Kenali Anak Autism Pada Tahap Awal

Kenali Anak Autism Pada Tahap Awal / Allhamdulillah, 30 September yang lalu genap umur Nur Jannah 1 tahun 6 bulan.... Kena injection untuk setahun setengah pada 4 Oktober yang lalu.... Perkembangannya pada usia kini, baru boleh bercakap dua suku kata, bergurau senda, merajuk, main sorok-sorok, kekeke.... yang ni lawak Nur Jannah, bila dia man sorok-sorok dengan kakak-kakaknya... aduiiih.... tapi ada yang paling mama dia geram bila dia suka cubit mama dan kak ngah.... hehehe


Kenali Anak Autism Pada Tahap Awal

Dalam usia sebegini, misi menerangkan ciri-ciri tentang anak-anak autism atau Autism Spectrum Disorder (ASD). Autism adalah gangguan saraf yanga kan mendatangkan kesukaran kepada tahap komunikasi, menjalankan aktiviti sosial dan masalah terhadap tingkah laku.

Ada anak-anak boleh dikesan pada usia seawal setahun, cuma sama ada ibu bapa peka atau tidak dengan anak-anak ini. Biasanya anak-anak autism ini fiziklnya sama seperti anak-anak norma. Ini juga menyebabkan ibu bapa yang kurang mempunyai info tidak mampu mengesan anaka-anak autism pada tahap awal.



Simpton Awal

  1. Tidak menunjukkan eye contact
  2. Akan terjaga pada malam hari dan bermain, hampir subuh atau selepas subuh baru tidur semula.
  3. Lambat bertutur
  4. Melakukan perkara sama yang berulan
  5. Hyperactive


Terdapat 3 Kategori Autism
  1. Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  2. Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  3. Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
Banyak lagi sebenarnya bila dibaca simpton awal anak atisme ni.. Fuhh risau gak saya, bila dibaca dan match dengan perangai Nur Jannah ni macam sama.... Ada anak autism ni suka jalan jinjit,,, sama gak dengan Nur Jannah ni suka jalan jinjit.... 


Aksi Nur Jannah
  1. Pada tahap ini Nur Jannah kalau sebut dia hanya sebut:
  2. Mama (penuh)
  3. Ngah (kak ngah)
  4. Takak (kakak)
  5. Masa awal (umur setahun) bila bercakap dia selalu sebut dedey (daddy) tapi sekarang dia dah tak sebut dedey dia selalu sebut mama.... apa-apa dia buat pun dia sebut mama.... kata kakak, semasa cuti sekolah, Nur Jannah sebut nama "mama" dari pagi sampai petang
  6. Pah (tumpah), peh (pampers), nak, Allah (Allah walaupun masih pelat)
  7. Ada satu ketika dia hantuk kepalanya (ini yang saya risau)
  8. Pantang saya sebut mandi, dia terus nak buka seluar pampers nak pergi mandi
  9. Suka main air, pantang dengan tengok air nak main.... 
  10. Kalau nak minum air dia lebih menunjukkan gaya nak minum ke mulut. 
  11. Suka menari dan menyanyi gaya dia 
  12. Bila saya buka pintu kereta dia terus keluar rumah naik dalam kereta. Yang cepat betul, tetiba dia ada dalam kereta....
  13. Bila disuruh dia tahu mengikut arahan, seperti ambil tuala... Dia la yang selalu tukang ambil tuala kalau kak ngahnya mandi dan cari botol susu. Dia tahu dan ingat kat mana dia letak botol susunya. 
  14. Belum sempat kak ngah ambil baju sekolah, dia dah tolong ambilkan kat kak ngah.
  15. Suka menggigit. Kak ngah selalu jadi mangsa. Bila dia gigit saya, saya cakap sakit, then dia gigit tangan dia sendiri. 
  16. Dia suka bergaul, suka tengok baby.... Kalau tengok baby, dia akan sebut "baby"
  17. Nak makan sendiri dan nak minum sendiri.
  18. Yang ni saya pening! Bila dia nak minum dalam botol airnya, saya buka penutup, dia minum, then dia tutup. lepas tutup., dia suruh saya buka lagi, dia minum dia tutup, then dia suruh saya buka lagi.... memang berulang kali saya kena buat step yang sama..... kalau saya tak buat dia meragam... bila buat dia suka....
  19. Pakai pakaian sendiri, dan sepahkan pakaian.... yang ni keje dia. Suka pakai baju seluar berlapis.....
  20. Bila nak makan, dia akan bawa bekas pada saya,,,
  21. Suka dengan kipas, selalu duk main dengan kipas..... dengan buat suara "aaaaaa".....
  22. Bila orang pandang dia, dia akan diam dan tundukkan kepala....
  23. Takut hujan, lori.... ini sebab kak ngah dan kakaknya takut hujan dan lori masa kecil diorang ajak adiknya supaya takut hujan dan lori serta bunyian kuat, kilat dan sebagainya. 
  24. Marah kalau kak ngah duduk di atas saya.
  25. Selalu buli kak ngah, dia tarik rambut dan baju kak ngah kalau kak ngah tak mengalah dia akan gigit kak ngah....
  26. Bila dengar azan dia akan menguatkan suara meniru azan
  27. Suka bermain dengan kak ngah, dia akan suruh dan bagi bahasa isyarat supaya kak ngah ikut duduk bersamanya. 
  28. Dia akan menarik tangan dan baju kak ngah ikut dia ke dapur.
  29. Dia akan bawa botol susunya suruh kakak buat susu....
  30. Nak minum susu, jika dia tidur dan terjaga nak susu, dia suka goncang dulu botolnya check susu ada ke tak....
  31. Dah dapat pensil, pen dan buku dia akan meniarap menulis. Kadang-kadang guna tangan kiri, kadang-kadang guna tangan kanan.
  32. Kalau kak ngah cubitnya dia akan menunjukkan pada saya. 
  33. Kalau kak ngah buat-buat pukul dia, dia terus terkam kak ngah.
  34. akan sebut dirinya dengan "nannah"....
  35. Suka meletakkan pengepit pakaian di badan sendiri, seperti jari, bila sakit dia suruh saya buang, dan kemudia dia gigit pengepit baju masukkan semula jarinya dengan berulang kali...

Ini adalah antara aksi Nur Jannah pada usianya 1 tahun 6 bulan.... Semoga dia sentiasa sihat. Apa pendapat anda tentang anak autism dan cara mengenali anak autism boleh kongsikan bersama saya?

Terima kasih. 



4 comments:

  1. sha baru tau serba sedikit pasal autism bila akak share ni

    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  2. baru tahu pasal ni.. bertabah ya akak. smoga perkongsian ni dpt bantu

    ReplyDelete
  3. Anak sulung Safiena dulu pernah juga doktor pakar suspect dia autism. Dia berjalan tiptoes, speech delay, hyperactive tetapi tidak mengalami kesukaran untuk tidur malam. Syukur sekarang dia dah nak masuk 5tahun sudah pandai bertutur sikit dalam Bahasa Inggeris. Dia minat sangat main puzzle. Tak sampai setengah jam dia sudah dapat menyelesaikan puzzle tu. Thank you for sharing sis. Safiena add link blog sis ya.

    Jemput singgah blog : https://safienatidlywinkle.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.