Rajin Lagi ke Macam ni? Asah Skill Masak di Kala RMO



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Rajin Lagi ke Macam ni?
Bagi yang rajin saya salut mummy-mummy. Saya dah kurang rajin sekarang ni. Masuk dapur pun masak nasi, goreng-goreng jer... Ada sekali-sekali masak gulai! Lambat berasap dapur ku. Terbaik awak-awak kat luar tu terus rajin dan konsisten masak... Memang luar biasa!

Asah Skil Masak di Kala RMO | Dah tentu-tentu masuk hari ke 29, sudah pun bermulanya fasa ke-3 ni,,, mak-mak, mommy, ibu, ummi mama mesti dah masak macam-macam kan... Dah tentu pelbagai rupa jenis masakan, pelbagai resepi baharu dicuba. Ye la kalau tak, tak de lak yang viral hari ni resepi apa dan apa.



Saya juga tak terkecuali huhu... mencuba pelbagai resepi. Sebenarnya saya dah mula sejak bergelar suri rumah sepenuh masa sejak bulan 12 tahun lalu lagi. Dari berniaga pisang goreng sehinggalah berniaga chicken chop. hehehe... banyak resepi dah di cuba juga. 

Bila mula buku baru berniaga chicken chop, saya jarang ada di gerai tepi jalan dekat rumah saya. Sebab masa mula berniaga lepas Asar sehingga ke malam, hanya suami sahaja yang berbniaga. Kerja saya sediakan sos black papper di rumah. 




Masa yang panjang kat rumah, anak-anak dah pergi sekolah saya mula la masuk dapur masak. Dari pagi sediakan sarapan untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah sehingga lah ke malam hari. Sama juga di waktu RMO ni pun.... tugas masak masuk dapur tetap sama. Ye la dah sepenuh masa suri rumah apa lagi nak buat selain ke dapur saja. 

Tak Pandai Masak

Saya bukan jenis yang pandai masak, tapi saya suka cuba. Tak jadi buat lagi dan lagi. Janji tak jemu. Nak dapat skill masak bukan sekali dua buat. Yang penting ada bahan-bahan tuk masak walaupun tak berapa nak cukup saya belasah je apa yang ada, janji jadi makanan. 




Bagi saya masak tu subjektif
Sama juga macam buat tesis kalau korang guna metod kualitatif, korang boleh goreng (justify) apa yang korang buat asalkan boleh diterima akal. So, tak perlu nak pikir rumit. Tak kena A, buat B, C sampai jadi. Ada kala kita lupa pun apa yang kita letak apa dalam masakan tu, tak perlu nak measure berapa ml gram garam, gula dan sebagainya.

Masak Itu Kreatif

Cakap bab kreatif la, kalau tengok dari aspek gender korang rasa mana lagi kreatif antara kaum Adam dan Hawa? Sejujur, bagi saya laki lebih kreatif, diorang masak simple je main campak tapi sedap. Dan mereka lebih suka mencuba itu dan ini. Itu cuma pendapat saya! (yang tak berapa nak pandai masak).




Kelas Masak Bersama Anak-anak

Anak-anak pun ada masa yang banyak kat rumah. Selepas mereka buat kerja online boleh luangkan masa di dapur bersama ibu. Masuk lak kelas masak bersama ibu. Kakak Amani anak saya yang sulong, allhamdulillah dah pandai masak sambal telur hancur. Hampir tap hari dia masak sambal telur hancur bila nak makan nasi. Dia juga dah pandai goreng sayur. Bila tak nak makan nasi, dia hanya makan sayur goreng.




RMO dah Hikmah

Secara tak langsung RMO mendidik anak-anak berdikari. Biasakan diri duduk di dapur masak ye! Bukan biasakan duduk di dapur tengok sahaja, hehehe. Selain itu, RMO ni sudah tentu mengajar kita yang mampu lagi makan siang dan malam ni belajar bersyukur sebanyaknya. Sebab kat luar sana tu, ramai antara kita tak cukup makanan, makan sekali sehari sedangkan kita berlebih-lebih. Ye la dah tak boleh nak buat kerja kan. Sama la dengan saya dan suami, nasib kami baik skit tinggal dengan mak ayah. huhu... segan la juga kat mak ayah tanggung kami makan. Aturan Allah buat kami juga sukar, tapi ada lgi yang lebih terlalu sukar dari kami. Kami ni apa la sangat! semoga ibu bapa kami mendapat syurga hakiki. Aminn...



Allahu. Apu pun bila makan teringat je mereka yang lebih susah daripada kita, dan sama-sama kita mendoakan mereka semoga Allah murahkan, luaskan dan lapangkan rezeki mereka. Tidak lupa juga kepada frontliners kita semua yang bersengkang mata melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara. Kalau korang mahu menambah pahala sama-sama membantu bolehlah salurkan derma semampunya seperti di tabung untuk fronliners di bawah. 




Menu RMO

So, sepanjang RMO ni saya masak yang simple sahaja seperti apam, pelbagai apam yang dicuba. Apam pisang, apam milo, apam gula hangus, apam balik, puding pisang, kek brown sugar, kek minyak, kek gula hangus, buah melaka, butir nangka dan puteri mandi. Itu antara menu desert yang saya buat. Ada yang jadi dan ada juga yang tak menjadi. Itu la saya bukan seorang chef. Skill masak baharu diasah. hehehe....




Menu Viral

Saya tak berapa tahu dan mengikuti tentang menu viral masa RMO ni. Kekangan internet dan juga tak sempat nak buka facebook lama-lama untuk mengikuti menu viral RMO. Kalau tertahu pun sebab kawan-kawan whataps… hehehe.. sejak dulu lagi saya jarang lepak lama-lama kat facebook. Kekangan kerja menyebabkan saya jarang lepak di facebook.




Blog dan RMO

Sejak RMO pun saya jarang publish entry. Boleh kata kan sejak berhenti kerja la, lepak kat blog sebab ada job dan tugasan sahaja. Allhamdulillah, hari ada masa skit buat entry guna mobile data hot spot, erm… cepat-cepat la taip. Kekeke….




Pengajaran Masak Sejak RMO

Sepanjang masak hari-hari RMO ni, saya selalu terlebih garam, aduihhh… buah onde-onde pun masim. Tahu la hari puasa masa buat tu, tapi memang tangan ni ntah gatal nak masukkan garam lebih pasal apa? Huhu…. Itu la, dan ia mengajar saya berhati-hati semasa memasak.

Apa yang korang masak sejak RMO dah 29 hari ni, kalau tak segan bolehlah kongsikan bersama saya!

dan.... semoga negara kita cepat pulih daripada covid 19.. Aminn...

5 comments:

  1. tak pandai masak, kalau ada usaha mencuba inshaAllah menjadi. dah masak macam-macam musim PKP ni especially yang viral macam ayam 2 budak gemok, souffle pancake, kek batik indulgence, sangkaya dan lain². Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak pandai masak kak, suami lagi pandai masak. Tapi hari2 masak guna google, dah slow2 reti sikitla..haha. Btw semoga murah rezeki di bulan Ramadhan ni kak..selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  3. Ye la tu tak pandai masak.... merendah diri ni.... tengok2 level chef wan

    ReplyDelete
  4. RMo tu sebenarnya ape... maksudnye xyah beli ape2 ke sebab rm kosong?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.