Kenapa Saya Nak Kalut Sokong Produk Bumiputera



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kenapa Saya Nak Kalut Sokong Produk Bumiputera / Assalamualaikum, kebanjiran produk-produk Bumiputera bagai cendawan tumbuh meriahkan pasaran niaga negara kita. Ia boleh dilihat menerusi produk-produk Small Medium Enterprise atau juga lebih femes dikenali dengan SME. Antara produk SME yang sentiasa dibenak fikir saya ialah produk-produk makanan yang sentiasa ada di dapur rumah saya iaitu kicap, sos, cuka jenama Mudim, roti Gardenia. Kalau kat Kedah ia sangat popular dan sejak saya bermastatutin di Kedah ini lah produk yang sentiasa saya gunakan.


sumber google


1. Roti - Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA) - SAJI (FGV-FELDA) - ALIF (Sime Darby) - ADELA (FGV-FELDA)
3. Susu Pekat Manis - SAJI (FGV-FELDA) - ALIF (Sime Darby)
4. Susu Cair - Saji (FGV-FELDA)
5. Mee Segera – Saji Mee (FGV-FELDA) - ADABI
6. Beras - FAEZA - Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH) - Langsat Hijau (JUARA SELERA) - Juara Selera
7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis - Kipas Udang - Tamin - ALIF (Sime Darby) - Rohaya - JALEN (Johor)
9. Sos Cili / Tomato / Tiram - ZUZA (Kedah) - Rohaya - ADABI - Pelangi (FELDA)
10. Cuka Buatan - Mudim - Rohaya
11. Tepung Gandum - FAEZA
12. Tepung Perasa / Goreng - ADABI (tepun ayam) - ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)
13. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans
14. Kunyit – AGROMAS
15. Jagung Tin manis – ADABI
16. Pasta spaghetti – ADABI
17. Santan Paket – ALIF (Sime Darby)
18. Taucu – JALEN, Tamin  
19. Jus Pekat Buah2an – Tamin  
20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin
21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
22. Marjerin - Pelangi Delima Oil (FELDA)  
23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
24. Jem - Peanut SunBear (FELDA) - Jem Strwaberry – AGROMAS
25. Kopi 3-in-1 - ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1) i. -Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)
26. Biskut Coklat - GOODKISS (Noraini's Cookies)
27. Frozen Daging Burger / Nugget - RAMLY, NAFAS, AYAMAS
28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D'herbs
45. Bihun Kampung  
46. Rempah- Imans
47. Rempah-Brahim's
48. Bihun- FAEZA
49. Jeruk Buah-buahan - jenama PAK ALI
50. Kedai Kasut Sukan - ALIKHSAN
51. Kuah Rojak / Garam Belacan - ZUZA, PAK ALI, FAMA  

sumber google

Senarai di atas saya google, hasil carian tersebut banyak juga produk orang Islam yang saya tak familiar seperti produk Sufi tapi produk Susu Suffy dengan ramuan Sunnah ni, saya sangat familiar. Selain itu juga antara produk kecantikan orang Islam yang best, antaranya Zulqaas Phytonutrients Serum, dan kalau ada masalah kulit gatal-gatal dan juga anak-anak yang mengalami masalah ekzema boleh cuba produk Glow Gelenggang ni. 

Selain itu juga saya banyak didedahkan dengan pelbagai penyelidikan rakan-rakan yang mengkaji tentang produk SME ini. Secara tak langsung dengan menjadi responden kajian mereka banyak ilmu pengetahuan baharu daripada pelbagai sudut aspek kepentingan, pro dan con’t produk-produk SME ini. Secar tidak langsung ia mampu mengperkayakan ilmu pengetahuan saya tentang produk-produk orang Islam di pasaran negara.

sumber google

Produk HALAL Orang Islam Sebati Dengan Jiwa
Apa yang paling utama dalam kehidupan harian kita sebagai orang Islam kita sangat mementingkan produk HALAL terutama dalam makanan. Walau bagaimanapun tidak kira juga dalam produk kecantikan serta fesyen juga mahu yang HALAL… Haaa fesyen? mesti terkejutkan kalau bab fesyen ni ada yang tak HALAL. Ada kala kita tidak peka dalam fesyen juga mesti peka terhadap produk HALAL sebagai contoh barangan kulit dan sebagainya.

Tahun 2005, saya pernah menjalani penggambaran dokumentari yang berjadul “isu logo halal” yang mana merupakan projek untuk master memenuhi syarat coursework saya. Di situ saya mula teliti dan membuat kajian terhadap produk HALAL. Pelbagai pihak saya interview bagi mendapat perspektif yang tepat tentang produk HALAL.




Al maklum la saya juga anak jati Kelate membesar dengan produk makanan HALAL kerana ibu bapa saya juga pesara pengusaha bumiputera membekalkan produk HALAL. Sudah sebati dalam diri saya dengan produk HALAL. Walau apapun, kehidupan saya selepas tamat alam persekolahan saya merantau menyambung pengajian membuatkan saya sentiasa peka dengan pelbagai budaya kita di mana jua saya berada, produk bumiputera juga yang saya cari sebolehnya. Sebab itu juga saya kalut cari produk HALAL terutama daripada Bumiputera orang Islam. Sebolehnya kita harus semat dalam diri anak-anak kita membanggakan produk-produk bumiputera orang Islam. Bukan bermakna ianya raciest tapi ia adalah jati diri kita sebagai umat Islam harus menyokong sesama Islam.

Sebagai umat Islam harus mengutamakan “halalan toyyiban” itu adalah merupakan Sunnah Rasulullah saw. Sebab bagi saya setiap produk yang ingin mendapatkan status HALAL sangat susah dan jika produk tersebut lulus dengan status HALAL ia bermakna produk tersebut diyakini dan dipercayai.


Sumber google


Status HALAL dan Pork FREE Adalah Berbeza

Mungkin anda selalu nampak sattus di kedai makan dengan perkataan "No Pork" atau "Pork Free". Perkataan tersebut tidak semestinya makanan di dalamnya selamat dimakan. Jangan tersilap dan salah anggap dua perkataan ini. "No Pork" atau "Pork Free" satu yang jauh bezanya dengan HALAL dan ia tidak menjaminkan HALAL. 


Maksud HALAL

HALAL adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab iaitu "halla", atau "yahillu" dan juga "hillal". Ia memberi maksud kepada memecahkan, melepaskan, membebaskan, membolehkan, dan membubarkan. 

Manakala, menurut Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa  yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.


HALAL Dalam Al Quran 

Walau bagaimanapun di dalam Al Quran, penggunaan terma HALAL ini digunakan oleh Allah swt, dalam pelbagai situasi, suasana yang berbeza. Contohnya halal dalam hal kekeluargaan, muamalat, perkahwinan, rezeki, makanan dan minuman. 



HALAL dan TOYYIB Dalam Al Quran 

Apapun, dalam kehidupan seharian kita apa yang paling dekat ialah konsep HALAL dalam permakanan dan minuman serta rezeki. Ini adalah kerana rezeki apa yang kita makan dan minum akan menjadi darah daging kita. Dalam meneliti kata HALAL di dalam Al Quran menyebut kata "toyyib" yang mengekori di belakangnya yang membawa maksud yang baik, elok dan ia berlawanan dengan buruk. So, korang yang baik dan elok itu tentulah sesuatu yang bermutu. 

Jom kita tengok bagaimana Allah swt menggunakan kata "toyyib" ini dalam memberi gambaran kepada makanan yang HALAL. 

Contohnya dalam Surah Al-Baqarah ayat 168:


Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan jangan lah kamu ikut jejak syaitan, kerana syaitan itu musuh yang terang dan nyata bagi kamu. 

Selain itu, boleh juga di tengok dalam Surah Al-Maaidah ayat ke-88:

Dan makanlah rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya kamu beriman. 

Contoh ayat seterusnya yang diberitahu oleh Allah swt kepada kita tentang halal dan toyyib iaitu dalam Surah surah al-Nahl, ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69. 

Surah Al-Nahl ayat ke114:


Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahnya semata-mata.


Surah Al-Anfaal ayat ke-69

Makanlah dari apa yang telah kamu dapat (dalam peperangan) itu, selagi benda yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasihani.  


Adakah Anda Sensitif Atau Tidak Dengan Halalan Toyyiban
Empat ayat ini yang menggambarkan Allah menyeru kita supaya makan dan minum daripada makanan yang halal lagi baik atau kita selalu duk sebut "halalantoyyiban"... Tapi korang sensitif tak dengan penyediaan makanan. Penyadiaan makanan juga menitikberatkan bahawa makanan kita halal lagi baik. 

Suami saya menegur apabila kami kami makan di hotel semasa ke Thailand, saya ambil salad walaupun salad tu halal, tapi salad yang saya ambil tu berdekatan dengan "pork"... Boleh jadi ada pelanggang yang lain juga ambil "pork" dengan menggunakan pengepit makanan yang berdekatan dengan salad. Sudah tentu penggunaan pengepit yang sama tidak menjaminkan "halalan toyyiban". 



Sama juga jika, restoran itu meletakkan tanda "No Pork" atau "Pork Free", sedangkan kita tak tahu alatan penggunaan untuk menyediakan makanan itu adakah benar-benar suci dan bersih daripada pork dan sebagainya. Saya memang teragak-agak kalau nak makan kek di hotel-hotel, event kek Secret Recipe pun, walau pun suka dengan kek SR tu tapi kita tak tahukan kesucian dan kehalalan makanan tersebut. 

Ada juga yang menyatakan kepada saya, dah penguatkuasa cakap boleh dan tidak haram, tidak pula ditarik status halal, maka kita sebagai pengguna pun beli dan makan la.... Itu dah tanggungjawab penguatkuasa. Kita sebagai pengguna cuma menggunakannya sahaja. 

Dalam Al-Quran yang dijelaskan dalam keempat-empat ayat di atas Allah menekankan pengambilan makanan yang bermutu yang baik untuk kita makan. Begitu juga dengan cara kita mendapatkan rezeki tersebut dan dari mana sumber rezeki tersebut diperjelaskan oleh Allah swt supaya kita memperolehinya dengan cara yang baik dan akan diberkati. 




Sedih Dengan Produk Muslim

Malangnya apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah "orang lain yang buat, orang lain yang dapat nama". Korang paham dak! Ye la konsep halalan toyyinban adalah konsep dalam al Quran merujuk kepada makanan rezeki yang baik, bermutu tapi, banyak produk di pasaran kita menggunakan konsep ini dengan menggunakan status halal dan "free pork" tadi! 


Bermutu dan Baik Menjamin Keberkatan

Apa yang harus ditekankan dalam produk orang haruslah menghasilkan produk yang bermutu dan baik tak kita dalam apa jua produk yang ingin dibuat. Ini adalah berlandaskan dengan syariat Islam bahawa sesuatu yang baik akan mendapat keberkatan. Bagaimana kita nak tahu produk kita berkat atau tidak? Sesuatu produk yang berkat akan tahan berpanjangan dan memberi manfaat kepada semua orang malah kepada negara juga dan boleh berkembang ke taraf antarabangsa. 
Adakah, kita sebagai pengguna seringkali under estimate dengan barang buatan orang Islam. Nak nak kalau la bercakap bab harga seperti gandum dan sebagainya. Kalau jenama buatan orang Islam harga sikit tinggi berbanding dengan harga produk buatan non Muslim, so dengan perbezaan harga ni pengguna lebih selesa dengan mengambil yang murah...

Tapi jangan begitu, dan juga peringatan untuk diri saya utamakan dulu produk sek kita.... pasni kalu tak dok produk sek kita wak kita cari baru kita beli la produk saing kito berlainan bangsa... Biasanya kita kena faham juga produk yang mahal, sudah tentu kualiti dan penghasilannya produk adalah bagus. So, melabur sikit insyaaAllah keberkatan berpanjangan.


Manipulasi Barangan Islam: Branding dan Ramuan Sunnah

Saya juga perasan bab eksplotasi dalam produk makanan pun banyak. Semalam saya ke pasaraya untuk membeli barangan dapur, bila terlihat satu produk ni "jenama orang Melayu, panggilan dan gelaran kepada orang Melayu". Saya dengan segera mencapai produk tersebut. Belek punya belek saya konfius produk orang Islam ke bukan Islam.... bukan nak underestimate tapi jenama produk itu memancing pengguna. Terus saya search matlumat di telefon bimbim, erm... betul sangkaan saya ia produk bukan Islam. Bijak! dengan penggunaan jenama gelaran kepada orang Islam, dapat menacing pengguna Islam yang kurang peka dengan produk Bumiputera. Allhamdulillah dengan teknologi yang pantas kita mampu mencari matlumat terkini setiap produk dalam kegunaan seharian kita. Contohnya produk makanan sunnah yang seringkali dimanipulasikan, sebab di pasaran orang Islam adalah kuasa pembeli yang tinggi. Dek sebab ini produk-produk dimanipulasikan dari segi jenama, ramuan dan sebagainya.


Produk Islam Pastinya Mengeluarkan Zakat


Lagi pasal gapo saya duk kalut sokong produk orang Islam ni kerana sudah tentu hasil produk orang Islam akan megeluarkan zakat. Zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang mesti kita taati. Berzakat juga sebagai keberkatan dalam institusi perniagaan bagi umat Islam. Ye la, kita ore Islam, zakat menyempurnakan Iman, menunjukkan ketaatan kita kepada Allah swt, zakat dapat membantu masyarakat dari segi sosio ekonomi umat Islam dan menyucikan diri. Tanpa was was deh, kito meme sokong benar produk ore Islam kita. Jange lupo tu sek kito jange pecoh. Jange pecoh bakpo? Jange pecoh kita pakat sokong produk orang Islam set kito…



Allahu, banyak rupanya produk-produk orang Islam yang masih saya tak tahu. Dengan adanya matlumat-matlumat terkini seperti iklan daripada billboard membuatkan matlumat cepat sampai kepada para pengguna. Ini kerana pengguna sering kali menggunakan jalan raya sebagai transfomasi utama untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Informasi ini secara tidak langsung memberi matlumat yang cepat dan pantas sampai kepada pengguna. 

Selain itu juga antara perkhidmatan dalam pengangkutan yang milik Bumiputera orang Islam seperti:

BAS EKSPRES MILIK BUMIPUTERA

 1. Transnasional (group of Nadi Corp-Dato Nadzmi)
2. MARA Liner (MARA)
3. COSMIC
4. SANI Ekspres
5. ETIKA
6. JELITA (Jelita Transtours)
7. Pancaran Matahari
8. Durian Burung
9. Ekspres Perdana
10.AB Ekspres
11. Mutiara Ekspres
12. Mahligai Ekspres
13. Shamisha Ekspres
14. Utama Ekspres

Konklusi
Sebab itu saya duk kalut sokong produk Bumiputera orang Islam sebagai ia sebahagian daripada Iman. Di mana iman kita? dalam hati! So, hati akan melahirkan perbuatan. Daripada perbuatan itulah akan transform sikap dan sifat kita. Baiknya hati makan baik la seluruh anggota badan kita. InsyaaAllah semoga apa pun produk orang Islam berasaskan “halalan toyyiban” akan dapat menyaingi produk antarabangsa. Kita ada pilihan makan buatlah pilihan yang tepat untuk sokong sek kito sedaro sesama Islam kito.


Ko lagu mano adik kakok?

Aminnn....

6 comments:

  1. sama.. sokong produk muslim.... walau skrg panas isu boikot tp kita sebenarnya dh lama guna produk muslim ni bukan kerana terpanggil ngan kempen tu semata2

    ReplyDelete
  2. kalau ke pasar malam pun, saya akan tengok dulu peniaga nya...kalo nampak warak sikit, baru saya beli produk nya...kena cari yang halalan DAN toyyiban...

    ReplyDelete
  3. Langkah pertama cari yang halal.. Daripada muslim keluarannya.. Bila dah membentuk darah daging yang baik... Halalkan pula luaran kita... Pakaian Dan sebagainyakan kak.

    ReplyDelete
  4. jom. kita bukan boikot produk bukan muslim. tapi kita utamakan dan kita dahulukan produk muslim ^_^

    ReplyDelete
  5. sama la. sokong produk muslim. tp rupanyua dah lama dok ambil yang muslim punye. hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.