5 Sebab Kenapa Anda Harus Mengunjungi Movie Animation Park Studio (MAPS) Pada Musim Cuti Sekolah

5 Sebab Kenapa Anda Harus Mengunjungi Movie Animation Park Studio (MAPS) Pada Musim Cuti Sekolah / Allhamdulillah... Apabila melangkah masuk ke Movie Animation Park Studio atau MAPS ia membuatkan hati saya tertanya-tanya apakah yang menariknya di sini? Anak-anak selalu bercerita tentang kawan-kawan mereka datang ke sini. Dah sekian lama mereka mengajak saya ke MAPS, namun kekangan membuatkan ia tidak dapat dilaksanakan.


Allhamdulillah, kali ini saya dan team blogger pantai timur diberi peluang berkolaborasi dan dapat kami membawa anak anak-anak mengunjungi MAPS. Terima kasih kepada pihak pengurusan MAPS Ipoh kerana memberi peluang kepada kami merasai dan mengalami suasana dalam MAPS. Di sini saya akan tujuh sebab kenapa anda harus mengunjungi MAPS sebagai pilihan untuk membawa anak-anak bersantai pada musim cuti sekolah.



1. Merasai pengalaman di Animation Square
Di MAPS terdapat bangunan-bangunan berwarna-warni yang dibina mengikut karekter animasi popular. Di luar bangunan dari kejauhan lagi anda sudah mampu melihat bangunan berwarna-warni pelbagai bentuk. Apabila melangkah masuk ke sana semakin teruja dengan keindahan reka bentuk pelbagai corak dan gaya animasi seperti Boboboi dan sebagainya mewarnai di kelilingi anda. Anak-anak menjadi faktor utama tarikan terhadap konsep ini.


Selain itu, bagi merasai kemeriahan hiburan animation ini, terdapat beberapa stage yang menayangkan tayangan anamasi 4D seperti The Home of BoBoiBoy, Panggung Adventure BoBoiBoy 4D. Di samping itu juga, Animation Square dimeriahkan juga dengan Space Face Dress Fancy, Monkey Bussiness Toy dan Candy Shop, dan lain-lain lagi! Anda dan anak-anak boleh merasa dan berpengalaman untuk menconteng muka dan menikmati candy dan juga alatan permainan sebagai cenderamata.


Di samping itu juga, anda boleh membawa anak-anak menikmati perbagai permainan yang bersesuai dengan usia anak-anak anda. Contohnya kak ngah Zara Adelia dan kakak Amani permainan yang sesuai dengannya seperti Red Baron, Fantasy Carousel, semuanya terletak di Fantasy Forest Zone!




2. Live Concert
Bila kami melangkah masuk ke bangunan berwarna-warni ini kami dimeriahkan dengan persembahan langsung di Center Stage yang sungguh mencuit hati. Pelbagai persembahan live yang dimainkan di center stage ini yang paling ditunggu oleh anak-anak harus la nyanyian lagu Boboboi... mana taknya kalau anak-anak kenal lagu "Dunia Baru" dengan Boboboi.. Mak-mak macam saya lak kenal lagu ni sebab Bunkface... hahaha.... tak boleh belah maknya! So, live concert memberi pelanggang maps beristirehat sementara menunggu untu masuk ke stage-stage dengan masa tayangan yang ditentukan.






3. Thrill Rides: Permainan Yang Mencabar
Banyak permainan yang mencabar di sini seperti di Thrill Rides yang menyediakan tiga permainan yang mencabar jiwa raga anda. Bab ni saya surrender awal la. Permainannya sepeti Space X-plorers, Hyperspin dan Asteroid Attack. Kalau anda bukan jiwa penakut macam saya boleh join permainan ini sudah tentu akan puas rasanya. hahaha....




4.Kemudahan Asas Yang Lengkap
Untuk memasuki MAPS ini anda tidak dibenarkan membawa makanan dari luar. Ini adalah kerana kemudahan yang cukup telah disediakan di dalam MAPS ini. Anda tidak perlu risau untuk ke MAPS ni kerana kemudahan asas yang lengkap seperti tandas, surau, restoran, cafe, kioks disediakan. Terdapat dua surau dan dua tandas yang disediakan di MAPS ini. Di bahagian hadapan mula-mula anda memasuki bangunan MAPS. Manakala, satu lagi di bahagian belakang, kedua-duanya adalah selesa digunakan. 



Oleh itu, tidak perlu bersusah payah untuk membawa makanan dari luar atau bekal. Cuma kelengkapan untuk baby menyusu seperti air untuk membacuh susu sahaja dibenarkan dibawa masuk. Setiap barang yang di bawa masuk akan diperiksa terlebih dahulu sama ada dalam beg sandang mahupun dalam bakul.


Antara cafe yang disediakan di dalam MAPS pula seperti Tok Aba Copitiam, Pit Stop Cafe, Starship Restaurant, Starport, Monkey Business Candy, L Cremeria Cafe dan Coral Kingdom. Kalau nak makan sambil berehat dalam keadaan kesejukan, saya syorkan anda bolehlah ke Coral Kingdom bagi merehatkan kaki yang keletihan seperti saya. Kat Coral Kingdom ni juga boleh la anak-anak menikmati permaian ala-ala captain Jack Sparrow.... hehehe


5. Kids Fun
Sejujurnya sebagai ibu saya menganggap MAPS adalah tempat terbaik untuk keseronokan anak-anak belajar banyak perkara, selain karekter-karektor animasi yang sudah sejiwa dengan anak-anak, mereka juga dapat mengenal dan melihat secara langsung dengan karekter animasi seperti Boboboi, Smurf dan sebagainya. Yang paling menariknya saya membawa kakak Amani masuk dalam rumah hantu dan bawa kakak Amani dan kak ngah Zara Adelia mengembara ke rumah hantu dengan train sambil menembah musuh-musuh di dalam terowong tersebut. Ia membuatkan anak-anak saya seronok disamping empati takut yang tinggi dengan suasana gelap lagi seram di dalam dua keadaan yang berbeza. 



Di dalam rumah hantu, saya bawa kakak menrasainya suasana seram dengan hantu yang dikelilingi kami berjalan supaya dia tidak rasa takut, walaupun sebenarnya takut.... hehehe.... padahal maknya yang takut juga! hahaha.... tapi pengalaman tersebut untuk memberi kakak supaya mengetahui dan mempelajari bahawa di dalam dunia tiada apa yang harus ditakutkan selain Allah. Dan perkara itu adalah semua benda ghaib. 

Apabila anak-anak seronok saya tumpang gembira. Yang paling utama pengalaman dan pelajaran yang dipelajari di dalam MAPS bukan selain untuk mendapat keseronokan semata. Contohnya mengajar mereka seperti menjaga kebersihan tidak boleh membuang sisa makanan di dan sampah merata-rata dan sebagainya. 



Tips Memasuki MAPS
  1. Saya sarankan anda memakai sport shoes bagi keselesaan berjalan. 
  2. Dan jika anda membawa anak kecil anda boleh membawa stroller untuk keselesaan anak nada. 
  3. Walau bagaimanapun di MAPS juga anda boleh menyewa stroller jika tidak membawanya. 

Pengalaman yang istimewa cuti sekolah ini memberi satu pengajaran yang bermakna buat kami sekeluarga. Namun, saya sedikit terkilan kerana tidak dapat menonton aksi stunt kereta mahu pun motor di Live Action Zone kerana kesuntukan masa kami keluar selepas Maghrib. Manakala, pertujukan stunt tersebut dijadualkan pada pukul 8 malam. Apa pun, ia satu pengalaman yang berwarna-warni bagi saya sama seperti berwarna-warninya bangunan-bangunan MAPS ini.

So, kalau uols nak datang ke MAPS dan membeli tiket sementara cuti sekolah masih ada sila kunjungi laman sewang MAPS untuk membuat tempahan tiket.


Website
http://www.mapsperak.com/

Instagram

Facebook

8 comments:

  1. Alhamdulillah...terlaksana hajat anak-anak akak...ini menjadi kenangan indah untuk mereka.

    ReplyDelete
  2. Bape harga tiket tu? Memang best bila tgok binaan yg ada kat dlm studio tu.

    ReplyDelete
  3. berapa harga kak?boleh buat budget bawak anak anak datang sini!

    ReplyDelete
  4. Berapa budget untuk masuk maps ni kalau ada yang bertanya boleh bagitaw hihihi

    ReplyDelete
  5. Kena tunggu anak besar sikit lagi baru best layan kan...banyak anak tak lepas

    ReplyDelete
  6. Kalau bawak ank2 buah mai sini sejam dua mesti tak cukup hihi

    ReplyDelete
  7. weih best boleh release shari suntuk kat sini.

    ReplyDelete
  8. Masa Sha pergi haritu ada yang tak boleh masuk.. Kurang seronok jadinya.. huhuhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.