4 Amalan Mudah Murah Rezeki Dengan Ajaibnya



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


4 Amalan Mudah Murah Rezeki Dengan Ajaibnya / Allhamdulillah, salam siaran. Jom kasut kuning melangkah dengan namaNya Ar Rahman Ar Rahim. Ada orang tanya saya macamana nak zikir untuk keluar daripada masalah. Em... banyak zikir sebenarnya. Tapi zikir ni kena buat selalu dan bukan masa kita ditimpa masalah juga. Saya kata, saya bukan pengamal zikir kalau saya ingat saya buat! Tapi tak pa yang penting hati kita selalu ingat Allah dan secara tak langsung kita akan zikir.


Rezeki dari sahabat-sahabat saya, saya segan tak bawa apa-apa, masa ni saya sibuk sikit dan memang tak cukup duit yang amat.... saya mohon maaf pada sahabat bukan saya kedekut dan berkira, saya doakan sahabat-sahabat yang sentiasa bagi saya rezeki semoga Allah kurniakan rezeki syurga untuk kalian....


Mula-mula bagi saya kita kena ada hati yang bersih untuk kita dekat dan sentiasa zikir. Zikir pun penyuci hati kan.... Ye la kita ni manusia yang alpa dan pelupa, ada juga kadang-kala watak kita berbeza-beza mengikut keadaan, ada watak sinis dengan orang lain, ego, dengki, tamak, rasa hebat dan bagu, berkira itu watak-watak biasa sebagai manusia biasa yang ada dalam diri kita tak lari daripada kesalahan. 

Sifat dan sikap ini juga bagi saya la ia secara tak langsung akan bagi effect pada rezeki harian kita. Memang sedar diri saya yang hina ini, sifat dan sikap ini mengganggu kehidupan harian dan punca rezeki harian saya! Oleh itu sebolehnya, sifat dan sikap ini harus dinyahdetoxkan dalam diri saya. Korang pernah tak suatu hari cuma ada berapa sen sahaja dalam beg duit? Sedangkan gaji tinggal lima hari lagi. Dalam bank pun dah kering! Saya memang selalu dan tiap bulan macam tu.... hehehe....

Tapi tak tahu macamana rezeki tu ada. Saya pun tak tahu kat mana nak cari duit dalam beberapa hari tu kena p kerja kena bagi duit anak sekolah dan duit makan harian.... Tetiba sahaja ada rezeki yang datang mana dapat duit pun tak tahu, tetiba Allah datangkan pada saya rupanya masih ada tersimpan duit.... Alangkah gumbira rasa.... 

Apa ye yang harus buat?

1. Bersihkan Hati Dengan Istigfar

Paling utama sucikan hati daripada prasangka buruk. Terutama prasangka buruk dan berperasaan sinis kepada orang lain. Jauhkan memandang rendah kepada orang lain. Bagi saya kita manusia sama sahaja hinanya. Kalau tak dengan kasih sayang Allah Yang Maha Pengasih tak adanya kita ni dihormati orang, sama je hina sehina tanah. Bila tidak tidak rendahkan orang, bersikap sinis pada orang, berburuk sangka pada orang dengan sendiri aura positif akan terserlah pada kita kita. InsyaaAllah! senang saya nak zikir....

Astagfirullah

Dengan zikir istigfar "Astagfirullah" dan kita disuruh beristigfar sekurangnya 70 kali setiap hari akan membuatkan kita dengan watak-watak antagonis mula memudar dan InsyaaAllah perasaan kasih dan saya kita kepada hamba Allah dan makhluk Allah mula terserlah. Saya percaya selagi ada rasa ego, sinis, sombong, merendah-rendahkan orang lain, tamak, benci kita tak boleh hidup tenang. Cuba check diri kita ada ke tak ada perasaan tersebut. Kalau masih ada perbanyakkanlah istigfar supaya hati kita bersih daripada semua itu dan kita juga secara tak langsung akan lebih rapat dengan Allah 
swt.

Banyak cara sebenarnya untuk kita nak bersihkan hati, dan ini cara paling mudah kita sebut. Biar la sebut dengan hati yang ikhlas dan benar-benar menyesal, baru nampak akan kesannya. Banyak zikir untuk kita sucikan hati, membaca Al Quran pun adalah zikir untuk kita bersihkan hati juga. 

2. Mendoakan Orang Tua dan Orang Lain 

Mendoakan orang tua kita dan orang lain lain juga salah satu jalan pembuka rezeki dan ia sangat senang dibuat tanpa pengetahuan orang lain.

Apa yang selalu saya amalkan bila sahaja melankah masuk ke dalam kereta mula drive masa tu la saya mula berdoa membaca Al Fatihah sedekahkan kepada kedua ibu bapa kita, mertua, seluruh keluarga, arwah datu dan nenek kita serta arwah seluruh keluarga. Kepda seluruh keluarga, sahabat, jiran dan guru-guru…..

Dan… apabila saya menelusuri pagar university di kali pagi jam 7.40 pagi saya sudah nampak makcik, pakcik dan pekerja bahagian pembersihan di kawasan university sudah memulakan kerja mereka. Dan pada ketika itu saya baharu sahaja datang untuk bekerja. Bila masa saya ternampak sahaja mereka saya akan doakan mereka. “Mereka sudah mulakan kerja seawal 7 pagi dan saya baharu datang kerja”!

Sejujurnya saya bekerja di dalam universiti saya banyak bergaul dengan ramai makcik cleaner berbanding professor dan Dr. Saya tak malu dan saya sedar siapa saya. Saya bukan orang yang hebat! itu mungkin taraf saya, kerana saya pun macam mereka. Kata orag kalau banyak bergaul dengan orang cerdik pandai akan membawa kita juga seorang yang cerdik pandai. Saya akui, bukan saya tak mahu bergaul dengan orang cerdik pandai, tapi susunan Allah sangat terbaik untuk saya. Walaupun saya banyak bergaul dengan makcik cleaner, mereka la pendamping kiri dan kanan saya dalam saf solat berjemaah. Cuma seorang dutak boleh masa sahaja professor menemani saya dalam solat berjemaah. Kalau makcik-makcik cleaner ni tengok saya tak datang solat, mereka akan tegur saya, "kenapa tak datang solat".... Dengan sendirinya saya akan rasa malu. Ada juga meeting dan tugasan yang membuatkan saya tak dapat nak pergi solat berjemaah sehinggakan makcik-makcik cleaner seakan mak angkat kepda saya dan keluarga saya. Saya selalu doakan semoga mereka menarik saya ke syurga kelak! 

Bila saya masuk kelas mengaji saya dengar ustaz cakap, kawan-kawan solat berjemaah kita juga mampu menarik kita ke syurga kelak, bila mana mereka cari kita di merata syurga dan tak nampak kita, mereka akan bertanya kepada Allah di manakah kita? Allah kata kita tak boleh masuk syurga, tapi dengan rayuan mereka kita kepada Allah, Allah benarkan kita masuk syurga! 

Allahu.... Aminnn.... 

Kata professor yang sering bersolat di masjid, "kawan-kawan kita jarang nampak di masjid",  saya diam dan tunduk. Saya faham situasi mereka kalau saya juga ditempat kawan-kawan saya, saya juga tak sempat nak pergi solat berjemaah di masjid. Dan, apa yang saya mampu buat adalah berdoa, supaya saya juga ditetapkan untuk sentiasa solat di masjid, dan doa untuk sahabat-sahabat saya semoga mereka jua dimurahkan rezeki solat di mana sahaja walaupun di dalam bilik ofis… Semoga mereka dirahmati selalu. Bukan semua orang yang solat di masjid baik, molek, banyak lagi benda dan perkara kebaikan yang boleh kita buat. Tapi saya percaya kalau kaki kita sentiasa melangkah ke tempat yang baik, InsyaaAllah sedikit sebanyak dosa kita akan diampunni, kerana rumah Allah penuh dnegan RahmatNya. Saya tak tahu impian kea pa? Sejak di bangku sekolah, saya sering mengimpikan untuk sentiasa solat di masjid, saya mahu sujud, saya mahu duduk selalu di rumah Allah dan masa itu saya tak tahu bila saya akan mampu laksanakan? Saya pun tak sedar bila saya mula mengunjungi masjid, dan…. apa yang saya alami sejak remaja hingga dewasa dengan dugaan dan cabaran hidup dan untuk ke masjid, mengadapNya selalu, Allah susunkan…. Allahu, sampai sekarang dugaannya tetap sama! saya nak solat di masjid. Tapi bila dah balik rumah, kekangan kat rumah lain pula, seharian di tempat kerja kat rumah dah tak mampu saya nak ke surau….

Kekangan kita tak sama kan…. apa pun saya percaya setiap apa yang Allah susunkan pada kita bersebab? Kenapa sejak dibangku sekolah masa remaja saya nak ke masjid? Nak selalu sujud di masjid? Ada sebabnya yang Allah datangkan pada saya! Dan,, sekarang pun Allah datangkan asbab yang sama untuk saya melangkah ke masjid. Tanpa asbab kaki kita ni tak mungkin mampu melangkah ke masjid. Bukan orang baik yang pergi masjid pun…. orang yang banyak dosa yang pergi masjid. Orang baik-baik bagi saya mereka selesa bukan tak perlu ke masjid tapi Allah tak susunkan mereka ke masjid. Mereka mungkin dah banyak membuat kebaikan di luar, kebaikan sesama keluarga, kebaikan sesama ummat dan makhluk. Allah susunkan mereka ke arah itu….

Umur saya sekarang nak masuk 40 tahun, tahun depan, saya mengimpikan suatu yang indah keluar dari kepompongan kpi dunia untuk menjelajah seluruh pelusuk alam mencari kpi akhirat. Saya tak tahu bila akan terlaksana, saya hanya mampu berdoa dan semoga saya diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki mencapainya.

Bila mana kita mendoakan orang sekeliling , secara langsung kita akan ingat pada mak ayah di kampung dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. 

Dan... juga buat seluruh keluarga dan sahabat-sahabat saya doakan kalian dikurnian buku catatan amal di tangan kanan, dapat melintasi titian sirat selaju cahaya dan dikurniakan syurga


3. Sedekah

Sedekah! dengan rasa hati yang hina ini saya tak mampu nak memberi sedekah pada mak ayah saya. Dah berbulan lama saya mencari no akaun mak saya untuk saya sedekahkan walaupun seringgit sehari tapi saya tak jumpa. Saya malu nak minta no akaun mereka kalau saya cakap nak masukkan duit pada mereka walaupun seringgit sehari….

Apa yang saya buat saya sedekahkan di masjid bila saya melangkah ke sana dan saya doakan untuk mak ayah saya!


4. Bersyukur

Harus buat dengan hati yang ikhlas tanpa rasa ragu! bersyukur ni memang nampak senang tapi sebenarnya susah adakala kita ni, mulut je cakap bersyukur tapi tidak hati yang dalam. Apa pun keadaan susah atau senang dengan rela seikhlas hati walaupun buruk dan buruk keadaan kita taburla senyuman, tadah la tangan mengalunkan tanda syukur.

“Allhamdulillah”

Ini empat perkata yang sangat mudah untuk kita buat tiap hari tapi kesannya sangat ajaib. Saya sudah laluinya dengan pelbagai keajaiban yang Allah bagi, walaupun dalam akaun saya cuma ada RM51.01 dalam masa 3 minggu lagi saya nak gaji…. bila saya buka sahaja akaun nampak bakinya saya tadah tangan bersyukur dengan rasa senyum! kerana Nikmat Ujian sangat hebat. 

Ada yang cadangkan buat kerja itu dan ini.. apa yang dah dibuat sekarang pun dah tak ada daya. Badan sakit siapa tahu. Hanya tuan yang menanggung. It's ok, itu adalah lumrah hidup selagi bernyawa selagi tu ada rezekinya di sini, kalau tak ada mungkin ada di sana. Ini bukan kata-kata orang lemah dan tidak berwawasan tapi kata-kata sedar diri. 

Berlari di dunia selagi mampu jangan ditinggal dan di lupa bekalan akhirat. Kalau boleh cari sebanyak mungkin bekal tersebut. 

Hati kena kental, kena yakin dengan keajaiban Allah. InsyaaAllah tak tahu dari mana Allah akan cukupkan rezeki kita! InsyaaAllah….

Semoga Allah swt murahkan rezeki dunia Dan akhirat buat semua pembaca blog ini...

Amin...







No comments

Powered by Blogger.