 6 hari… Erm… sangat lama! Selesai juga dan berakhirny azam saya yang sekian lama tu… Fuhhh lama kan untuk saya menamatkan pengajian ni. Penat?


 

Penat!

Memang penat, tapi harus sentiasa kuat. Bila down dan penat, memang la mood study pun akan berubah. Nak nak, bila kita dah buat banyak-banyak tapi di reject oleh supervisor. Terpaksa delate dan buat semula. Itu kena reject!! Banyak kali juga la buat try and error. Tersangat penat! Nak buat camana penat apa pun kena teruskan juga sehingga titisan terakhir… hehehe…

 

Sedih!

Tersangat sedih! Dah habis air mata keluar. Rasa macam tak ada jalan keluar dah macamana nak siapkan tesis tu. Pada awalnya, saya memeng cepat. Semester 2 dah defend proposal. Namun, perjalanan cerita ini bermula dengan,

  • proposal
  • hipotesis
  • literature review
  • kutipan data
  • analisis data
  • dapatan kajian dan konklusi

 

Hang!

Banyak hang, stuck, sampai tak tahu macamana nak cari jalan keluar. Sepanjang pengajian ni, phase pertama stuck bila nak dapatkan data. Ye la, saya buat kajian dari 0, tak tahu macamana nak collect data dengan menggunakan metod kuantitatif. Jika masa, di ijazah pertama dan master, kajian filem yang saya buat adalah menggunakan kajian analisis isi kandungan iaitu mengaplikasikan metod kualitatif. Apabila PhD ni, saya cuba belajar perkara yang baharu. Saya juga nak belajar tentang statistic dan metod kuantitatif ni. Kalau dulu (masa pengajian ijazah dan master) saya memang akan ketepikan soal nombor-nombor ni. Pening kepala saya bila tengok nombor. Memang SPM math saya dapat 7… huhu… Tengok je nombor boleh naik pening! Rasa macam di awangan, berpusing je kepala ku. Sebab tu juga la tak sempat saya jadi “film editor”, just jadi ‘video editor’ sahaja… Sebab bila edit filem kat final cut pro, masa nak transfer ke filem tu kena check numbering cutting shot untuk keja transfer ke lab filem… fuhhh…

 

Stuck!

Bila stuck dalam collect data, plan A tak jadi, move to plan B, then move to plan C, sampai ke plan D baru dapat data. Kat sini saya dah take time 2 tahun lebih… fuhh giler lama 4/5 sem stuck tuk colleck data sahaja. Sedih sangat! Nak giler pun ada. Tapi tu la,,, tak boleh nak give up! Kena jufa teruskan. Pergi ke JPN Kangar ke JPN Alor Setar, emel surat ke Putrajaya, semua tak jalan…. Jem terus, terpaksa cari plan B, C dan D baru jalan…. Nak menangis pun dah tak tahu macamana nak menangis dah… tapi itu la, Allah punya plan kita tak tahu kan…. Bila sangat down tak boleh down selamanya, kena kuatkan diri gagah wake up again… Kepada Allah jua mampu berserah. Allhadulillah! Settle bab data collecting, dengan izin Allah dengan perancangan Allah terbaik untuk ku, then ke fasa seterusnya, analisis data.

 

Laju!

Untuk analisis data saya, laju. Cepat je saya buat bila saya dah faham guna software. Saya gunakan SmartPLS untuk analisis data saya. Yang buatkan saya lambat, bila model saya terlalu kompleks sehinggakan 3rd order analysis. Masa ni saya kena go back pada awal bab 1, bab 2 dan bab 3 untuk clarify semula problem statement, research objective, hypothesis kajian saya. Kat sini saya sedikit stuck bila sv saya pun tak berapa arif bab analisis data guna Smart PLS. So, saya memang berdiri sendiri dengan izin Allah. 1st sv tak boleh nak bantu sebab dia memang study tentang metod kualitatif, ye la kajian tentang filem kan banyak melibatkan metod kualitatif. 2nd sv juga tak dapat nak bantu, sebab dia juga tak arif guna SEM PLS ni. So, kat sini saya memang struggle. Banyak kali juga saya analisis n rewrite semula bab 4 saya untuk perkemaskan model saya untuk match dari awal (bab 1- 2).

 

Bila bab (model) kita tak tepat kita kena patah balik kepada problem statement, RO dan RQ, hipotesis kajian, dan LR. Memang ia buat kerja saya juga lambat kat sini. Tapi saya bersyukur daripada saya pening dengan nombor, sehingga la saya boleh atasi masalah tersalah tersebut bila dari 0 saya belajar key in data dalam SPSS, bagaimana nak clean data seterusnya analyse data. Banyak step yang kena buat sebelum analisis data. Memang kalua guna SmartPLS ni tak perlu clean data yang tak normal pun tak apa, dah boleh terus analisis. 

Apa pun, saya belajar dari awal untuk data tu bagi cantik resultnya. Perjalanan yang awalnya laju, semakin lambat. Rakan-rakan yang sama-sama berjuang semasa analisis data semua dah grad n konvo saya tetap masih di situ. Huh! Ye la, dari tak mengandung, mengandung sampai la melahirkan Nur Jannah still masih kat analisis data. Mana taknya jadi 7 tahun ye… Ditambah pula kena reviva setahun correction, fuhhh… yang 7 bulan pula, dah siap correction terpaksa take time 3 bulan untuk tunggu sv saya baca, dah siap dia baca, ada pembetulan yang perlu dibuat. Siap dalam beberapa hari. Ada lagi, dan lagi kena betulkan. Siap semua untuk submit, problem dengan abstrak dan formatting pula. Sedia untuk submit PKP pula diisytiharkan. Pada 24 Julai 2020 baru result keluar. Senat dah lulus! Tapi 4 hari selepas tu baru saya dapat tahu. Tak apa la, syukur! Perjalanan PhD yang indah yang ditentukan kepada saya.

Tanya kaawan saya, “ko dah sujud syukur?” “belum kak”, “bukan lama pun nak buat”, hehe… terima kasih kak ingatkan saya!

 

Itu lah determination yang saya lalui.

 

Complicated!

Sambung lagi perjalanan tesis saya,,,, umm…. Data saya bermasalah sebab banyak variable yang saya guna dalam model, saya terpaksa simplfy, walaupun dah simplify result yang saya dapat pada 24 Julai 2018 (Selasa) adalah reviva, dengan correction setahun. Semua disebabkan model saya yang dan “nilai agama” dalam kajian saya tak mix sense untuk kajian tersebut. Chair person pada hari tersebut tak setuju “nilai agama” dijadikan kajian. Sebab kedua saya reviva, sebab conclusion saya dibuat secara umum. 4 variable yang perlu saya gugurkan termasuk “nilai agama” dan saya kena analyse data semula. So, dalam kajian ni, jangan ikut rasa nak buat hebat ke apa. Ikut, kajian kita tepat walaupun simple tak apa. Semua ni susah saya nak cerita sebab memang bab ni hanya saya sahaja yang faham kajian saya, sv pun tak mampu nak bantu. Masa tu saya memang berdiri sendiri dengan bantuan Allah la sahaja yang faham. Saya rasa bila buat tesis ni, saya hanya dengan Allah,,,, ilmu ni kena tahu banyak perkara pusing sana sini kena tahu. Kalau miss satu benda, terpaksa belajar dan belajar bagi faham. Tak ada short cut. Nak tak nak kena buat dan buat, kena sabar dan sabar. Akhirnya, pada 26 Oktober 2019 (Jumaat) saya lulus dengan minor correction tapi diberi tempoh 8 bulan. 


Namun, bila-bila masa pun saya boleh submit. Itu la determination saya, walaupun bila-bila boleh submit. Dan selepas sebulan saya dah submit pembetulan saya, tapi sv saya tak ada masa nak baca. Bulan 2 2020, baru dia sempat baca. Apa pun syukur, berakhir jua. Allhamdulillah. Allahuakhbar!

 

Saya tak cukup duit!

Jujurnya tak mampu nak hire orang buat kerja saya, walaupun RM50 saya tak mampu. Ada sekali saya mohon RA key in data data, itu pun kurang RM50. Sedih, sebab tak mampu nak minta tolong RA buat semua sebab saya tak cukup duit. Ada juga yang suruh saya minta pakar ckeck model saya, upah la RM100 ke RM50 ke, bergantung apa yang diminta bayar. Itu pun saya tak mampu! Memang saya tersangat tak mampu nak hire orang buat keje simple untuk tesis saya. Dari 0 ke final saya buat sendiri. Lambat ke saya teruskan juga. 


Allhamdulillah, saya bersyukur ada yang menolong saya tanpa bayaran. Allah datangkan pakar dan professor yang bantu saya. Mereka ikhlas berkongsi ilmu. Ya Allah, Dia tahu saya tak mampu nak hire orang tapi Dia datangkan mereka yang benar mahu membantu saya. Allahu! Syukur sangat. Orang kata kalau nak cari ilmu ni kena berkorban duit. Macamana saya nak berkorban duit? Sedangkan saya memang betul-betul tak mampu.

 

Saya spend perkara yang penting, sebagai contoh untuk masuk bengkel dan sebagainya. Untuk masuk bengkel memerlukan duit yang banyak ada kala yuran bengkel mencapai RM400. Dan saya berulang alik ke Penang. Untuk itu saya perlu uruskan kewangan saya semasa belajar dan juga untuk keluarga saya.

 

Sabar!

Hanya sabar yang buat saya kuat. Saya ni cuma tak sabar dengan anak-anak. Stress, anak-anak jadi mangsa. Kesian mereka. Saya banyak dosa dengan mereka, suami juga. Dalam tu, saya selalu minta maaf daripada anak-anak, suami saya. Walaupun anak-anak masih kecil tapi saya tahu mereka faham keadaan saya. Saya selalu mohon anak-anak doakan saya habiskan pengajian ini. Saya selalu suruh mereka sabar kerana mereka nak beli macam-macam barang tapi saya tak mampu nak bagi. Kakak dapat 8A dalam UPKK tahun lepas pun sehingga kini saya belum bagi hadiah untuknya. InsyaaAllah, ada rezeki mama bagi hadiah tuk kakak.

 

Diberhentikan kerja

Lambat sangat habis belajar, terpaksa diberhentikan kerja. Itulah nasib saya, sebelum diberhentikan kerja saya selalu fikir bagaimanalah hidup saya dan keluarga saya kalau saya diberhentikan kerja. Hanya itu pendapatan saya dan keluarga memandangkan suami saya tiada pendapatan, house husband jaga anak. Dia juga diberhentikan kerja terlebih dahulu daripada saya. Buat kerja part time, apa kerja pun yang dipinta. Susah untuk husband saya nak cari kerja tetap. Kawan-kawan tolong carikan sama tapi itu la, tak ada rezeki masa tu. Harus la gaji tak menentu. Tapi itu lah, perancangan Allah yang hebat. 

Allah bagi saya kuat, suami kuat. Telinga saya asyik kena bebel dek keadaan. Ada kala saya tak sabar juga.  Saya sangat tersisih. Suami penguat saya, dia selalu memberi kata-kata semangat kepada saya. Dia selalu buat saya sabar.  Dugaan dan cabaran ini buat saya dan suami semakin erat dan kuat. Dalam keadaan macam ni, orang nampak suami tak bertanggungjawab. Empati mereka kurang kepada saya dan suami dek “miskin”. Kenapa nak hina orang “miskin”? Adakah darjat, harta itu penentu segalanya?

 

Gembira

Disebalik kedukaan dan kesukaran saya banyak dapat support daripada mereka yang sangat memahami saya dan suami. Terima kasih semua. Kepada yang kondem saya dan suami, saya juga berterima kasih. Saya anggap kalau kongsi masalah dengan orang yang kita percayai, ia akan faham situasi kita. Tapi apa yang dapat cemuhan dan hinaan. Tak apa la. No more after this. InsyaaAllah.  Air liur saya dan suami tak laku. Pandang sebelah mata pun tak, macam ni la nasib orang susah macam kami. Ini nasib yang ditakdirkan kepada kami. Apa pun syukur! Allah Maha Penyayang! Allhamdulillah. Anak-anak saya semua orang sayang. Apa yang nak lagi kan… Mesti la gembira. Paling utama ingat Allah sayang kita. Tak perlu raih kasih sayang makhluk kerana kasih sayang Allah yang perlu diraih. Jika kita sayang Allah, Allah akan hadirkan sayang makhluk pada kita. Allhamdulillah. 


Maafkan orang. Orang tak faham kita tu bukan apa, mungkin juga malu dan terhijab! Tak apa, walaupun saya susah saya sentiasa doakan mereka dikurniakan rezeki berlimpah ruah. Saya tak mampu nak bagi mereka wang ringgit, barang mahal, hanya doa setiap hari yang saya mampu ungkapkan. Biarlah apa orang nak cakap pada kita, yang penting kita doa yang baik-baik pada mereka, maafkan mereka. Anggap sahaja mereka terhijab dengan dunia. Doakan mereka semoga dibukakan hijap. Doakan mereka supaya dibersihkan daripada cinta dunia. Doakan supaya dibersihkan hati mereka. Doakan mereka supaya teguh dan taat kepada Al Quran dan sunnah dan dikurniakan Firdausi. Amin Ya Mujib. Allhamdulillah, Allhamdulillah. Allhamdulillah. Bila kita sentiasa doakan mereka yang negatif dengan kita, secara automatik kita akan bahagia dan gembira.

 

Konklusi

Apa pun PhD is nothing. Yang ada adalah kekuatan, kecekalan diri dapat mengatasi masalah demi masalah. Jangan lari daripada masalah. Jika kita takut dengan masalah itu yang buat kita gagal. Jika kita mampu menentang masalah ia akan bawa kita kepada kejayaan. Itu la kejayaan yang sebenar. Susah dan senang, suka dan duka. Bukan tesis dan PhD itu, tapi falsafah kehidupan yang mengajar kita kembali kepada fitrah. Ia mengajar kita bertanggungjawab. Tanggungjawab sebagai abdi, tanggungjawab sebagai khalifah. Doakan saya akan berkhidmat kepada masyarakat dan agama.

 

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke akhir perenggan ini. Saya doakan kalian yang membaca tinta ini berjaya di dunia dan di akhirat, diampunkan dosa, dan diperoleh syurga Firdaus.

 

 

6 comments:

  1. ya Allah..tabahnya sheila..klu cik nor dah lama give up..semoga sinar bahagia menanti sheila..aamiin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah! Tahniah, Kak Sheila. Setiap jerih payah yang telah dilalui sepanjang tempoh 7t7b7h tu membuahkan hasil yang sangat manis. Moga terus sukses!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kak.Tahniah.Orang hebat dugaannya pun hebat.Kerana Allah mahu menaikkan darjat seseorang maka ditinggikan ujian padanya.Niat akak menuntut ilmu kerana Allah dan yakin ilmu yang akak tuntut dan ada itu tidak sia-sia.

    ReplyDelete
  4. Tahniah sis Sheila... saya pun product USM (masih otw lagi ni nak completekan IOW kat UTM dulu)... semoga sis Sheila terus berjaya dalam segala-galanya... psttt, doakan saya juga ya... btw, saya terus follow blog sis ni... teruja baca... ni blog saya, hehehehe... https://weolls.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.