Gua Kelam Perlis Destinasi Percutian Keluarga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Gua Kelam Perlis Destinasi Percutian Keluarga / Reepost Entry 19 Oktober 2017. Sempena cuti deepavali kelmarin sempat bawa anak-anak pusing-pusing Perlis. Kami ke Gua Kelam. Kami ni jarang keluar jejalan. Walaupun di Perlis dekat sahaja dan banyak tempat menarik kat Perlis ni. Memang sejak kahwin dan ada anak 3 ni memang boleh kira la berapa kali jer kami jenjalan.... Kalau jenjalan pun atas urusan kerja dan pengajian saya. Alamak, siyan lak kisah saya ni... Tak apa la, ini bukan apa pun memang dah susunan hidup kami macam ni. Apa pun kami memang bahagia dan bersyukur sangat-sangat. Susunan Allah ke atas kehidupan kami sangat terbaik! Saya pernah ke Gua Kelam ni dalam 13 tahun yang lepas. 


Gua Kelam
Terletak di Kaki Bukit yang mana sebuah tempat yang diberi nama Kaki Bukit, sesuai dengan lokasi di kaki bukit. Sejarahnya dhulu di sini adalah tempah lombong bijih timah dan di sini adalah tempat rakyat jelata melaluinya. Terletak kira-kira 26 km daripada Kangar. Di dalam gua Kelam dibina jambatan gantung yang pada asalnya adalah dibina oleh pelombong yang dikenali dengan Datuk Lok Ah Tong. 




Pada tahun ke sembilan belas empat puluh lima, kerajaan Negeri telah membina semula jambatan kayu tersebut dengan menambah kesempurnaan dan mula dijadikan tempat pelancongan. Setelah itu, telah dibina insfranstruktur lain bagi kemudahan pelangcong seperti tandas, surau, gerai cenderamata, Taman Orkid, Kolam Ikan, Taman Rusa, tempat rehat dan sebagainya. Di samping itu terdapat juga air terjun untuk keluarga bersantai dan bermandian bermain air bukit. 

Malangnya, kehadiran kami membawa seribu harapan yang kelam sedikit apabila Gua ini ditutup buat sementara waktu. Niat untuk memasuki guan kelam sudah terbantut. Tak apa la, bukan kali ini rezeki kami.


Apa pun syukur dapat menikmati suasana segar di gua ini penuh dengan kehebatan ciptaan Al Khaliq, yang menunjukkan kebesaranNya dan kecantikkanNya Yang Maha Indah, kekretifanNya.... Disebalik kehebatan dan melihat suasana kejadian Allah ini sempat saya mengajar anak-anak tentang kehebatan Allah menjadikan langit dan bumi....


Bayaran masuk ke Gua Kelam bagi dewasa adalah RM1 dan bagi kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun 0.50 sen. Murah sangatkan.... Dah sah-sah dia cakap kat situ kanak-kanak umur 4-12 tahun, harus la baby Jannah tak boleh nak masuk. Itulah hikmahNya. 


Tak apa la anak-anak ini pun dah ok, syukur sangat dah Allah dah susunkan kita ke sini. Baby Jannah, dia diam sahaja masa kat sini. Agaknya nak tidur kot. Masa dalam perjalanan dia tidur. Mungkin tak puas nak tidur. Kak ngah pula, bila sampai sahaja tengok air, "kak ngah rasa macam nak mandi la mama"... hehehe.... ada-ada sahaja. 


Kakak pula seronok duk tangkap gambar. Nak ambil gambar sana sini sama dengan daddy, asyik duk bergambar! Daddy kata kat luar pun dah bau tahi kelawar. Kalau kat dalam mesti kuat lagi bau tahi kelawar. Dah nama gua mesti la banyak kelawar...

duk kacau adik suruh adik senyum

Sampai sini kami duk lawan tangkap gambar dengan pasangan husband and wife ni. Saya minta tolong dia tangkap gambar, kemudian turn kami lak tangkap gambar mereka... hehehe

Sekian, 

4 comments:

  1. Ramai jugak pengunjung dekat gua tu..

    ReplyDelete
  2. Alaaa...kesiannya x leh masuk...SA dah pi dah tahun 2015 kalau x salah...ke 2016 eh...lupa la...sempat masuk dalam sampai ke taman yang tengah2 tu...best gak pengalaman baru

    ReplyDelete
  3. mek jugak la tk pernah pijak perlis. gua gua macam ni best jugak pegi sebab menikmati alam semula jadi. tapi masih tidak berpeluang lagi

    ReplyDelete
  4. Xpernah g perlis lagi.. Best dapat jalan2 cuti sekolah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.