Retreat Di Belum Rainforest Tasik Banding Part 1 / Day 1



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Retreat Di Belum Rainforest Tasik Banding Part 1 / Day 1 | Allhamdulillah. Bulan Julai yang lalu adalah bulan yang paling sibuk bagi saya. Yang ni korang boleh skip baca! Boleh jump kalau menyampah ke tajuk "Perjalan ke Tasik Banding".... huhu





Flashback Sehari Sebelum ke Tasik Banding
Awal bulan Julai saya ke Bangkok, Thailand, balik dari Bangkok pulun duk siapkan tesis untuk submit. Allhamdulillah akhirnya berjaya juga saya submit untuk viva kali kedua. Yuhuuu.... Masa tu memang nak menangis semua ada masa nak submit takut tak sempat nak submit pada hari yang saya nak submit tu.... Tapi Allah Yang Maha Menolong dan Membantu saya dan suami, hinggakan Nur Jannah menangis-nangis kat dalam kereta ntah berapa lama. Saya dan husband tolong siapkan tesis ada sedikit pembetulan kena potong dan tampal tesis saya sebab abstrak saya silap ada perenggang. Saya pun tak tahu la kenapa saya p buat perenggang. Nasib baik staf IPS check, terkejut saya, dia pun terkejut juga. Dalam duk kelam kabut tu, staf tu tolong juga untuk benarkan saya submit. Masa tu saya dah give up sebab dah pukul 5, IPS pun dah nak tutup. Mungkin juga dia tengok husband saya sangat mengharap, dia cakap tak apa akak potong page yang silap tampal je dengan yang baharu. Dia bagi cutter, pembaris dan ajarkan husband saya buat.... Terus buat kat kaunter IPS tu... Saya memang dah ketaq lutut tak leh nak buat. Terduduk nak nangis pun ada!

Hingga pukul 6.05 baru settle.... Sanggup dia tunggu husband saya tolong buangkan dan tampalkan page yang silap, dia p ambil anak balik sekolah dan datang semula..... Kami pun nak ambil anak sekolah juga!

Saya dah mula kecut perut, kakak Amani kat Kedah nun Sintok balik KAFA pukul 6.20.... Allhamdulillah settle. Syukur sangat. P kat kereta Jannah sedang menangis. Mana tak nangis lama saya dan husband tinggalkan dia bersama kak ngah dalam kereta sendirian. Itu semua cabaran bagi saya.... Walaupun dah settle submit tapi saya masih ada hutang dengan IPS dan school.... saya kena bagi tesis yang baharu juga kena perbetul format abstrak dan page yang silap format tu.... tapi tiga hari saya tak boleh settle, sebab nak ke Tasik Banding untuk retreat ofis saya! Hari keempat la saya kena kembali ke USM untuk bagi tesis yang elok.....

Keluar dari pagar USM dah pukul 6.10 minit, saya cuba call kakak Amani tapi dia mungkin tak bawa handphone.... Saya tunggu dan tunggu kakak call.... Pukul 6.35 dia call, saya cakap saya masih kat Penang baru on the way nak.... Kakak tumpang rumah kawan kakak dulu, mama maybe sampai malam dalam pukul 8.... Bila saya tanya "kakak nak tumpang rumah siapa?" "kakak tumpang....." tak dan nak cakap..... terus terputus panggilan. Haduihhhh memang kecut lagi perut saya, kakak nak tumpang rumah kawan dia siapa?

Siapa nak minta tolong ni? saya tungu dia call semula dia tak ada call.... Memang risau sangat! Hari tu saya tak bagi dia p sekolah suruh di ikut saya ke USM dia tak nak! sebab-sebab macam ni la saya terpaksa skip sekolah anak-anak dari kakak darjah satu sampai lah darjah lima sekarang ni..... Bukan saya tahu kerja habis pukul berapa kat USM tak boleh nak dijangka. Ini pun dan kali kedua saya berulang ke USM untuk submit tesis. Kali pertama saya menginap di sana tapi tak boleh nak settle juga, taerpaksa hari itu saya p untuk settlekan submission.... 

Allahuakbar..... Memang hati tak karuan sangat ingat nak settle tesis? kakak Amani tumpang siapa? Esok lak kena pergi retreat.... Husband saya suruh cancel je pergi retreat kat Banding ni, tapi saya cakap tak boleh cancel kalau cancel kena bayar sebab semua dah booking.... Pukul 7 lebih bila kakak Amani tak call saya cuba wasup group kawan-kawan sekolahnya, tanya kakak tumpang rumah siapa? Allhamdulillah ada yang reply! syukur lega sikit rasanya....

Yang tak lega pasal tesis ni walaupun dah masuk sistem saya subit hari tersebut tapi saya masih ada hutang kena juga perbetul page yang silap format.

Malam tu sampai rumah pukul 8.30 ambil kakak kat rumah kawannya, Allhamdulillah mak kawannya sangat baik..... Syukur!




Persiapan ke Tasik Banding

Husband duk bising tak payah la p tasik Banding tu, kita p USM pula settlekan format tesis yang dah di hantar kat ofis school saya tu....  Tak boleh! nak cancel kata saya. Saya tak cukup duit nak bayar ganti pada school.... Then, husband saya cakap, dah nak pergi siap la baju-baju tu.... Pukul 1 pagi baru saya kemas pakaian untuk retreat 3 hari! Ntah la pukul berapa saya tidur pun saya lupa.... Malam sebelum tu saya tak tidur settlekan juga tesis nak bagi submit... Memang penat sangat beberapa hari tu! Awal pagi saya bangun, saya tumpang kawan saya ke school, daddy lak terpaksa ambil tugas saya jadi driver anak-anak ke sekolah dan pengasuh anak-anak selama 3 hari. 

Sori la panjang lebarnya cerita saya sebelum sehari untuk ke Tasik Banding pun.... huhu



Perjalanan ke Tasik Banding

Pukul 7.45 lebih kami bertolak dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), UUM Sintok..... Dalam perjalanan masuk je jam 8 lebih bila ofis buka, saya terus whatsap staf ofis school di USM inform suruh dia jangan bagi pada panel lagi tesis saya, sebab ada page yang kena tukar... Hari Jumaat nanti saya akan ke sana pula.... 3 hari ni saya tak ada di luar kawasan.... SStaf ofis jawan ok! Saya lega sikit, walaupun memang dalam hati tak lega mana pun.....


Dua bas kami pergi. Persiapan untuk ke sana berjalanan dengan lancar. Allhamdulillah syukur. Kami juga membawa goodish bag untuk diberikan kepada orang asli di tasik Banding nanti. 




Perjalanan kami dari Sintok ke Tasik Banding mengambil masa 3 jam. Syukur pukul 12.30 kami tiba dengan selamat. Selepas beberapa kali berhenti... hehehe... biasala nampak buah nak beli buah, nampak cucuq nak beli cucuq.... hahaha




Syukur! Sampai. Walaupun selalu berhenti di Jeti Rehat dan Rawat Hentian Royal Belum Tasik Banding ni tapi tak pernah naik house boat. Untuk menaiki houseboat ini ada tatacaranya juga, kena sewa la satu houseboat. Dan... banyak sebenarnya company yang menawarkan perkhidmatan houseboat di Tasik Banding. 

Baca: Kenapa Harus Singgah di Hentian Royal Belum Amanjaya?





Bersiap! angkat barang dan sebagainya kami turun ke bawah, dan dibagaikan kepada dua kumpulan dengan dua houseboat. Syukur dapat partner bilik semua geng satu kepala.... hehehe....seronok ler, tapi apa pun tak kisah le siapa rakan sebilik sebab kami semua satu keluarga satu ofis. Retreat ni pun untuk lebih mengeratkan silaturahim antara kami semua dan berdiskusi bagi merncangan pembangunan serta kemajuan pusat pengajian kami dengan lebih mapan. 



Dua Houseboat!

Dah settle pembahagian duduk houseboat mana, kami semua angkat barang masuk la, apa lagi, the cari bilik masing-masing...... Taraaaaaaa Bilik Sg Teming kami punya!




Cantik bilik. Bagi houseboat yang saya duduk ni 3 tingkat. Tingkat pertama ada hall (ruang makan), 2 bilik tisur, 2 bilik air, dapur dan 1 bilik air staf.... Tingkat kedua ada lapan bilik tidur dan setiap bilik ada 2 katil double decker. 




Tak Sempat Nak Dengar Penerangan Tentang

Sebelum berangkat ke tasik, kami semua diberi penerangan oleh staf dan krew houseboat. Tak sempat nak dengar, tiba-tiba mak saya call tanya pasal tesis dan pengajian saya! Panjang lebar saya sembang dengan mak, bila masuk je nak sambung dengar penerangan tentang boat dah habis.... Time to lunch...



Perkhidmatan Penyediaan Makanan Terbaik

Kawan-kawan beratur untuk makan saya pun terus ambil que... hehehe.... Haduiiii.... ssssedap lak menunya! Dah la lapar!... Selesai makan, balik boat masing-masing, boat mula bergerak.... Saya pun tak perasan bila boat gerak. Allhamdulillah. Dah siap makan tu saya naik bilik, nak solat!. Hujan mengiringi kami ke tengah tasik. 

Makanan kat sini memang sedap, ingatkan catering mana, rupanya depa crew boat yang sediakan.... perghhh giler 3 hari boleh mendatangkan gemuk.... sambal belacan pun sedap! pekasam pun sedap!
Sahabat boat sebelah sedang menunaikan solat berjemaah. Rasa sangat penat! tak tahu nak cakap apa, tapi semangat tu kuat. Malas lak nak lepak tidur kat bilik. Saya turun bawah. Perjalanan kami di tengah tasik dalm 2 jam.... Saya sebenarnya memang masih blur boat n nak p mana? yela masa penerangan tu saya duk on call ngan mak saya. 



Lama rupanya! jauh kot..... Rupanya boat tu akan berlabuh di mana-mana tempat di sekitar tasik banding. Dan... dari boat kami akan naik boat kecil ke tempat-tempat di sekitar tasik seperti perkampungan orang asli da sebagainya. 




Bila rasa lama kat dalam boat, saya pula dahaga! Kawan saya siap buat kopi macam rumah sendiri. Dan... baru saya tahu krew boat semua lelaki! Yang tukang masak, yang bawa renjer semua laki. Dan krew yang mengiring kami bagi kedua-dua boat seramai 10 orang dan seorang terdiri daripada orang asli di tasik banding yang bekerja dengan tuan houseboat tersebut. 


Bila mengopi dan bersembang seronok pula rasanya.... Dah penat bersembang masuk la bilik juga rehatkan badan..... walaupun dalam hati saya memang la berat dan sarat fikirkan tesis yang yang dah submit tu. 


Dah mengopi bila sampai di tengahan tasik dan berlabuh, kami disediakan dengan bubur kacang dan roti pula.... mana tak gemuk.... yang bestnya tukang masak laki tapi masakan first class....

Pengenalan Royal Belum

Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak pada 2001 dan seluas 117,500 hektar sudah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum. 

sumber google


Komersil Tasik Banding dan Sejarah Penubuhan
Apabila melusiri banjaran titiwangsa dari Utara ke Pantai Timur atau Pantai Timur ke Utara anda mesti melalui Tasik Banding yang cantik dari pandangan jalan raya. Ia yang wujud hasil pembinaan Empangan Temenggor yang menjadi sumber belakan elektrik kepada penduduk di Perak, Kelantan.
Tasik Banding terletak kira-kira 80 kilometer dari Jeli dan hanya 40 kilometer dari Gerik. 



Walaupun setiap kali saya melusuri tasik ini cuma mampu melihat dari jalan raya sahaja. Allhamdulillah kali ini saya dapat menginap dan mengenali tasik Banding dan Belum Rainforest. 

Keindahan tasik buatan ini memberi ketenangan kepada mereka yang mencinta alam semulajadi. antara kemudahan yang terdapat dan disediakan di tasik ini seperti resort, rumah bot, bagi mereka yang ingin bermalam menikmati keindahan alam dan juga sangat sesuai dengan kaki pancing. 

sumber google

Empangan Temenggor

Empangan Temenggor menjadi sinonim dengan Tasik Banding kerana ia merupakan empangan hidroelektrik yang utama di Gerik, Perak selain daripada Tasik Kenyir dan Empangan Bakun di Sarawak.

Pembinaan Empangan Temenggor menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Temenggor. Pulau di tengah-tengah tasik ini dikenali sebagai Pulau Banding. Namun di kalangan masyarakat umum mengenali kawasan sekitar Pulau Banding dengan nama Tasik Banding, sedangkan nama sebenar ia menjadi sebahagian kawasan Tasik Temenggor.

Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar. Dipercayai tasik yang terhasil akibat empangan ini menenggelamkan binaan kerajaan Melayu purba yang berada di hutan Belum sejak beribu tahun dahulu.
Bila bercakap bab ni tetiba sahaja rasa seram! hehehe.... ye la krew bot ada cerita tentang sejarahnya dia cuma mendengar dan menggngguk. 

Di kawasan Pulau Banding ini terdapat Kem Tentera yang dibina untuk menjaga kawasan dan menjaga keselamatan Empangan Temenggor serta seluruh kawasan tersebut.



Fungsi Tasik Temenggong

Selain itu juga Tasik Temnggong berfungsi sebagai memberi bekalan air untuk penduduk Perak. Malah ia juga terkenal dengan eko pelancongan dan memberi sumber darat serta sungai. Tak sah kalau datang ke sini anda tidak mebeli sumber sungai seperti pekasam, ikan air tawar serta ubatan akar kayu daridapada sumber hutan yang cukup segar.

Kalau anda nak tahu? Tasik ini diselaraskan dan dijaga oleh Jabatan Perikanan Perak, untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Temenggor. Tasik Temenggor yang dibahagikan kepada beberapa zon iaitu:
  • Zon Pemuliharaan
  • Zon Perikanan Rekreasi
  • Zon Komersial. Zon Pemuliharaan

Selain itu juga sumber komersial Tasik Temenggor adalah dijadikan lokasi untuk pembiakan dan ternakan ikan air tawar. Jadi, korang yang suka ikan air tawar segar jangan lupa untuk dapatkan di sini. Contohnya seperti ikan sebarau, ikan tioman, ikan haruan, ikan keli, sepat, kelah dan sebagainya. 

Yang best juga, kalau korang menginap di house boat korang bulih memancing dan bbq di atas bot dengan menikmati ikan air tawar yang cukup segar. Apa pun untuk kaki pancing anda kena mendapatkan permit pancing terlebih dahulu dan hendaklah membayar yuran RM5 bagi satu joran. Begitu juga kalau anda seorang kaki kamera atasu fotographer anda juga kena dapatkan permit serta dikenakan yuran bagi setiap kamera yang anda bawa. Ini adalah untuk keselamatan dan menjaga privasi hutan. 



3 Hari 2 Malam di Tasik Banding

Untuk percutian ini seramai hampir 60 peserta yang mengikut retreat ini begitu gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan houseboat yang disewa.Untuk trip kali ini, pihak pusat pengajian saya memilih ABSB House Boat Royal Belum atau ARUS BELUM SDN BHD, dengan pakej harga tertentu. Saya difahamkan untuk per head RM380 bagi 3 hari 2 malam pakej yang diambil oleh pihak pusat pengajian saya. Dan... pakej ini berbeza beza mungkin ada specialize tertentu atau kekurangan tertentuk, kerana harga tertakluk pada pakej yang ditetapkan.... 



Sori la, tak sempat nak p interview tuan boat En Azman tanya tentang pakej yang disediakan. Saya memang kepala berserabut, risau dengan submission tesis, terlalu penat. 5 hari saya tak cukup tidur sehari sebelum ke Royal Belum saya tak tidur, malam nak pergi tu baru sempat tidur beberapa jam.... 

So, dapat ke sini dalam bas lagi saya rasa betul-betul nak relex,,,, tak nak fikir apa-apa! memang tak dan lah nak beramah mesra dengan siapa terutama tuan boat nak tahu tentang pakej yang disediakan. Rasa macam otak sapa sangat tepu, dan di sini la saya nak cari betul-betul kedaiaman dan ketenangan buat sementara. 



suasana rumah bot kedua


Sampai di tengah tasik dan bila sahaja tasik landing.... Kami solat asar dan bersiap untuk ke "Klinik Haiwan" dengan boat-boat kecil yang bersama kami. 



Klinik Haiwan Belum Rainforest Tasik Banding 

Serius sangat dalam kepala memang tak leh nak pikir bagaimana rupanya klinik haiwan ditengah-tengah belantara? Dan difahamkan perjalanan membawa kami ke sana dengan berjalan kaki selama 45 minit. 

Dalam duk tak leh nak fikir tu, terfikir jua! siapa yang kerja kat dalam belantara tu? wahhh.... macam citer discovery channel, keje dalam hutan menjah haiwan-haiwan sakit! mesti banyak kemudahan tempat tu kan? dan macamana pula mereka keluar dan masuk hutan untuk mendapatan bekalan ubatan dan makanan harian?

Banyak juga yang aku fikir dalam duk tak leh nak fikir tu! huhu




Klinik Haiwan tu boleh dilalui ikut Camp Sungai Sungai Papan. Tak pasti pula ada klinik haiwan di tempat lain sekitar belum rainforest ni. Kami semua bersedia untuk berlepas ke sana. Semua diwajibkan memakai jaket keselamat untuk menaiki bot.



Yeah.... 1st boat! tapi tak p dulu, walaupun naik boat pertama, excited naik boat. Dah lama sangat tak naik. huhu..... boat kami kena tunggu boat-boat lain berlepas dahulu.




7 bot semuanya membawa kami menjelajahi hutan belum dan tasik Banding atau tasik Temenggong






Sungai Papan

Bila dah berlepas! dalam beberapa minit sampai di jeti Sungai Papan.... Cantik tempatnya! Sampai di sana, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh tuor guide sebelum kami melangkah melusuri hutan. Dah ready! dengan Bismillah, kami mula memulakan langkah. 


Sepanjang perjalanan kami di dalam hutan kami diberi penerangan tentang fauna dan flora. Untuk makluman di hutan Belum ini terdapat lebih 3,000 spesies flora yang terdiri daripada 64 species paku pakis,  62 species tumbuhan berlumut serta 23 jenis ikan hidup di sini. 



Sampai! Sampai! Sampai Dah ke Klinik Haiwan?

Tu diaaaa.... dah sampai!

Korang rasa apa perasaan korang, melusuri hutan! jungle tracking berpeluh ketiak, lecun kaki redah ank sungai, panjat bukit, turun bukit, bila sampai ke "klinik haiwan" ni???

Saya rasa macam nak menangis sedih! terharu dapat sampai sini.....

Rupanya kalau korang nak tahu Klinik Haiwan ini dikenali juga dengan "sira binatang" (salt lick). Ia merupakan satu tempat di mana yang sakit menjilat garam atau bahan mineral bagi mendapatkan nutrien. 

Nak tahu macamana rupanya tempat Klinik Haiwan tunggu part 2!!!

Stay tune k! love korang....






 



1 comment:

  1. klu dkt sini klinik haiwan, ada haiwan je la kan..tapi jarang pulak ade dkt tempat² cmtu...x sabar nak tgk mcner rupa klinik haiwan tuuu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.