Travelogue Thailand: (Part II) International Airport Don Meung ke Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU)



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Travelogue Thailnad Part II: International Airport Don Meung ke BSRU / Allhamdulillah, kami tiba di International Airport Don Meung Bangkok pada pukul 1.15 tengahari waktu Thailand. Sangat cepat perjalanan tersebut. Tapi tiba sampai untuk kami menuruni flight, kami beratur satu persatu. Pada mulanya saya pelik. Ini kali pertama sampai di International Airport Don Meung Bangkok, mana tempat arrival. Rupanya dari flight kami kena naik bas Air Asia untuk ke balai ketibaan. Ketika itu hujan mula turun, peramugari dan staf Air Asia memayungi penumpang dari flight ke bas….




Malangnya, hanya saya dan keluarga dan terlepas naik bas, seorang kawan saya terpaksa menunggu bas yang terkemudian kerana penuh. Dek kepesatan dalam bas, terpaksa kami berdiri, yang mana saya dukung Jannah dan kat belakang pula pikul beg latop.  dalam hati saya berbisik dekat ke jauh ni sampai nak kena naik bas bagai!.... belok sana belok sini, bas bergerak dengan laju, tak juga sampai….



Aduyai lutut saya dah mula kepenatan. Rasa macam nak terbengkok bengkok dah beban depan belakang. Sabar je la! Jauh weis, nak tengok handset pun x mampu dah duk dukung Jannah lagi memang xboleh nak seluk beg ambil hanset. Jannah pula sedap lena di bahu saya. Agak-agak dalam 15 minit lebih ada kot. Ingatkan dekat rupanya Jauh… Kesian anak-anak saya kakak dan kak ngah penat mereka berdiri.


menunggu di depan pintu balai ketibaan bas Air Asia


Allhamdulillah, akhirnya tiba juga di balai ketibaan. Lega rasanya. Nasib baik masuk je balai ketibaan ada tempat duduk. Maka, duduk la kami berlima tunggu bas seterunya sampai. Tunggu kawan saya sorang lagi. Memang lama. Rasanya balai ketibaab pintu yang kami masuk tu khas untuk penumpang Air Asia sahaja. Sebab masa kami duduk tunggu bas seterunya taka da bas lain yang tiba di situ.



Bila bas setrusnya sampai nampak kawan saya keluar, syukur selamat semuanya. Kami bergegas keluar, dan di pitu ketibaan nampak sign ICMS yang dipegang oleh pelajar-pelajar perempuan yang sedang menunggu kami. Rupanya, flight kawan-kawan saya yang tiba pukul 12 lebih pun sampai sekali dengan kami, mereka pun masih ada di situ menunggu kami semua. Dan….. saya pula terpaksa menunggu satu trip yang tiba pukul 3.30 untuk sama-sama pulang satu bas ke tempat penginapan bersama kami. Lama juga kami menunggu di lapangan terbang tersebut.




Perjalanan ke Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU)

Dalam pukul 4 lebih baru bas BSRU tiba, Allhamdulillah syukur! Masa dalam bas saya, kak ngah dan Baby Jannah duduk satu seat dan kawan saya di sebelah. Kat Thailand dalam apa-apa perkara mereka akan kira “kepala” for head, tak kira kita sebagai penumpang ke apa. Masa nak check in hotel dia mereka tanya berapa orang satu bilik termasuk kanak-kanak… tak seperti tempat kita kanak-kanak biasanya ada rate lain atau juga tidak dikenakan charge, tapi di sana semua dikira dengan harga yang sama.




Semasa hendak ke sana lagi, kawan saya dah remind kat saya untuk kak ngah dan Jannah tidak dikira dalam harga trip, so pandai-pandai la saya pangku kak ngah. Kak ngah pula kepenatan dan tertido dipangkuan saya. Baby Jannah pula duk sebelah. Kesian saya tengok mereka. Baby Jannah ni, dengan daddynya tak mau. Kalau saya ada, memang duk berkepit dengan saya la dia! Susah nak bergilir.




Lebih kurang sejam lebih perjalanan, jalan di kotaraya metropolitan Bangkok penuh sesak dengan kenderaan yang mungkin pulang dari kerja. Mercu tanda tanda dengan kabel selirat itu mengagumkan kami. Perghhhh bila tengok kabel-kabel berselirat itu tak tersampai akal ku. Macamana letrit boleh berfungsi dengan jaya. Hebat juga system elektrit mereka walaupun kabel berselirat tapi tetap berfungsi dengan baik.



Perjalanan di bandar Bangkok yang membuatkan saya terpegun. Rasa macam nak tinggal lama di sini. Saya melihat Bangkok dari sisi yang berbeza. Jangan ada perasaan takut, walaupun kena ada... hehe... camana ayat tu! bagi saya kat mana-mana pun tak selamat bila mana kita fikir ia tak selamat. Bagi saya kat mana-mana pun baik dan buruk aklau kita fikir sedemikian.


Dan seperti mana Allah dah cakap pada kita semua:

"Aku sepertimana yang engkau fikirkan" 


So, maknanya kalau kita fikir tempat itu buruk makan buruk la kita jumpa tapi sebaliknya. Allhamdulillah semua dipermudahkannya.... hanya sisi baik yang saya nampak! walau ada sedikit yang tak seperti kita jangkakan itu perkara biasa dalam travel.




Semasa dalam perjalanan, kawan di BSRU call kami bagitahu bas akan hantar saya dan kawan saya ke hotel terlebih dahulu baharu akan hantar kawan-kawan saya yang lain di BSRU. Namun, malangnya driver bas tersebut tidak menghantar kami ke hotel. Staf Thailand yang handle perjalanan tersebut suruh kami semua turun di BSRU.



Masa tu dah pukul 6.30 petang. Anak-anak pun dah lapar. Bila bas mula masuk je jalan ke BSRU, suami saya dah bising. Katanya kenapa tak tinggal di BSRU sahaja. Pada mulanya memang saya menginap di BSRU.


Mercu tanda jalan utama ke simpang BSRU

Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU)




Last minute masa nak pergi tu, saya mendapat saranan untuk tingan di Ibis Hotel. Mungkin anak-anak boleh main pool. Alang-alang saya bawa family walaupun tujuan utama ke sana adalah untuk kerja saya. 

Saranan saya dalam membuat keputusan disaran tanya Allah buat istiqarah walaupun dalam masa yang singkat! hehehe.... Allah is priority. Walaupun masa buat keputusan memang ingat Allah tapi saya ni hati lembut, mudah kesian, adakala keputusan yang dibuat tak tepat. Juga ingat bincang dengan suami juga.

So, dalam membuat keputusan itu dan saya mungkin silap buat keputusan! fikir banyak-banyak, boleh berbincang dengan pasangan kita terlebih dahulu.... Say ni pun kadang kala rasa nak suruh anak-anak suka tapi silap lak langkah, depa tak leh main pool pun sebab hujan.....




Fuhh… sampai di BSRU memang frust la saya best giler kawasan kat universiti tu. Dalam bandar, tempat makan pun senang. Walau pun jauh sikit kena jalan. Yang penting, banyak gerai-gerai tepi jalan, senang untuk suami saya nak bawa anak-anak berjalan. Maka membebel la en husband sebab saya cancel duk kat hotel BSRU. Walaupun dia belum tengok hotel penginapan kami di IBIS Riverside Bangkok, dia dah menyangka kat BSRU tu sangat best. Memandangkan suasana kat situ open dan kendai-kedai pun banyak, tempat selamat mudah dia dan anak-anak nak keluar berbanding duduk di hotel penginapan kami yang akan kami pergi….


Inilah silap saya dalam emmbuat keputusan. 



Deretan gerai di hadapan jalan utama BSRU. Meriah!


Nak buat camana? itu la perangai saya yang mudah kesian kat orang! lain kali kena fikir banyak-banyak…. dan buat istiqorah! dari sini saya belajar banyak kesilapan saya dalam membuat keputusan.

Anak-anak pun dah lapar, kawan-kawan seronok dah boleh check in hanya saya dan kawan saya sahaja yang belum check in. Tak da transport nak hantar kami ke Ibis Hotel. Padahal semua dah kami bayar full payment untuk pengangkutan selama 4 hari di sana….. Apa pun perut dah sangat lapar, anak-anak pun bising. Kat luar hujan pula! Dengan berserah kami redah jua hujan itu. Mungkin hujan rahmat ada baik yang saya tak tahukan....


Bangunan hadapan BSRU


Jom la kita pergi makan dulu. Kawan saya yang handle minta pelajar bawa kami ke restoran halal untuk makan dahulu sebelum kami fikir macamana nak balik ke hotel. Kata kawan saya jangan risau dia terus bagi tambang cab untuk kami balik hotel. Saya suruh je dia bagi pada en husband. Malas saya nak ambil sebab en suami dah membising! hehehe….. kesian kami.


Lobi hotel BSRU

Sebahagian pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media yang terlibat dalam menguruskan dan melaksanakan program kami di Bangkok.


Penginapan bilik di BSRU
Ini adalah penginapan hotel di BSRU, memang lengkap universiti ni! Walaupun di bahagian pintu utamanya nampak macam kecil sahaja universitinya tapi lengkap dengan hotel dan sebagainya.


Pintu masuk Hotel BSRU


Untuk edisi seterusnya, kat mana kami pergi makan di Bangkok? restoran halal akan saya ceritakan next entry….. tunggu ye…..

Terima kasih sudi membaca.
Assalamaualaikum, salam sayang.


1 comment:

  1. Seronoknya. Doakan ain dpt jejak bangkok jugak ye one day. cant wait for the next entry!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.