McDonald's Meru Raya Ipoh Menyajikan Hidangan Istimewa Buat Team Blogger Pantai Timur

McDonald's Meru Raya Ipoh Menyajikan Hidangan Istimewa Buat Team Blogger Pantai Timur / Allhamdulillah, ekspedisi Team Blogger Pantai timur di Perak diserikan dengan kunjungan kami ke cawangan Mc Donald's Meru Raya Ipoh. Kami disambut dengan penuh ramah dan mesra oleh Pengurus Besar McDonald's Meru Raya iaitu En Azhar dan juga krew....  


 
McDonald's Meru Raya Ipoh adalah lokasi yang sangat sesuai jika anda mahu menjamu selera sebelum masuk ke MAPS Ipoh. Kami memilih McDonald's Meru Raya Ipoh sebagai pit stop makan tengahari selepas check out daripada The Cedar @ Bidor pada pukul 11 pagi. Perjalanan dari Bidor ke Meru Raya hampir satu jam apabila exit dari tol Bidor. Apabila sampai di sana memang dah tengahari dalam pukul 12 lebih, dan ia merupakan masa yang sesuai untuk menikmati makan tengahari sebelum kami semua melangkah masuk ke MAPS. 



GCB vs Happy Meal
Kami dihidangkan dengan dengan Grill Chicken Burger.... Fuhhh dah lama saya tak makan GCB. so, harus la sangat teruja. 

Manakala, bagi anak-anak kami pula dihidangkan dengan Happy Meal. Anak-anak tersangat suka la Happy Meal sebab nakkan mainan. Memang kena sangat dengan nama diberi Happy Meal: Hidangan yang membuatkan anak-anak seronok. 


Melawat Kitchen
Apa yang menariknya trip kami ke store Mc Donald's Meru Raya kali ini ialah dibawa masuk ke dapur Mc Donald's oleh En Azhar, melawat dan meelihat sendiri bagaimana penyediaan makanan Mc Donald's yang sedang bertugas. Yang paling tak boleh dilupakan bab masuk bilik sejuk tu, dari luar dah rasa sejuk k... fuhhh... nak tangkap gambar pun feeling kat oversea dah.... ketaq kaki betis.... kekeke...



Terima kasih En Azhar dan crew Mc Donald's Meru Raya kerana sudi melayan telatah kami bermacam ragam.... En Azhar ni merupakan Pengurus Besar Restoran di Meru Raya sejak 5 tahun yang lepas. Kata En Azhar dia bulan ini adalah bulan terakhir dia di Mc Donald's Meru Raya sebelum ditukarkan di tempat lain pula. BEliau telah berkhidmat di Mc Donald's selama 18 tahun. Berikut adalah serba sedikit tentang En Azhar ni. Bukan calang-calang orang tau khidmat bakti En Azhar ni kepada Mc Donald's Malaysia. 


Nama penuh : Mohd Azharmarudin Bin Che Aruh
Umur: 35 tahun
Asal: Kelantan
Status perkahwinan: Berkahwin
Jumlah anak: 1
Tahap pendidikan: SPM


Kisah En Azhar dengan Mc Donald's
  • Semangat untuk terus berjaya - moto "Usaha Tangga Kejayaan"
  • En Azhar bermula dari bawah sebagai krew restoran sahaja, dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Restoran.
  • Dengan pelbagai peluang pembangunan diri yang ada di McDonald's, kenangan manis Azhar adalah apabila beliau mendapat kenaikan pangkat sebagai Pengurus pada usia yang masih muda dan kemudiannya terus menaiki tangga kerjaya sebagai Pengurus Besar Restoran
  • Tidak menyangka dari seorang budak lepasan SPM yang tak tahu apa-apa, kini mampu mengetuai dan menguruskan sebuah pasukan seperti sekarang.
   
Persekitaran kerja di McDonald's yang menyeronokkan
  • Azhar Memulakan pekerjaan di McDonald's selepas tamat SPM pada tahun 2000 sekadar suka-suka
  • Tapi mula jatuh cinta dengan McDonald's disebabkan persekitaran kerja yang positif dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri seterusnya mengembangkan kerjaya.
  • Antara titik tolaknya adalah apabila Azhar diberi peluang menyertai pertandingan yang diberi nama Crew Olimpic pada tahun 2001.
  • Kemenangan beliau untuk McDonald's Zon Utara melayakkan beliau ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di McDonald's Seksyen 3, Shah Alam dan bertembung dengan lebih ramai peserta dari McDonald's seluruh negara.
  • Beliau memenangi tempat pertama bagi kategori lobi pada Crew Olimpic 2001.

Semangat cintakan kerja bersama Mc Donald's membuatkan En Azhar telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus dalam masa yang singkat. Apa yang ditunjukkan oleh En Azhar ini sungguh memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Ingat tu moto "Usaha Tangga Kejayaan",,, sesiapa sahaja mampu menggapai kejayaan jika ada kesungguhan. Jangan mudah mengalah. 

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Mc Donald's Malaysia, En Azhar dan krew Mc Donald's Meru Raya kerana menaja makan tengahari dan memberi layanan yang sangat istimewa untuk kami semua!

Website

Instagram

 

5 comments:

  1. good one. semoga memberi inspirasi kepada yang lain juga

    ReplyDelete
  2. lama dah tu encik azhar berkerja dalam mcdonals semoga memberi inpirasi kepada adik2 yang ingin berkerja dekat MCD hihihi

    ReplyDelete
  3. Usaha tak terhenti sampai SPM je, asalkan rajin usaha dan sabar mesti ada hasil kan kak..

    ReplyDelete
  4. tabik dengan semangat muda en.azhar nihh..dan paling best dapat masuk dapur diaorang...hhi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.