Muka surat 8 2020: Entri Pertama Sheila Inspire Dot Com



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Muka surat 8 2020: Entri Pertama Sheila Inspire Dot Com | Allhamdulillah dah masuk lapan haridi tahun 2020, syukur dengan nikmatnya yang banyak. Tanpa sedar mahu pun tidak dek kesibukan harian terkadang terlupa mengucapkan syukur.... Apa pun saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020, semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya. 



Bila dah masuk hari ke 8 ni rasa cepatnya berlalu. anak-anak pun dah masuk sekolah. Opss.... saya dah pindah balik Kelate dan tukar anak-anak sekolah di Kelate. 

Susah ke nak tukar sekolah? Rupanya tukar sekolah prosesnya lagi mudah daripada duk tumpang sekolah. Bab tumpang sekolah ni, saya sering kali diajukan soalan oleh membaca blog sheilainspire.com ni,,, tentang cara bagaimana nak tumpang sekolah dan contoh surat tumpang sekolah



Jadi, biar saya clear kat sini:
1. Sejak tahun 2017: tak ada lagi sistem tumpang sekolah ni.
2. Ibu bapa kena melaksanakan proses pertukaran sekolah walaupun cuma 1 atau 2 bulan ibu cuti bersalin, atau mengerjakan haji dan sebagainya. 
3. Ini kerana sistem kedatang murid di sekolah direkodkan menerusi sistem online. 

Macam kes saya pun, saya tak pasti berapa lama saya kat kampung memandangkan kesulitan saya yang diberhentikan kerja dan tamat pengajian saya sebelum memohon bekerja semula. Apa pun saya terpaksa membuat keputusan untuk balik tinggal di kampung memandangkan kewangan yang tidak mencukupi.

Proses Pertukaran Sekolah

Saya ke sekolah lama anak-anak saya memohon surat pertukaran sekolah. Esoknya, pihak sekolah menyediakan surat tersebut dan saya pergi ambilnya bersama dengan buku teks tahun ini. Untuk pengetahuan ibu bapa. Buku teks murid diambil di sekolah lama!

Pengambilan Buku Teks di Sekolah Lama sebabnya:

  • setiap setiap telah menyediakan buku teks yang secukupnya kepada jumlah murid.
  • sekolah baharu pun sama, so kalau ibu bapa tidak mengambil buku teks di sekolah lama akan menyulitkan pihak ibu bapa juga kerana tiada buku teks lebih di sekolah baru kelak.
  • periksa juga buku aktiviti murid sama ada diambil di sekolah lama juga.

Buku Aktiviti Juga Diambil di Sekolah Lama

Bab buku aktiviti ni menjadi masalah kepada saya. Semasa pertukaran sekolah anak saya, pihak sekolah lama hanya memberi buku teks sahaja tidak dengan buku aktiviti. Bila masuk di sekolah baru, cikgu kata buku aktiviti deberi sekali dengan buku teks. Pihak sekolah tak ada buku aktiviti lebih.

Saya bertanya semula kepada cikgi kelas anak saya di sekolah lama, dia tak pasti bab buku aktiviti tapi dia rasa diambil di sekolah lama juga. Yang ni membuatkan sedikit kekangan buat saya! tak kan kot saya nak balik Kedah semula ambil buku aktiviti. Dan... buku aktiviti ni ada dijual di kedai buku. Nak tak nak walaupun duit tak berapa nak ada terpaksa jua saya membeliya di kedai buku...


Bawa Surat Pertukaran Sekolah ke PPD

Proses seterunya, ibu bapa hendaklah membawa surat pertukaran sekolah ke PPD berdekatan dengan hendak didaftarkan di sekolah baharu. Kalau sekolah kerajaan ke sekolah kerajaan prosesnya senang sikit berbanding sekolah swasta ke kerajaan ni.... 

Dapatkan Pengesahan daripada PPD

Surat tersebut disahkan ole pihak PPD dan boleh bawa surat tersebut ke sekolah baharu anak-anak anda.

Kalau macam kes saya, saya tertukar JPN dan PPD. Kat Kota Bharu rupanya PPD terletak di Telipot, dan JPN di Tunjung. Memandangkan Tunjung tu pinggir bandar saya duk ingat kat Tunjung tu PPD.... sebab kat Tunjung tu lagi dekat dengan rumah saya. So, bila pergi sana, ada staf praktikal tersilap bagi borang kat saya. Isi bagai nak rak rupanya silap borang. Tak perlu isi borang apa pun... Tunjuk ja surat pertukarang sekolah yang diberi oleh pihak sekolah lama dan pihak tersebut akan sediakan surat baharu pengesahan pertukaran sekolah.


Proses Pertukran Sekolah di JPN

Walaupun tersilap tempat, bila jumpa pegawai bertugas dia kata dah betul tempatnya kat JPN sini pun boleh. So, settle masalah pertukaran sekolah anak saya. Kalau di JPN ibu bapa atau penjaga mesti membuat salinan:
1. Surat beranak anak
2. IC ibu bapa
3. Surat nikah ibu bapa (yang ni penting sangat)

Dokumen ni perlu dibuat salinan dan diserahkan kepada pihak JPN untuk urusan pertukaran sekolah anak. 


1 Januari 2020, bermulalah persekolahan baharu anak-anak saya kakak Putri Damia Amani darjah 6 dan kak ngah Zara Adelia darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Kota. 

Kenapa pilih Sek. Keb. Kota bukan Sek. Seri Kota?

Saya diajukan solah ini oleh jiran saya yang bertugas di JPN. Katanya sek keb kota sekolah orang kampung, result exam pun x berapa elok. 

Sebetulnya saya asal di sekolah Seri Kota! dan anak-anak sepupu juga anak-anak kawan saya pun semua sedang bersekolah di Seri Kota. 

Sekolah rendah di Kampung Kota ni ada dua buah sekolah berdekatan. Kalau zaman penjajahan dulu, dipanggil sekolah Keb Kota sebagai sekolah "Melayu" dan sek. seri Kota sebagai sekolah "Inggeris". Dan julat jumlah murid antara kedua buah sekolah pun agak tinggi. Sek Keb Kota dengan jumlah murid 400 lebih manakala sekolah Seri Kota seribu lebih. Ibu bapa memang berebut nak hantar anak-anak di sekolah Seri Kota memandangkan result peperiksaan pun jauh di Sek Seri Kota lebih tinggi berbanding Sek Keb Kota. 



Namun saya memilih Sek Keb Kota diatas sebab:

1. Guru Besar Lama Cikgu Zaidi sangat baik. 
Rupanya cikgu Zaidi telah bertukar di sekolah lain. Silap saya tidak perikasa dahulu.

2. Sebab Sek Keb Kota tak crowded.
Ibu bapa boleh bawa masuk kenderaan dan hantar anak-anak terus depan sekolah.

Saya bagitahu kat kakak, kak ngah, tak kisah la kita belajar di mana sahaja! Terbaik atau tidak semua terletak pada diri sendiri.... Kalau kita terbaik insyaaAllah, sekolah pun akan terbaik. Saya tengok cikgu-cikgu di sekolah sek okota pun bagus-bagus. Guru besarnya pun masih muda, dan muda lagi dari saya! mesti lebih enegertik. hehehe... 


Kalau kat sekolah keb kota ni darjah 6 ada 3 kelas sahaja berbanding 6 kelas semasa di sek bandar baru sintok. Senang kakak nak belajar! result darjah 5 kakak pun tak cemerlang mana pun... cuma Allahmdulillah result KAFA dia dapat 8 A.... saya pun tak sangka sangat! seramai 44 orang dapat 8A daripada seratus lebih, saya lupa seratus berapa orang yang ambil upkk sekolah lama kakak... Tahniah anak-anak semua dan terima kasih buat ustazah yang bertungkus lumus setiap hari minggu mengajar dan membuat kelas tambahan... Jasa guru-guru tak mampu ibu bapa balas, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. 


Kat mana kita belajar sama sahaja janji usaha, doa da tawalkal, Kalau kita nak, buat yang terbaik. So, kakak dan kak ngah all the best!!!







5 comments:

  1. alhamdulillah dengan pertukaran ke kelate. semoga dipermudahkan urusan semua. aamiin :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...selesai segala urusannya dengan lancar...selamat tahun baru buat sheila sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.Selamat tahun baru Kak Sheila.

    ReplyDelete
  4. banyak procedures..
    selamat tahun baru. semoga sihat sentiasa dan bahagia.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.