Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 / Karnival Pendidikan Tinggi Negara atau KPTN sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar SPM dan STPM yang berhasrat untuk menyambung pengajian tinggi mereka melalui permohonan UPU online. Berikut dikongsikan tarikh dan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN) yang bakal diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia.

Tujuan utama Karnival Jom Masuk U ini ialah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej yang menyertai pameran pendidikan tersebut. Semasa karnival itu anda boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran.


Pelajar adalah disarankan untuk datang ke KPTN di lokasi berhampiran dengan tepat tinggal anda. Ianya akan memudahkan anda membuat keputusan yang tepat semasa melanjutkan pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Para pelajar juga digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang mendapat tawaran.

Lokasi karnival pendidikan tinggi negara pada tahun ini seperti di bawah:

klik untuk besarkan gambar

  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa : 800 pagi hingga 500 petang



3 comments:

  1. sekarang Karnival pengajian tinggi ni berlangsung di Perlis

    ReplyDelete
  2. Karnival sebegini sangat baik kepada adik-adik yang tercari-cari arah untuk melanjutkan pengajian.

    ReplyDelete
  3. Menarik karnival macam ni untuk lepasan stpm ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.