Benarkah Bila Panjangkan Silaturahim Akan Panjangnya Umur Kita?

Benarkah Bila Panjangkan Silaturahim Akan Panjangnya Umur Kita? / Dua minggu lepas, saya ada mendengar video kuliah menerusi telefon bimbit husband saya tentang ni. Dek, cara hidup atau gaya hidup seharian saya kini membataskan saya mendengar kuliah secara langsung, saya tercari-cari di mana untuk saya dapatkan motivasi hidup, apakah salurannya? dalam keadaan tercari-cari itu, saya diperdengarkan menerusi telefon bimbin yang dipasangkan oleh suami saya tentang faedah menyambung silaturahim. Mula saya terkedu, Allhauakhbar, banyak saluran yang dapat kita mencari ilmu kalau nak? Pelbagai cara Dia hulurkan kepada kita walaupun menerusi telefon bimbit.



Bagaimana Cara Nak Panjangkan Silaturahim?

Apabila terdengar saya mula terfikir bagaimana saya nak buat untuk panjangkan silaturahim ini? Melangkah ke tempat kerja seperti biasa dua minggu yang lepas, beberapa perkara yang tidak di sangka Allah Ya Baari' mengatur segala urusan hambaNya. Saya dipertemukan dengan saudara seislam untuk dipanjangkan silaturahim.... Subhanallah, hebatnya susunan kita bila hati mula terdetik. 

Allah Yang Maha Menyusun

Saya macam nikmat dan rahmatNya yang tak mampu diungkapkan. Daripada tak kenal maka dapat mengenal mereka menyambung silaturahim memandangkan 2 minggu lepas di universiti saya adalah minggu konvokesyen. Saya dipertemukan dengan foreign student merupakan PhD graduate yang baru sahaja konvo, berbincang tentang research, politik, filem seram yang saya sedang kaji, agrocultural, pertanian, sains dan sebagainya. Banyaknya ilmu Allah tiada bandingnya. Siapa kita? hamba yang kerdil hanya dipinjamkan sedikit ilmu, ada kala somong dan angkuh dengan pinjaman tersebut. Astagfirullah....

So, berbalik kepada tajuk, memang saya sangat speechless dengan keadaan yang Allah susunkan untuk saya. Pada mulanya saya terfikir bagaimana saya mahu panjangkan silaturahim? Dan apabila terdetik, Dia juga Yang Maha Menyusun segalanya. Dek hobi bersukan saya, saya diperkenalkan dengan sahabat yang juga suka bersukan. Dalam tiga keadaan dan situasi pada minggu tersebut, saya disusun untuk menyambng silaturahim dengan hamba-hambanya yang membuatkan saya gembira dan tidak terkata. 


Apa Makna Panjangkan Silaturahim, Panjangkan Umur?
Apa makna sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam:
مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung hubungan rahimnya.” (Muttafaqun ‘alaih dari Anas radhiyallahu ‘anhu)
Apakah maknanya seseorang mempunyai umur tertentu jika ia menyambung rahimnya dan umur yang lain lagi jika ia tidak menyambung rahimnya? 
  1. Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah dan dipanjangkan umur. 
  2. Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam. 
  3. Hadis ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup, murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan memelihara waktu dan sebagainya. 
  4. Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.



Ia tidak bermaksud bahawa kita mempunyai dua umur.
Setiap orang hanya memiliki satu umur dan yang ditetapkan baginya juga hanya satu. Seseorang yang ditakdirkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala akan menyambung rahimnya, ia pasti akan menyambung rahimnya. Adapun orang yang ditakdirkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala memutus hubungan rahimnya, pasti dan mesti, tidak mungkin tidak, ia akan memutus rahimnya. Akan tetapi, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam  ingin mendorong umat beliau untuk melakukan amalan yang mengandung kebaikan. Sebagaimana kita katakan, ‘Siapa yang ingin punya anak, hendaklah ia menikah.’ Urusan menikah sudah ditetapkan, demikian pula anak. Jika Allah Subhanahu wa ta’ala menghendaki engkau memiliki anak niscaya Dia menginginkan engkau menikah, bersamaan dengan itu menikah dan memiliki anak masing-masingnya telah ditetapkan.


Demikian pula tentang rezeki yang telah dicatat dan ditetapkan dari asalnya. Telah pula ditetapkan bahwa engkau akan menyambung rahimmu. Akan tetapi, engkau tidak tahu tentang hal ini. Maka dari itu, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam mendorong dan menerangkan kepadamu bahwa jika engkau menyambung rahimmu, Allah Subhanahu wa ta’ala akan membentangkan rezekimu dan memanjangkan umurmu. Walaupun segala sesuatu telah ditetapkan, namun karena silaturahim adalah hal yang semestinya ditunaikan oleh setiap insan, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam memberi dorongan untuk melakukannya, dengan pernyataan beliau bahwa jika seseorang ingin rezekinya dilapangkan dan umurnya dipanjangkan, hendaknya ia menyambung rahimnya. Di sisi lain, perbuatan orang yang menyambung hubungan rahim telah ditetapkan dan telah pula ditetapkan umurnya sampai batas yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa ta’ala.





Allahlah yang menyempitkan dan meluasakan (pemberian rezeki), dan kepadaNya lah kamu dikembalikan : Surah Al Baqarah, 245

Panjang Umur Lapang Rezeki

Kemudian, ketahuilah bahwa panjangnya umur dan lapangnya rezeki adalah urusan yang nisbi (relatif). Oleh karena itu, kita mendapati sebagian orang yang menyambung rahimnya rezekinya lapang pada beberapa urusan, namun umurnya pendek. Ini adalah kenyataan yang benar-benar terjadi. Kita katakan bahwa umurnya pendek padahal dia telah menyambung hubungan rahim. Seandainya dia tidak menyambung rahimnya, niscaya umurnya lebih pendek lagi. Akan tetapi, Allah Subhanahu wa ta’ala telah menetapkan sejak zaman azali bahwa orang ini akan menyambung rahimnya dan telah menetapkan akhir umurnya sampai waktu tertentu.”
Konklusi
Oleh itu, sebagai seorang hamba dan sebagai umat baginda Rasullullah saw jom, kita panjangkan silaturahim, jangan cari musuh, bersihkan hati, jangan ada benci. Itu yang selalu saya pesan pada diri saya sendiri jangan ada benci, selalu bersangka baik dan bersihkan hati. InsyaaAllah, Allah akan permudahkan hal rezeki kita dan Allah datangkan sahabat yang baik untu kita!

3 comments:

  1. terima kasih pengkongsian ni kak sheila insyaAllah akan ingati pengkongsian ni

    ReplyDelete
  2. haa, sekrang whatsapp tu perantara juga. boleh guna medium tuu

    ReplyDelete
  3. Betul. Jangan cari musuh. Bertegur la antara kita. Terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.