Sabar Dengan Ketentuan Allah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Sabar Dengan Ketentuan Allah / Allhamdulillah, syukur padaNya jua. Yang baik ke yang buruk ke tetap kena syukur dan redha.... Dah lama saya tak mencuci pinggang mangkuk kat dalam tandas.... Rasanya dah hampir setahun setengah kalau tak silap! Sebelum ni memang duk guna kat toilet la, sebab masalah singki, tank kat dapur tu penuh.... Then dengan usaha En Daddy dia buat saluran baharu tuk air singki keluar. Allhamdulillah settle masalah.



Hujung minggu lepas, dia buat hal lak.... Air kat singki lak keluar slow. Sebelum ni memang slow, saya tukar paip bahru ok skit. Then kalau slow pun ada masa juga sebab air singki kat dapur guna air direct. Kalau ada yang buka paip kat tangga depan rumah mesti ia akan slow skit. Ni, tak de lak yang buka paip depan tapi airnya slow juga.... Kat rumah belakang elok je air singkinya....

Memang kat taman saya masalah air slow, banyak rumah guna enjin tuk pam air... Saya lak tak mampu nak beli enjin tuk walaupun beberapa ratus.... Tak apa, la tuk masak dan cuci pinggang je kan... So, back to rutin lama la, terpaksa la saya mengangkuk pinggang alatan dapur cuci kat toilet.... Kelmarin, semalam masak, kat situ la saya mencuci.... 


Tak apa la nak buat camana? dah rezeki saya cam tu... Hari pertama kena tu, saya memang la marah juga sebab masalah air ni susah nak masak.... Dah lepas tu, tarik nafas panjang-panjang, istigfar, berserah je la apa yang ada..... 

Tak tahu la apa masalah, dah check paipnya takut tersumbat ke apa, ok sahaja. Tak ade lak kebocoran, karat ke apa benda hal. erm.... itu la, tak berat mana pun dari mereka kat luar tu tak ada air dan sebaginyakan.... 

Benda Kecil Tak kan Tak boleh Sabar 
Ye la kan, apa la sangat! kata nak kurus, ok la tu lepas je masak, makan, angkut jer alatan semua masuk toileh, cuci, then angkat semula keluar p susun... hehehe.... dah makan kenyang bagus la excersise lak... tak gituh.... dah aturan Allah tu sangat hebat dan bagus sangat nak stabilize semulakan kalori yang dah diambil.... 

Apa la sangat tu sheila.....

Allhamdulillah.....



'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.