Business Card or Blogger Card, Blogger Mesti Ada Ke?




بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Business Card or Blogger Card, Blogger Mesti Ada Ke? / Allhamdulillah,,,, salam hari terakhir Syaaban. Esok kita dah nak melangkah masuk Ramadhan Kareem yang ditunggu-tunggu, syukurrr... sampai kan kita semua di bulan Ramadhan. 


Berbalik pasal tajuk, mestikah seorang blogger ada name card sendiri or business card or blogger card? emmm.... mesti kena ada kalau uols pergi mana-mana event dan sebagaimana bersua muka dengan pihak-pihak tertentu, name card sebagai pengenalan diri.


1. Pengenalan diri
Sejujurnya saya ni memang pelupa, dah kenal beberapa orang memang tak ingat siapa nama, saya rasa uols juga begitu kan.... bab nama saya kurang arif tak seperti ingatan saya masa kecil dulu memang semua hafal, apa yang saya lihat dan tengok saya akan ingat. Sekarang dah tua memang banyak makan semut, mudah lupa jadinya. So, pengenalan diri amat penting dalam apa jua acara, majlis yang kita pergi harus sediakan pengenalan diri bagi pihak sebaliknya tidak akan melupai kita.

2. Kolaborasi
Sudah tentu uols sebagai blogger mahukan kolaborasi berterusan kan.... so, ia penting untuk meneruskan kolaborasi seterunya. Senang untuk kedua-dua pihak berhubung antara satu sama lain.

3. Mewakili Diri Anda
Ini penting kerana menerusi name card, uols boleh iklan perkhidmatan yang ulos sediakan sebagai contoh perkhidmatan tatarias, sewaan pelamin, baju dan sebagainya. Kalau seorang blogger, uols terangkan apa niche blog uols dan apa kemahiran yang uols ada contohnya mengedit blog, grafik dan sebagainya. 

4. Mudah Untuk Berhubung
Dan... yang ini paling utama, sebelah phak boleh menghubungi anda jika memerlukan pertolongan dan perkhidmatan anda kerana menerusi name card, business card or blogger card ini tersedia no telefon yang mudah dihubungi...

Itu, antara empat kepentingan yang saya fikirkan. Mungkin ada lagi banyak kepentingan yang uols boleh kongsikan dengan saya.

Untuk name card #SheilaInspireDotCom saya design sendiri dan guna kan header yang telah didesign oleh Mai then saya edit yang lain, kerana saya mungkin agak cerewet kot... huhu... 

Salam Ramdhan dari saya maaf zahir batin!


4 comments:

  1. cantik la sheila kad tu..:)

    ReplyDelete
  2. WAH BAGUSNYA ADA BLOGGER CARD..SALAM RAMADAN SLMT BERPUASA

    ReplyDelete
  3. cantiknya name card tu.. simple tapi padat..

    ReplyDelete
  4. Nanti boleh bagi name card dekat Rabia

    ReplyDelete

Powered by Blogger.