Ketika Hati Penuh Dengan Ujub dan Riak: Apakah Perasaan Kita Gembira?

Ketika Hati Penuh Dengan Ujub dan Riak: Apakah Perasaan Kita Gembira? / Allhamdulillah.... Assalamualaikum, salam sayang.... Sebagai hamba yang dhaif kita tidak terlepas pandang dengan sikap ujub dan riak. Apa pun haru lah kita sentiasa memperbaiki diri untuk dihindari daripada sikap dan sifat ini. Apa yang selalu kita kadang-kala terlepas cakap seperti "saya buat itu untuk dia, nak bagi dia maju.... itu semua saya la yang tolong dia".... tanpa disedari apa yang diperkatakan mengandaikan "kita, saya" lah yang maha kuasa berdaya upaya buat itu dan ini, untuk si polan dan si polan. Sebagai contoh orang lain mendapat rezeki sebab saya lah tolong.... itu yang sering terlepas cakap dari mulut kita yang dhaif. Tanpa menyedari walhal diri kita tiada sedikit pun daya upaya dan bukan Yang Maha Memberi Rezeki. Jom sama-sama kita hayati sifat yang kadang-kala terlepas pandang dengan sifat ujud.


Surah Yasin Hati Kepada Al Quran....


Sebelum itu kita kenali dulu pakah maksud ujud dan riak.

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

Riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Kedua-dua penyakit hati dan sifat ini  membahayakan umat Islam kerana ia tergolong dalam syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

Jika Allah memudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur

Jika Allah memudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan

Jika Allah mememudahkan bagimu pintu untuk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan

Jika Allah memudahkan pintu rezeki bagimu, janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela. Kerana itu adalah kiriman Allah yang akan dipertanggungjawabkan kelak

Jika Allah memudahkan bagimu untuk memiliki zuriat dariNya ucapkan syukur dan jangan sesekali kamu menghina orang yang belum dikurniakan zuriat dariNya kerana itu adalah rezeki Allah yang tidak terhingga buat kamu

sumber google

Jika Allah memudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang-orang yang belum faham agama dengan pandangan hina

Jika Allah memudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerana Allah lah yang memberimu pemahaman itu

Boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamul lail, tiada haji atau umrah, tidak hadir usrah, puasa sunat, tidak berjihad, dan sebagainya lebih dekat pada Allah daripada dirimu kerana ada amalan lain yang dia rahsiakan

Sungguh engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal lebih baik daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau merasa takjub dan bangga diri. Kerana orang yang merasa bangga dengan amalnya tidak akan pernah naik (diterima) amalnya

Yaa Rabb, bahkan ibadah ini hanya sepercik air, baktiku tiada erti. Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api nerakaMu

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. ” ( Al-A’araf : 40)

Kredit : Ibnul Qayyim

sumber google


Bila bicara tentang dua sifat yang melekat dan susah nak nyahkan daripada hati manusia ni, sehingga kadang-kala ada yang menganggap manusia itu lah berkuasa dan hebat! tanpa menyedari ada kuasa Yang Maha Hebat dan Yang Maha Kaya. Sekarang dunia asyik memperagakan kehebatan dan kekayaan. Ada harta terus show off menggambarkan hasil titik peluh hebatnya, banyaknya rezeki yang dikurniakan.... Secara tak langsung ada sifat ujud dan riak!

Mampu Pakai dan Bergaya Dengan Barang Berjenama

Kalau dan jadi jutawan masuklah dan mulalah bekerja dan berniaga seperti saya! Ada juga yang mendetikkan di hati "saya mampu pakai barang yang berjenama sebab saya siang malam bekerja mencari rezeki"... Itu boleh! dan sangat boleh kerana Allah sukakan hambaNya yang berusaha!

Mampukah Kekayaan Menundukkan Riak dan Ujud?

Apa pun setia usaha, mampukah menundukkan dan semakin menundudukkan ujud dan riak kita! Berapa ramaikah orang yang mampu menundukkan ego, ujud dan riak. Semakin kaya dan semakin hebat semakin tunduk dan rendak diri mereka? Berapa ramaikan orang sebegitu yang anda jumpa di dalam persekitaran hidup anda?

Sehinggakan di China terdapar satu cabaran untuk menggambarkan kekayaan mereka di media sosial dengan pelbagai aksi ketundukan tehadap kekayaan....


Mereka Yang Hebat Sahaja Akan Rasa Allah Maha Kaya

Kalau anda bertemu dan berjumpa dengan orang sebegitu, anda juga seorang yang bertuah dan beruntung! Selagi kaya mereka semakin itu la mereka merasa kurangnya mereka dan merasa semua kekayaan yang dimiliki bukan milik mereka.. Dan..... milik Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Mengkayakan. Bolehlah berguru dan tengok serta pelajari cara hidup mereka! Zaman kita tidak seperti zaman Rasul. Sahabat-sahabat Rasul ramai yang jutawan malah dermawan. Selagi banyak harta mereka selagi banyaklah mereka sedekahkan.... Dan mereka semua langsung tidak mempunyai sifat ujud dan riak. Tapi kita di zaman moden dan teknologi industri 4.0 ini,, kehebatan, pencapaian harus diwar-warkan untuk semua tahu! Saya pun secara peribadi tidak terlepas dengan semua ini.

Apapun jangan risau, Allah dan Rasul saw mendidik kita dan meninggalkan kita dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan sunnah.... Untuk kita semua membersihkan hati dengan perasaan ujud dan riak jom sama-sama kita perbanyakkan dan jangan tinggalkan membaca Al-Quran dan mengikut sunnah Rasulullah saw....

Kalau korang ada apa-apa nak share tentang ujud dan riak bolehlah komen di bawah ini...





8 comments:

  1. allahu. hmm, jangan tipu, kadang memang terlepas daripada mulut kita kononnya kita nak sedarkan dia yang kita ni bantu dia. nak suruh faham la kononnya. tapi kita lupa, kita hanya pengantara. Allah nk bagi rezeki tu pada dia sebenarnya. moga allah terima taubat kita.

    ReplyDelete
  2. Minta dihindari dari sifat ujub dan riak serta sifat negatif lainnya,baik sedar atau tidak sedar..

    ReplyDelete
  3. Semoga sentiasa perbaiki diri dari sikap ujub dan riak ni..nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. Hati kita sentiasa fluctuate bolak balik. Hanya pada Allah kita minta Dia pegang supaya teguh dekat jalan lurus ja

    ReplyDelete
  5. aduhai.
    moga dijauhi la sifat ujub ni.
    sia-sia je amal ibadat kita nanti, kan.
    Allahu. tq for remind :)

    ReplyDelete
  6. Semoga dijauhi drp sifat tersebut.. ada ketika diri sendiri terlepas kata .. semoga diberikan keampunan.. terima kasih atas perkongsian.. semoga diberika kesihatan yg baik dan rezeki yg berkat ..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.