Pengalaman Aku dan AKPK


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah

Ini kali kedua saya ke AKPK. Kali pertama saya sangat happy dan sangat rasa hilang beban-beban yang ditanggung, bila bila kali kedua ni,,,, fuhhhh lain macam giler…. Apa pun aku memang enjoy this moment!

Jom baca aku kena hentam….



Sebelum tu, jom kita menambah ilmu, apa itu AKPK?

Singkatan kepada Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai sebahagian dari Rangka Kerja Perlindungan Pengguna dibawah Pelan Induk Sektor Kewangan BNM.


K (Kaumselor): Kena berhenti sebab tak habis belajar?
A (Aku): Saya membalas, “saya bukan tak habis belajar, saya lambat habis belajar, dan tak habis dalam tempoh yang diberikan”… 
K: berapa lama tempoh
A: “universiti bagi tempoh empat tahun dan saya tak habis belajar dalam masa empat tahun, sekarang pun saya masih teruskan belajar, saya dah lulus”. Dan… universiti tak bagi saya kerja, suruh fokus habiskan pengajian secepat mungkin!”. Aku sambung, “university terpaksa berhentikan saya, sebab university taka da duit nak bayar gaji:,

(dia mendongak melihat muka aku)

K: Habis tu macamana nak bayar?
A: Menggeleng.
K: Kalau macam ni tak boleh juga bayar juga. Suami kerja apa.
A: Menjual goreng pisang!,
K: Bekerja sendiri la. Anak berapa orang?
A: Anak tiga!, tak boleh juga nak bayar kat kami ni!
A: Hari tu En xxx cakap kalau tak boleh nak bayar boleh buat surat penangguhan 3 bulan, dan kalau tak boleh lagi, boleh buat penangguhan kali kedua untuk 3 bulan pula.
K: Ha,,, kalau macam tu dah taukan apa nak buat, En xxx dah bagitau kan semua. Boleh buat penangguhan 3, bulan dan 3 bulan pula. Sampai dua kali je, boleh buat penanguhan.
A: mengangguk
K: Balik ni kena buat surat!...
A: Eh, bukan AKPK ke yang buat?
K: Kenapa lak AKPK nak buat, awak la yang buat, AKPK tak tahu masalah awak… Kenapa nak buat penangguhan, kami tak tahu sebab apa?
A: Hari tu En xxx cakap pihak AKPK yang buat.
K: Kenapa pulak kami nak buat?
A: Oh… mungkin saya tak faham apa yang En xxx cakap.
(Malas nak bertekak, rasa dah lain macam)
(Memang dalam kepala aku seingat aku la memang En xxx, kami pihak kami akan buat proposal dan buat surat penangguhan pembayaran tu).

K: En xxx, dah bagitahu semuakan bila dah buat surat tu lampirkan semua matlumat tunjuk sebab kenapa tak boleh bayar dan buat nak buat penangguhan bayaran.
Aku: “bukan bagi yang ni ke?
K: Ini untuk salinan AKPK,,,,

(haduihhh…. Sekali lagi aku salah paham, tapi memang aku ingat En xxx tak bagi tahu apa pun yang aku sendiri kena buat surat!.... dan apa dokumen yang aku kena attach sebab dia cuma minta salinan, ic, salinan surat diberhentikan kerja, dan slip gaji 3 bulan terakhir. Itu kali pertama akau consult dengan pegawai AKPK, dan aku ingat itu sahaja yang dituliskan pada aku apa yang perlu aku buat. Dia tak da cakap kat aku, yang aku kena buat surat penangguhan sendiri dan sertakan dokumen untuk lampiran tunjuk sebab. Dia dah tulis kat kertas aku apa yang perlu aku buat dan bawa….

Dan aku sangat selesa dilayan sangat baik! Pada kali pertama bersama konsultasi dengan pihak AKPK. Padahal masa tu rasa macam nak luruh jantung pun ada! Takut! Sebab tak pernah alami benda-benda macam ni!

(sebab aku pun terfikir juga time tu, oooo…. AKPK akan buat proposal tunjuk sebab kenapa aku tak mampu nak bayar hutang bank)

Perasaan Aku di Kala Itu
Bila berurusan dengan staf wanita merangkap kaunselor ni rasa macam terhina sangat, rasa sangat diperlekehkan diberhenti kerja… tak habis belajar! Tak ada sumber pendapatan langsung. Rasa sangat diperbodohkan. Memang dengan muka nerd aku, memang buat bodoh. Kasar dia consult aku. (tapi agaknya memang cara dia macam tu kot). Aku yang mudah terasa ni… ye la kan, setengah orang memang

K: Ada apa-apa tak faham? Dan aku terus tanya apa yang aku tak faham, dia cakap Enxxx dah bagitahu kan……. Rasa macam nak giler pun ada…… nak gelak pun ada! Hahahaha…. Tadi tanaya aku, “ada apa-apa yang tak faham” bila aku tanya yang aku tak faham kata en xxx dah bagitahu lak…. Then aku betul sangat buat bodoh giler dengan staf macam ni! Dengan muka ‘toye’ dan nerd dengan berjubah tudung labuh aku, muka sedih, mata klip-klip

(Ada lagi perbualan kami tentang tuncara bagaimana nak buat bayaran, tapi aku malas dah nak tanya lebih-lebih)

A: ok faham….
Allhamdulillah,,,,

Syukur Allah Bagi Aku Rasa Kehinaan, Jangan Lupa Diri

Kita manusia biasa ada kala memang susah nak rasa hina-dina ni. Bila dah jadi situasi ini kat aku, aku sangat bersyukur. Allah memang sayang kat aku, dia bagi aku rasa hina sebab dia kasih kat aku. Dia tak nak aku lupa diri, lupa daratan, lupa bahawa Aku Allah Yang Maha Agong, engkau manusia hina dina dan cuma dibuat daripada tanah. Tanah lumpur segan manusia nak pijak-pijak, nak nak kalau pakai kasut baru atau kereta baru. Selagi boleh elak akan sehabisnya mengelak dari tanah, berlumpur, berbecak. Allah kata kau sapa? Nak rasa maharaja, nak rasa megah. Aku ni Ya Malik, Ya Malikul Mulk, Yang Maha Memiliki, Maharaja seluruh alam dan bumi.

Apa la sangat ko manusia nak rasa MEGAH dan HEBAT sangat la ASELAWATI???

Menolog Allah Ya Adzhim

Aku bagi ko rasa hebat megah, manusia sanjung, tunduk hormat sebab aku ni Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang! Bukan rasa hebat sangat lupa diri!

Pengajaran Untuk diri Sendiri!

Setiap apa orang perlekehkan kita, yang membuatkan kita rasa hina, aku sangat bersyukur sebab Allah mengawal aku daripada rasa megah, sombong. Bila aku taka da kerja, tak ada pendapatan, tak mampu nak bayar komitmen bulan aku sendiri, aku rasa sungguh gembira, sebab aku belajar dengan rasa hina dina ini dan diperlekehkan, aku tak mahu buat orang yang lebih teruk nasib aku diperlekehkan dan dininakan.

 Terima Kasih AKPK Sangat Membantu Menyelesaikan Masalah Hutang

Terima kasih untuk semua pengajaran yang diberikan Mu Ya Rabb untuk aku hari ini! Terima kasih staf AKPK yang consult aku pada hari ini mengajar aku rasa hina dina. InsyaaAllah saya akan bertemu awak lagi! Saya doakan awak sentiasa di murahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selalu! Ya Allah, kalau ada kesulitan yang ditanggung oleh staf (kaunselor) itu, Kau lapangkan masalahnya, seperti mana Kau lapangkan masalah ku. Walaupun aku dibebani hutang, tapi aku rasa sangat tenang…. Sebab aku tahu Engkau YA Qarib sentiasa dekat dengan ku!
 
sepertimana dekatnya urat leherku, itulah melambangkan kedekatan Engkau dengan ku

So, apa yang saya dapat! The moral of story, selain rasa hina dina tu, ia mengajar saya sebagai seorang consultant atau kaunselor:
  •           Bersihkan hati terlebih dahulu
  •           Berbaik sangka
  •           Berfikiran positif
  •          Anggap client serba tak tahu
  •           Akan memberi tunjuk ajar sehingga faham
  •          Berlembut ramah mesra dalam menunjuk cara
  •           Ingat setiap perkara berlaku kehendak Allah bukan kehendak client tak nak bayar hutang
  •          Bagi solusi terbaik pada client (sebab ko kounselor kot)
  •           Berhemah
  •           Biar client rasa dihargai
  •           Senyum seindah suria! Yang membawa cahaya!!!


Rasa macam nak bawa bunga matahari kat dia…. Hehehe….
So, korang jangan segan silu kalau ada masalah kewangan dan komitmen kewangan berjumpalah dengan pihak AKPK, dengan pertolongan Allah Ya Wahhab Ya Karim, mereka alat Allah penunjuk cara memudahkan untuk menyelesaikan masalah kewangan.



RUMAHKU AKPK

Dengan Slogan RUMAHKU AKPK, semoga selesa berurusan dengan pihak AKPK. Selain itu, dapat kita memperkayakan ilmu dan mempelajari serta mendisiplinkan kita dengan pengurusan kewangan! Kepada anda yang ingin memiliki rumah sendiri bolehlah mendapatkan khidmat pandangan dengan agensi AKPK ni. Mereka lagi arif dalam pengurusan dan kaunseling kewangan, tidak rugi meminta pandangan dan khidmat nasihat mereka sebelum membeli rumah atau memiliki kediaman sendiri.


KONKLUSI: AKU CEPAT TERASA!

Itu kot yang aku nak cakap. Kalau aku ni

p/s: (dah lama tak buat skrip) setiap pengalaman ku kalau taip ni dah boleh buat skrip! Hahaha….

Kalau Aku Penulis Skrip dan Seorang Pengarah

Disebalik cerita ni aku cuma melihat point of view (POV) ‘aku’ sebagai pelakon utama. Aku tak tengok pov karektor kedua! Kalau aku pusing citer ni karektor kedua sebagai pelakon utama, sudah tentu ia akan membawa kejayaan kepada watak tersebut. Senang citer, aku akan memperjuangkan watak antagonis sebagai watak utama, dan watak protagonis sebagai watak pembantu.

POV watak antoganis kepada watak utama seorang:
  • yang mudah terasa,
  • bengap,
  • payah faham,
  • blur,
  • sengkek,
  • pemalas kerana tidak berusaha mencari kerja,
  • menyusahkan orang,
  • tak pandai kerana tak boleh habis belajar dalam tempoh yang diberikan,
  • senang citer ini karektor aku!


So, korang dah habis citer aku dan AKPK, insyaAlah ada masa atau pengalaman baharu, aku akan sambung citer “Pengalaman Aku dan AKPK” ni….

A.    Langkah Permulaan
-          Pengurusan bajet
-          Kuasa wang
-          Produk dan Perkhidmatan Kewangan
B.     Mencapai Impian
C.     Pengurusan Hutang
D.    Strategi Kehidupan Sebenar





5 comments:

Powered by Blogger.