Kari Ayam dan Pulut Kuning: Terima Kasih Buatkan Pulut Kuning Untuk Saya!



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kari Ayam dan Pulut Kuning: Terima Kasih Buatkan Pulut Kuning Untuk Saya! | Allhamdulillah, Sahabat saya ni berniat, kalau saya lulus pengajian saya dia kata nak buat pulut kuning! Hish.... dah sampai masa tu dia terus buat! dia kata dah berniatkan, kalau saya lulus pengajian saya dia nak buat pulut kuning! Aduhai segan lak saya rasanya. Terus dia bawa kat ofis jamu kawan-kawan kat ofis makan siap dengan rendang ayam!


Nak masak kari ni senang sahaja! Saya buh karot nak bagi kak ngah dan adik Jannah makan sayur. 

Ayam separuh
Bawang merah 3 ulas
Bawang putuh seulas
rempah 4 beradik
Herba campur
Daun kari
Santan RM2
Air asam jawa
Serbuk kari
Air
Garam 
Gula
Halia

Caranya:
Mayang bawang merah, bawang putih. halia potong panjang dan nipis.... Tumis semua bahan... masukkan rempah, serbuk kari, masukkan air asam jawa, masak sampai pecah minyak..... Masukkan santan, air, ayam, kentang, karot. Bila mendidih masukkan garam, gula... SIAP!



Sedap pulut kuning ni! Saya ni memang jenis suka makan pulut. Kata sahabat, pelut untuk pulut tak nak cepat basi dan tahan lama kukus dua kali.... erm.... patut la sedap. 



Satu bekas dia bagi saya bawa balik rumah! Memandangkan husband saya tak sihat tak merasa la pulut kuning. Saya lak buatkan kari ayam.... Banyak kak ngah dan adik Jannah makan. Suka sangat mereka berdua tu.... 

Kalau nak buat pulut lak, saya selalu duk tolong ja... Buat sdiri belum, tapi kalau kukus nasi dagang tu dah pass la... hehehe...


Sampaikan dua hari saya buat kari ayam, siap hirup kuah. Saya lak demam juga pada hari tersebut. Nasib la hari minggu. Apa lagi terlentang la kami sekeluarga. Nur Jannah dan kakak pun demam juga...


Dah musim demam gamaknya.... Apa pun pulut kuning tu sedap! Esok hari pun tak basi lagi pulutnya. Pandai kawan saya buat! Nak petua ada tu dah tulis kat atas,,,, hehe.... 

Terima kasih semoga dimurahkan rezeki akak dan keluarga! Allhamdulillah,,,, apa yang seronok bila kita dikelilingi dengan orang baik-baik.... sahabat-sahabat tak ikhlas dengan kita! yang penting sahabat tak dengki dengan kita! Saya bersyukur kerana saya sering dikelilingi orang yang baik-baik.

Dalam persabahatan ni senang je bagi saya! DOA! siapa pun kawan kita baik atau buruk kita doakan lah mereka selalu. InsyaaAllah kalau kita ikhlas dengan orang, orang akan ikhlas dengan kita! dan tak ada dengki bagai! Kita berjaya, kawan kita berjaya, kita nak sama-sama berjaya.....

Kalau ada yang susah, sambut tangan sahabat pimpin mereka bersama! paling utama hati kena bersih! Apa pun kita buat, hati kena BERSIH.... InsyaaAllah, Allah akan temukan kita sahabat yang baik-baik.....

Terima kasih Ya Rabb.... DOA kan sahabat selalu walau mereka dekat atau jauh dengan kita DOAkan kesejahteraan mereka.... Allah tahu apa yang ada dalam hati kita! Sedikit pun kita tak boleh nak tipu Allah. Kita Ikhlas, insyaaAllah Allah akan datangkan mereka yang baik-baik untuk kita!



5 comments:

  1. Nampak sedap pulut tu..akak plak teringin tapi tak leh makan...semput jadinya

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. kami yg tengok ni tumpang kenyang. hahaha. sedap nya pulut dengan kari. nyummmm

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki tu. Sedap tu makan pulut dengan kari ayam.

    ReplyDelete
  4. favourite ammi dengan anak no. 2 gak ni..
    baiknya kawan tu...

    ReplyDelete
  5. Bila tengok ni terus tergerak nak buat..sedapnya pulut kuning makan dengan kari..rendang..fuhhh.Alhamdulillah akak dah lulus ye.Tahniah.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.