Memaksimumkan Sikap Positif, Ikuti 3 Sahaja Tips Mudah

Memaksimumkan Sikap Positif, Ikuti 3 Sahaja Tips Mudah/ Allhamdulillah, dah hampir menunju ke bulan ke empat pada tahun 2019.... Di manakah azam pada awal tahun lalu. Dalam progres ke macamana? duk tanya orang, diri sendiri macam mana pula ye Sheila? hehehe.... progres tak ikut jadual. Ada hari yang sangat positif dan ada pula hari yang sangat low dan down.... Tak tahu dah nak rasa macam mana. Pening juga memikirkan bagaimana nak mencapai azam yang dah bertahun tak capai ni. Asyik duk forward ja taip tahun... huhu

google image

1. Jangan Ada Benci 
Apa pun yang berlaku hidup mesti diteruskan jua jangan ada rasa benci dengan apa yang ditakdirkan. Jangan mudah mengalah dan berputus asa. Jika ada kegagalan yang dihadapi tak semestinya ia akan gagal buat selamanya. Harus bangkit! Itu yang kita semua nak. Jangan beci dengan kegagalan... Nak motivasi memang sukar. Bak kata pepatah "no pain no gain".... Tak ada kesakitan tak cabarannya. Kena kuat. Mengaku kalah sebelum mencuba itu lemah. Siapa nak gagal? tak ada orang nak gagal dalam hidup, apa lagi gagal meraih syurga! bayangkan macamana kelak kita nak meniti titian sirat! aduihhh itu sangat menakutkan. Sebab itu, la apa aktiviti harian kita, mulut, tangan, mata, kaki semua mesti di kiblat yang betu. Tapi saya ni memang la banyak buruknya, semoga dilindungi sentiasa apa yang kita lakukan jangan mudah telepas jadi dosa. So, jangan ada rasa benci! benci dengan keadaan, takdir, benci dengan makhluk dan sebagainya... Jauhi rasa benci! InsyaaAllah akan dapat memaksimumkan sikap positif.


2. Solat di Awal Waktu
Solat diawal waktu kunci segala ibu penyakit. Kita akan rasa tenang jika solat diawal waktu. Sejujurnya saya pun selalu terlepas diawal waktu ni. Sebolehnya jom kita sama-sama perbaiki amal kita! nak masud universiti Ramadhan dah ni... persiapkan solat kita dan sikap kita... InsyaaAllah solat mampu memberikan kita ketenangan dan membuka jalan kesulitan, secara tak langsung akan memaksimumkan sikap positif kita kepada persekitaran kita.


3.Sedekah
Paling senang nak buat ni, kadang kala terlepas pandang jua. Sedekah paling senang iaitu senyum... tak perlu pun wang ringgit. Senyum pun sudah dinilai sebagai sedekah. Indahnya Islamkan... Namun, ia menjadi sukar jika perkara no 1 diatas masih ada dalam hati kita. Tapi ada juga sesorang itu Allah anugerahkan dia muka yang masam dan serius... Jarang-jarang dia senyum, itu bukan bermakna ia tidak bersedekah dengan senyuman yer.... tapi itu juga nikmat Allah pada mereka yang memiliki wajah yang serius... Adakala, jika sesorang yang serius ni tengok filem kelakar pun dia tak senyum dan ketawa... Saya pernah membuat tenuramah dengan pengarah filem, katanya "seorang pengarah mesti tahu psikologi penonton, sukar menjadi seorang pengarah filem ni", "adakala, filem komedi yang mana penonton biasa tengok, sudah gelak ketawa, namun ada penonton yang tidak ketawa menontonnya, sama juga dengan filem seram, ada penonton yang tidak rasa takut walaupun penonton lain sudah dalam ketakutan, dan mereka ini digambarkan sebagai seorang yang genius".... 


Sukar untuk seorang pengarah filem mengenalpasti siapa audiens sasaran mereka.... so, walaupun muka xde senyum, mereka mungkin banyak ibadah yang kita tak tahu... jangan mudah menilai seseorang dibalik kaca mata kita, tapi menilailah dengan mata hati yang disuluhi nur....


Dan,,,,, ketiga-tiga ini sangat mudah diintegrasi bagi memaksimumkan sikap positif setiap hari. Bila kita dah mula bersikap positif insyaaAllah kita akan tenang hendaknya... Apa lagi yang kita nak selain ketenangan kan... InsyaaAllah amin....





2 comments:

Powered by Blogger.