Pulut Kuning Kukus Pernah Ke Aku Kukus?



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pulut Kuning Kukus Pernah Ke Aku Kukus? | Allhamdulillah.... Rasa ingatan dah semakin lemah kot! Kelmarin, saya ada post pasal Kari ayam dan Pulut Kuning.... Bila saya belek semula entry blog saya ni, rupanya saya pernah buat pulut kuning kukus! 

Fuhhh... paraokkkk ni, nampak sangat masak pun jarang! pernah kukus pulut kuning pun dah lupa..... hahaha.... seb baik ada blog ni! Entry sini! So, korang senang nak kukus pulut. Baru la ingat, patut la steamer kat rumah tu ada dua.... kekeke



Rupanya pernah juga saya kukus pulut kuning sdiri. 

Ni duk pikir beras nasi dagang tu kat rumah ada sekilo. Hari tu saya teman sahabat p Padang Besar, nampak je beras nasi dagang, terus saya beli.

Bila nak kukus tu?... erm..... nak buat camana asyik weekend je tak sihat. Masak pun ada yang adoooo saja.....

Saya sebenarnya suka masak ni, tapi nak buat camana, limitasi dan kekangan life ni, kekadang balik tak tentu masa kan.... Sampai rumah dah penat. Balik rumah masak nasi je la! huhu

Anak-anak kecil lagi makan apa yang ada saja. Peti ais tu boleh kira la setahun berapa kali penuh ja. Rezeki Allah bagi tetap juga cukup. Cukup makan walaupun tak semewah tiap minggu nak makan udang, sotong.... Beli kat cafe, tom yam seafood RM5 itu la boleh rasa udang sorang satu.... hehehe

Bab makan tu la tak berkira. Makan apa rezeki Allah kurniakan..... Ada masa lebih ada masa sederhana. Allhamdulillah.....

Nak makan hebat-hebat tiap minggu tak ada la..... Apa yang ada makan. 


Cerita bab Diet!
Kelmarin saya masuk bengkel diet bersama Dr. Hani, katanya dia makan sehari sekali cukup dengan karbo, protien dan lemak. Tapi kenyang je! BErmula dari perut katanya, kalau kita makan ok, sukar la untuk kita kena penyakit. Dan sebenarnya hidup kita ni tak perlu ubat pun, yang penting kena belajar cara makan, biar makanan yang mengubatkan kita, bukan ubat atau pelbagai vitamin dan supplement. Dan kalau tak betul cara makan kita bukan kita serangkai penyakit, lapan serangkai penyakit yang dapat.... 





Allah Ciptakan Makanan Cukup Hebat

Allah dah jadikan makanan yang hebat untuk kita! Kena tahu ambil dan makan.... Walaupun hadis dhaif tapi saya percaya katanya "makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang".... Rasulullah makan sekali sehari sahaja tapi jarang ada yang nak ikut Rasulullah.... tapi kita ni terlebih makan la dan taksub dengan pelbagai iklan makan.... 


Semua pernyataan di atas ni tak betul katanya!
1.  Oatmeal adalah sarapan sihat.
2. Elakkan kuning telur kerana ia naikkan kolestrol dan sebabkan serangan jantung.
3. Jus oren adalah terbaik untuk mulakan harian anda.
4. Daging adalah tidak sihat menyebabkan penyakit barah dan serangan jantung.
5. Cara terbaik turunkan berat badan dengan amalkan diet rendah lemak.
6. Makanan tanpa-Gluten adalah sihat.
7. Nak turunkan berat badan mesti kurangkan makan dan lebihkan senaman.
8. Susu adalah makanan semulajadi terbaik. Penting untuk anak-anak membesar dan untuk tulang sihat dan elak risiko mudah patah tulang.
9. Mesti elakkan mentega kerana mengandungi lemak tepu dan serangan sakit jantung.
10. Minyak sayuran adalah lebih baik daripada mentega. 

Kata Dr. kesemua pernyataan di atas adalah SALAH! Sebab dalam sajian harian kita mesti ada Karbo, Protein dan Lemak.... Kena ambil lemak dalam bentuk cheese dataupun yogart. KAlau beli susu jangan beli yang low fat! Katanya lagi kesian tengok ibu bapa yang tahu kepentingan membeli barangan makanan yang baik atau tidak di troli-troli pasaraya. 




Anak-anak kecil tak perlukan susu tepung atau lembu katanya kerana susu ibu 2 tahun sudah mencukupi untuk anak-anak. 

Banyak juga yang belajar bab makanan dan permakanan kelmarin, Allhamdulillah ilmu yang sangat berguna. 

Kandungan Nutrisi Yang Diperlukan
So, tiap hari dalam sajian, karbo yang diperlukan hanya 50 - 70 g sahaja dalam secawan nasi.... kena ambil protein, yang terbaik adalah protein ikan yang berminyak seperti ikan sardin.... dan kena ambil serat, kalsium,,, yang terbaik adalah sayuran hijau bukan brokoli.... tapi sayuran hijau tempatan atau ulaman hijau kerana vitamin masih banyak dan terus obserb dalam badan kita berbanding pelbagai vitamin pil dan sebagainya. Dan oren bukan buahan terbaik kerana untuk oren sampai ke tempat kita dan masuk dalam mulut kita mungkin dah 0 vitamin kerana berbulan-bulan lamanya... 



Buahan Tempatan Terbaik
Buahan terbaik yang Allah jadikan untuk kita ialah buahan berair yang tidak bermusim seperti, betik, tembikar.... Buahan bermusim biasanya sikit air dan Allah jadikan ia bermusim kerana kita tak boleh makan banyak.... 





Lemak Mesti Ambil
Selain tu, kita lena ambil lemak seperti cheese dan yogurt bukan yogurt rendah lemak tau, sebab ia boleh tukarkan insulin dalam badan kita untuk proses makanan terbaik dan lemak tersebut akan ditukarkan dalam bentuk tenaga memberikan kita sihat semula..... dan makanan terbaik untuk lemak ialah nasi lemak sebab dah ada santan dalam tu.... 


Korang rasa, kalau la pulut kuning dengan kari ayam atau rendang berapa pula kalorinya? huhu... apa pun makan lah makanan yang halal dan baik! 






1 comment:

  1. sedapnya pulut kuning..biasa kukus lagi sedap. alamak, cerita bab diet tu kena makan sikit je la pulut tu..hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.