10 Sebab Kecantikan Wanita Pada Usia 40 Tahun Tiada Tandingannya




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

10 Sebab Kecantikan Wanita Pada Usia 40 Tahun Tiada Tandingannya |  Allhamdulillah. dah masuk muka surat 9, 2020.... Syukur Allah Yang Maha Memberi Rezeki, membangunkan kita di pagi ini dengan penuh nikmat rezekiNya. 

Rutin mak-mak tak bekerja seperti biasa la pukul 7 lebih hantar anak ke sekolah. Sampai sekolah harini, saya p tukar baju pj kak ngah dan terus dia salin pakai baju baru. Kakak dan kak ngah hantar beg ke kelas saya tunggu kat bawah bangunan kelas mereka. Nak bagi duit terpaksa p kantin siap order teh tarik. Mahal lak teh tarik kat sekolah mereka RM2... 


So, bila dah bagi duit terus mereka dan kawan-kawan bergegas ke dewan untuk perhimpunan bacaan yasin. Kakak ni jenis senang dapat kawan. Hari pertama ke sekolah baru dah ada kawan. Katanya kawan dia ingat namanya "Putri Damia Amani" sebab 3 tahun lepas kakak pernah "tumpang sekolah" tersebut. Kak ngah pula pendiam je, tapi kat rumah mengalahkan semua orang... hehehe

So, berbalik pada tajuk di atas, apa yang saya mahu kongsikan pada hari ini, setiap perbuatan kita sebagai ibu dan hambanya itu lah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Perkara dan rutin harian ini juga akan mendewasa dan memberi kecantikan secara tidak langsung kepada wanita. 

1. Pengurus

Seperti mana situasi saya, anda di atas secara naturalnya, kecantikan wanita terutama apa bila mahu melangkah ke alam 40 tahun ni, mereka adalah seorang pengurus yang baik. Sifat seorang pengurus anak-anak, keluarga dan masyarakat melahirkan kecantikan pada peribadi seorang wanita. Pengurus yang baik bukan sahaja dengan insan malah dengan Allah juga. 

2. Karisma

Seorang wanita berusia 40 tahun saya percaya mereka sudah memiliki karisma yang hebat. Karisma merupakan sifat sesorang yang mempunyai kualiti sebagai daya penarik atau daya kepimpinan. Bukan sahaja wanita bekerjaya malah wanita suri rumah, ibu tunggal juga mempunyai karisma yang hebat.  Ini kerana sifat pengurusan diri yang hebat dengan pengalaman-pengalaman membuatkan mereka menjadi seorang yang berkarisma mampu menarik individu atau orang sekeliling mereka percaya kepada mereka.

3. Matang

Mereka juga seorang yang matang bila mana pada usia ini pengalaman lepas cukup mendewasakan mereka dan tidak mudah melenting. Matang apabila mereka mampu menghadapi sesuatu situasi bukan mengikut emosi atau menyalahkan keadaan, atau menyalahkan sesorang malah mereka boleh menerima kekurangan diri atau boleh menerima teguran walaupun ada perkara yang mereka buat bukan salah mereka. Namun sikap matang dalam mengendalikan situasi tegang mampu menjernihkan suasana. Sikap ini juga akan menguntungkan banyak pihak yang akhirnya akan terbukti sendiri ketidaksilapan diri mereka. 

So, wanita hebat jangan malu atau melenting dengan situasi tegang, kalau anda mampu menghadapinya itu menunjukkan anda wanita cantik yang hebat. 




4. Penyayang

Pada tahap usia ini juga wanita akan terpancar kecantikan mereka menerusi sifat penyayang. Sifat penyayang sudah menebal di dalam diri wanita hebat dengan apa jua keadaan mereka pun mereka akan rasa sayang pada makhluk malah pada Allah Yang Maha Pencipta. Saya yakin dengan kematangan dan pengurusan yang baik, mereka dapat merasa kasih sayang pada Allah pada setiap sudut kehidupan mereka.

5. Bijak

Bijak mengawal keadaan mampu melahirkan sifat kecantikan wanita usia 40 tahun. Bukan bukan sahaja bijak dalam mengurusan kehidupan seperti menguruskan masa, keluarga, pekerjaan malah mereka juga bijak dalam mendekatkan diri dengan Allah swt. Wanita yang mampu menguruskan dan melaksanakan tugasan ini akan menampakkan diri mereka lebih bijak dan cantik. Mereka bukan sahaja sibuk dengan urusan pekerjaan malah mereka juga sibuk dalam menyampaikan dakwah serta membantu menyertai badan-badan kebajikan, NGO dan sebagainya. 



6. Jujur 

Wanita yang cantik akan terserlah apabila ada sifat jujur di dalam hati mereka. Sifat jujur ni adakala boleh ditipu dengan perbuatan lahiriah namun tidak mampu ditipu dengan hati. Jika dalaman (hati) jujur secara langsung akan menyerlahkan kejujuran tindakan. Saya juga percaya pada usia ini wanita yang bijak, matang sudah memiliki sifat jujur dalam hati mereka. 

Sifat ini akan melahirkan kecantikan semulajadi seorang wanita. Jujur dengan kata-kata dan jujur dengan tingkah laku kerana ia bermula dari jujurnya hati mereka.  




7. Amanah

Amanah juga akan bersinar kecantikan seorang wanita yang berusia menjangkau 40 tahun. Kenapa?  Pengalaman-pengalam kehidupan akan membawa kepada amanahnya tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai insan malah tanggungjawab sebagai khalifah. Jika selama ini pada usia yang muda, mungkin ketidakfahaman tengtang tanggungjawab masih kabur, namun dengan pengalaman dan ilmu, wanita pada usia ini sudah mampu faham akan amanah Allah adalah sebagai:
  • hamba / abdi
  • khalifah

Mereka bukan sahaja melaksanakan amanah Allah swt ini mencari harta dunia untuk menyara keluarga, malah mereka juga menyalurkan sebahagian rezeki mereka membantu mereka yang memerlukan sebagai menjaga amanah Allah sebagai khalifah.

8. Toleransi

Seorang wanita akan menyerlahkan kecantikkan mereka apabila sifat toleransi wujud dalam diri mereka. Saya juga pasti pada usia ini, wanita sudah mampu mencapai tahap kematangan yang tinggi dan sudah wujud sikap toleransi dalam jiwa mereka. Meraka lebih cantik apabila sabar, bertolak ansur, menerima dan menghormati pendapat orang lain. Dengan lahirnya sikap toleransi ini mereka senang mengendalikan sesuatu perkara dan tidak beremosi.

9. Murni

Saya juga yakin wanita pada usia ini sudah memiliki sifat yang murni. Kemurnian hati mereka akan terpancar apabila mereka mendekatkan diri dengan Allag swt. Segala tindakan dari hati yang murni walaupun sering kali tidak digemar malah ada kala akan disanggah namun, Allah adalah segalanya. Pada tahap ini mereka bukan lagi membuat sesuatu perkara untuk kesenangan makhluk di dunia, namun memikirkan untuk bersama-sama ke syurga. 



10. Jernih

Kenapa last sekali saya meletakkannya sebagai "jernih"? Ermmm... saya sangat percaya dengan kesembilan sifat wanta cantik di atas akhir sekali akan membawa kejernihan. Jernih pada air muka, walaupun tidak mengenakan make up tetap nampak cantik dan ayu. 

Kenapa lagi?
Kerana pada tahap ini jernihnya hati seorang wanita akan membawa kepada keyakinan diri, akan memberi motivasi yang tinggi kepada mereka. Malah, setiap tindak tanduk dan perlakuan mereka akan disuka orang sekeliling.



Konklusi
Saya percaya wanita pada usia menjangkau 40 tahun sudah mempunyai sifat-sifat ini kerana ramai wanita di luar sana telah berjaya di dalam hidup mereka samaada kejayaan di dunia malah kejayaan menimba ilmu Allah lalu meluaskan ilmu tersebut ke seluruh pelusuk alam. 

Semoga kita semua menjadi wanita hebat yang cantik naluri, batiniah, emosi dan lahiriah demi untuk melangkah ke syurga Allah sebagai bidadari syurga... sebagai contoh wanita cantik tiada tandingannya seperti 
  • isteri-isteri baginda Rasulullah saw:

“Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. (QS. Al-Ahzab ayat 6)

  • Anak-anak perempuan baginda Rasulullah saw
  • Maryam Al-Batul
  • Asiah Isteri Firaun 
  • Ibu Nabi Musa
  • Isteri Nabi Musa
  • Balqis (Ratu Saba')

dan ramai lagi....

InsyaaAllah, sama-sama kita check diri untuk menjadi wanita cantik yang tiada tandingannya!

Amin....

So, wanita hebat di luar sana boleh kongsikan bersama saya kalau ada lagi ciri-ciri wanita cantik tiada tandingannya.


7 comments:

  1. alhamdulillah..ni yg dikatakan cantik luar dalam :)


    tahniah masuk dalam bloglist bunga utk bulan ni :)

    ReplyDelete
  2. Semoga kita para wanita sentiasa menjadi yang terbaik dalam apa juga tanggungjawab yg disandangkan pada kita.. :)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah. Banyak juga rupanya. Saya pun sekarang dah 36 tahun 😁

    ReplyDelete
  4. mashaAllah dah makin menghampiri usia three series dah hehe

    ReplyDelete
  5. kecantikan wanita itu bukan sahaja pada luarannya tetapi juga dalamannya

    ReplyDelete
  6. saya rasa entry ni sangat deep. ini buat penghargaan kepada ibu2 wanita diluar sana.
    tahun ni 3 series da uhuk uhuk..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.