Kek Batik Syawal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kek Batik Syawal / Salah satu fav anak-anak kek batik. Sangat senang nak buat tapi saya ni masa sangat mencemburui.... hahaha... alasan la kan... Petang kelmarin balik kerja awal, biasa la Khamis balik cepat, saya duk kalut dengan adik Nur Jannah sempat la saya bersilat kat dapur kejap. Sebab kak ngah dan kakak tengah main, malas saya nak bagi mereka berdua menyibuk kat dapur, leka diorang duk main terus saya buat.

Lepas Chef Kakak, masak puding roti, mama pula tunjuk skill tak seberapa ni.... hehehe



Kek Batik ni memang la senang sangatkan....

Bahan-bahan
Biskut Marie
Mentega
Milo
Serbuk koko
Susu Pekat



Cara-cara
Masukkan mentega cairkan dalam periuk atau kuali. Mana yang selesa anda guna.... Saya guna pan. Masukkan milo... Saya tak letak berapa banyak tau sebab saya main agak dan rasa bila masak kat atas api tu, Masukkan susu pekat, secubit garam dan serbuk koko.... Kacau sebati, akhirnya masukkan biskut marie yang dipatah-patahkan... Saya guna 1 paket biskut marie. Dah gaul sebati kat atas api, boleh la angkat dan masuk dalam bekas dengan mampatkan di dalam acuan anda.... Siap! Sejukkan dalam peti ais.

Uols ada tips atau cadangan nak meriasikan kek batik boleh la kongsi dengan saya?


'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.