Resepi Kek Red Velvet Kukus Yang Sangat Mudah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Resepi Kek Red Velvet Kukus Yang Sangat Mudah / Allhamdulillah, termakbur juga untuk saya mencuba membuat kek red velvet. Teringin sangat nak buat, akhirnya dapat saya dan keluarga buat untuk hari raya Aidilfitri yang lalu.

 

Bukan apa, saya ni kalau balik raya ralat sangat tak ada apa nak bawa balik kat kampung. Segan yang amat la pada mak ayah saya! So, dengan rezeki Allah izinkan dapat saya korek juga apa yang ada bawa balik bahan-bahan untuk buat kek kat kampung. Walau pun mak ayah saya tak merasanya, saya tahu mereka tak makan, tapi yang penting effort mahu ada.... buat ada makanan sampingan selain makanan berat masa hari raya tu.

Yang bestnya sekali harung je dah habis tak dan sampai ke petang, tengahari dah habis. Allhamdulillah.


Malam raya tu, bertungkus lumus la kami lima beranak kat dapur mak saya kukus kek red velvet. Nur Jannah pun kalut lebih....tak tahu la apa dia nak buat. hehehe...

Antara bahan-bahan yang saya guna:
2 1/2 cawan tepung kek
1 sudu besar serbuk koko
1/2 cup buttercup @ potong 100g
2 cawan gula
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
240 ml buttermilk : kalau tak jumpa, buat sendiri
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka (saya guna air perahan lemon)
1 sudu teh baking powder + soda bikarbonat


Bahan Topping dan Lapisan
250gm cream cheese, sedikit butter, gula aising (ikut manis yang suka, anggaran 100g)
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar

Cara- pukul kembang semua bahan, boleh juga tambah jus lemon kalau suka.

 

Cara menyediakan dan memasak Kek Red Velvet

Tepung dan serbuk koko
Buttermilk dan pewarna.
Butter (pukul kembang), gula, telur sebiji demi sebiji. Pukul kembang, macam kek biasa.
Masukkan campuran tepung dan buttermilk secara berselang seli.
Gaul sampai habis.
Campurkan cuka, soda, baking powder (tuang masa berbuih-buih dan sebatikan)
Sapu mentega atau marjerin dan tepung gandum pada loyang supaya tidak melekat
Kukus selama 20-30 minit. Bergantung kepada pengukus.
lapisan pertama letakkan creme cheese

Lapisan Pertama

Kalau kek yang dibakar, sejukkan kek dalam peti ais, baru boleh potong kepada beberapa bahagian ( untuk dapatkan hasil yang cantik ) disebabkan saya tiada pemotong + kukus manual, saya kukus asing-asing. 
lapisan kedua letakkan cream cheese

Lapisan Kedua

Kukus kek ikut lapisan, sebanyak 2 kali. Selesai satu, letak dalam peti ais. Selesai kedua, baru letak creamcheese + lapiskan. Boleh juga kalau nak potong, tapi tak pernah cuba + tiada pemotong yang sesuai.

Hiasan Kek Red Velvet

Saya guna cebisan kek yang lapisan pertama di bahagian bawah, saya potong tasnya sebelum letakkan cheese untuk gabungkan dengan lapisan atas (lapisan kedua)
Saya taburkan di atas permukaan kek.




Sejukkan
Kek yang telah siap dihias, diletakkan dalam peti sebelum dipotong. Siap. Selamat Mencuba k!

3 comments:

  1. awwwwww thanks sis share resepi. rasa macam lebih mudah.

    by the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.