Mahu kan Bodah Asal Berkahlak atau Bijak Tidak Berakhlak

Mahu kan Bodah Asal Berkahlak atau Bijak Tidak Berakhlak / Allhamdulillah, Salam Sabtu dan hujung minggu. Ungkapan yang selalu dipanjangkan dan keduanya sudah tentu ada yang tidak bersetuju dengan pilihan ini kerana mahukan kedua-duanya selari antara bijak dan akhlak. Namun, seringkali ada juga yang menyatakan pilihan satu sahaja dengan menyatakan "Biarlah bodoh, asalkan baik, asalkan beradab dan berakhlak"

Kerap bukan, kita mendengar ada umat islam yang berkata sedemikian? Seolah olah merasa selesa dengan kebodohan diri. Sebenarnya ini satu falasi yang cukup bahaya bagi seorang muslim kerana mana mungkin Allah menginginkan manusia dalam keadaan bodoh lalu terus menerus merasa selesa dengan kebodohan tersebut.


 


Beradab dan Berakhlak
Beradab dan berakhlak di dalam kehidupan ini menuntut kepada ilmu pengetahuan. Jadi bagaimana seseorang yang mengakui bodoh itu ingin menjadi seorang yang beradab dan berakhlak?

Bukankah sebenarnya mengakui diri "biarlah bodoh asalkan beradab dan berakhlak" itu adalah satu pengistiharan diri sebagai seorang yang "selesa menjadi orang bodoh tetapi ingin dimuliakan oleh manusia"? Ataupun bertujuan untuk berlepas diri daripada sebarang hukum hakam di dalam agama? Atau juga bertujuan untuk mempertahankan kesalahan diri?

Ketahuilah bahawasanya islam sentiasa menitikberatkan umatnya agar istiqomah mendalami ilmu. Bodoh adalah merupakan sebahagian daripada sikap tercela yang wajib dijauhi dan hanya mampu diubati dengan ilmu. 

Justeru, umat ISlam harus bijak dalam semua hal, seperti mana daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,  

“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 

Jangan berputus asa apabila gagal dalam setu-satu jalan menuntut ilmu. Kadang-kala Allah akan kurniaan pada masa tertentu dan harus lah bersabar dalam menuntut ilmu. 



Iqra'

"Iqra'" merupakan wahyu pertama yang turun kepada Nabi SAW adalah bukti bahawa betapa pentingnya membaca (untuk meraih ilmu) di dalam kehidupan kita. Pastinya hendak berjaya di dunia mahupun di akhirat sangat memerlukan ilmu pengetahuan.

Hidup dizaman serba modan seperti hari ini lebih lebih lagi ilmu itu perlu dicari, dipelajari dan diamalkan. Jika tidak, senang senanglah musuh musuh islam memperbodohkan kita (umat islam) untuk menjalankan agenda agenda jahat mereka.


Fitnah Akhir Zaman
Tidakkah kalian merasai betapa susahnya kita berhadapan dengan pelbagai fitnah di akhir zaman ini? Bayangkan sekiranya kita tidak ada ilmu lalu selesa dengan kebodohan, bagaimanakah kita hendak selamat daripada fitnah fitnah tersebut? Terpelihara dan terjagakah iman kita?

Maka kerana itu, tuntutlah ilmu. Jauhkanlah diri daripada lembah kebodohan yang membinasakan! Wallahu'alam.


'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.