Rumah Tetamu di UKM

Rumah Tetamu di UKM / Allhamdulillah. Jika anda ke UKM, jangan risau setiap kolej kediaman di sana mempunyai unit rumah tamu untuk pengunjung luar. Dengan harga yang rendah yang ditawarkan anda mampu tinggal di sana dengan keadaan yang selesa. 


Seperti unit kediaman di dalam gambar ini, adalah RM50 semalaman untuk 1 bilik air dan 1 tandas. Manakala, bagi 2 bilik air dan 1 tandas adalah RM80. Jangan risau semua unit dilengkapi penghawa dingin pada setiap bilik.


Pandangan luar melalui tingkap bilik


Koridor luar, juga disediakan televisyen dan juga peti ais. 


meja makan disediakan


Pandangan dari luar.
Oh ya, tamu tamu yang saya tunjukkan ini adalah rumah tamu di kolej penginapan Aminuddin Baki.


Untuk membuat tempahan, anda disarankan untuk menelefon terlebih dahulu seminggu atau 2 minggu awal ini adalah kerana unit yang disediakan adalah terhad. 

Baca :  Homestay di USM

Waktu berurusan adalah:
Isnin-Khamis. 7.30 pagi - 1.00 petang dan 2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat. 7.30 pagi - 12.00 tengahari dan 2.45 petang - 5.00 petang

Tutup: Sabtu / Ahad / Cuti umum (kecuali yang telah membuat tempahan)
Daftar masuk : (Isnin-Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang)
Daftar keluar : Sebelum 12.30 tengahari


Untuk tempahan dan pertanyaan:
Pejabat Rumah Tetamu UKM UPP
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-8921.3114

5 comments:

  1. Wah, murah betul harga penginapan kat situ...

    ReplyDelete
  2. tak tahu pulak ada rumah penginapan..

    ReplyDelete
  3. Murah harganya ni, elok untuk penginapan sementara..

    ReplyDelete
  4. TQ for sharing this! Boleh share kat kawan2 ni :)

    ReplyDelete
  5. menarik nii..thanks for sharing

    ReplyDelete

Powered by Blogger.