Jika Kamu Boleh Hidup Macam Ni Teruskan

Jika Kamu Boleh Hidup Macam Ni Teruskan / Allhamdulillah, Salam Jumaat penuh barakah. Saya berpagi hari bersama anak-anak dan suami masuk UUM walaupun hari minggu, hari ni seperti biasa kakak Amani ada latihan golf. Dan saya meneruskan study saya di library. Allhamdulillah lepas breakfast masuk je bilik study adik Nur Jannah tidur.


Berbalik pada tajuk, jika kamu boleh hidup macam ni teruskan..... Sahabat menyatakan itu kepada saya! Saya berfikir panjang dan dalam beberapa hari saya mendapat jawapannya.

Ada yang memandang kekurangan dalam hidup seseorang itu satu dugaan yang besar. Namun, bagi si pemilik keadaan, tiada apa yang kurangnya dalam hidup mereka. Ada suami / isteri, dan juga ada anak. Walaupun kekurangan tersebut dilihat daripada aspek meterial seperti hanya dapat setahun sekali membeli pakaian baharu, dan sebagainaya. Itu bukan masalah bagi mereka, kerana mereka punya kesihatan yang baik. Pandapatan mereka mungkin kurang nak dibandingkan orang lain, namun mereka ada bersyukur dengan apa yang ada.

Allhamdulillah masih cukup dengan rezeki makan walaupun kecil kurus anak saya, tapi saya bersyukur mereka tiada sebarang masalah penyakit.... terima kasih Ya Rabb


Tak cukup ke apa yang ada pada saya sedangkan saya sendiri saya 'no hal' semua cukup..... kerana saya tahu Allah itu Al Muqit Yang Maha Mencukupkan.... kita dijadikan Allah swt, dengan takdir sejak azali 4 bulan 10 hari Allah swt dah tetapkan rezeki kita, apa lagi yang tidak cukup??? Semua itu dah cukup apa yang tak cukup ilmu taqwa kita kepada Allah dan tugas kita kepada ummah....

Untuk jawapan di atas, saya kongsikan kisah di bawah ini sebagai panduan.

*DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTRI TERCINTA RASULULLAH*


Siti Khadijah adalah istri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

PERMINTAAN TERAKHIR SITI KHATIJAH KEPADA RASULULLAH SAW

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,

Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu.

Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan sorbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.

Mendengar itu Rasulullah berkata,

Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di surga.

Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya istri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu.


KAIN KAFAN DARI ALLAH


Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapa sajakah kain kafan itu, ya Jibril?

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?

Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibantai dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

Wahai Khadijah istriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan istri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

"Semua hartamu kau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu".

"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar sorban?

Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.

Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang bisa digunakan untuk menutupi jasad Khadijah.

Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah sangat kumuh dengan 83 tambalan diantaranya dengan kulit kayu.

Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.

Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?

Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!

PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP




Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,

Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.

Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makananpun tak punya. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan istrinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah seusai pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah.

Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.

Wahai Khadijah Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad? tanya Rasulullah dengan lembut.

Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.

Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.



"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyebrangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jembatan.

"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. Jadikanlah sebagai jembatan untuk engkau menyebrangi sungai itu supaya engkau bisa berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.


KONKLUSI
Apa lagi yang kita nak, nak rumah besar, pangkat, harta kekayaan, kereta besar.... semua metarial dunia Allah akan bahagi kalau kita usaha! pagi petang siang malam bekerja target nak dapat kereta besar dan rumah besar, InsyaaAllah Allah akan berikan, namun cukupkah itu memberi kepuasan untuk nafsu???

Ingatlah nafsu tidak mampu dipuaskan!

Rentetan kisa saidina Khatijah, adakah mampu kita sebagai wanita Muslimah menjadi sepertinya? dan akah mahu kita sebagai wanita Muslimah mahu menjadi sepertinya?

Saya tinggalkan kedua persoalan ini buat semua dan diri saya sendiri!


4 comments:

  1. Allahu...sangat terkesan..sangat-sangat kak..moga Allah jauhkan kita dari rasa kufur....kufur nikmat.

    ReplyDelete
  2. Sebak baca sirah Saidatina Khadijah tu kak. Kita ni dah cukup semua serba serbi masih tak bersyukur. Mengeluh lagi. Sering bandingkan dgn org lain. Tp amal tahap tu je juga ;(

    ReplyDelete
  3. Nafsu memang tidak pernah puas.. Sebagai manusia biasa ni kadang alpa dan kurang bersyukur.. Teringat pesan ustaz Ebit Lew, nak bahagia bukan pada sesuatu.. Orang yang bahagia ialah orang yang bersyukur

    ReplyDelete

Powered by Blogger.