SURAT CINTA BUAT NABI AHMAD

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



SURAT CINTA BUAT NABI AHMAD / Allhamdulillah.... Salam sayang buat semua. 

Kehadiran Nabi Akhir Zaman yang digelar dengan nama Ahmad, amat dinantikan oleh generasi terdahulu. Mereka teruja dengan kemunculan Nabi yang akan menyempurnakan ajaran Islam, sekaligus mengakhiri legasi para Nabi & Rasul.

⚫️ Raja Tubba' Yang Beriman.

Di dalam surah al-Dukhan ayat 37, Allah mengemukakan contoh kaum Tubba' sebagai golongan yang telah dibinasakan kerana keingkaran mereka. Tubba' merupakan gelaran bagi raja di Yaman. Namun begitu, Nabi telah memperincikan bahawa sebenarnya ada generasi Tubba' yang beriman. Sabdanya:

"Jangan kamu cerca Tubba', maka seseungguhnya dia beriman" - hr Tabarani.

⚫️ Penemuan Bai'ah.

Imam al-Qurtubi menceritakan melalui riwayat al-Zajjaj, Ibnu Abi Dunia dan Zamakhsyari, bahawa telah ditemukan catatan bai'ah bertinta emas di atas plat perak milik kerabat Raja Tubba' pertama. Dikatakan catatan tersebut berusia seribu tahun sebelum munculnya Nabi Muhammad.

⚫️ Bai'ah Bertinta Emas.

"Maka sesungguhnya aku telah beriman denganmu dan beriman dengan kitab yang diturunkan ke atasmu. Dan aku bersama agamamu dan sunnahmu. Aku beriman dengan Tuhanmu, Tuhan bagi segala sesuatu. Aku beriman dengan segala Syariat Islam yang ditetapkan oleh Tuhanmu. Maka jika aku sempat bersamamu, sudah pasti ia nikmat teragung untukku. Namun jika aku tidak sempat bertemu denganmu, maka sudilah memberi syafaat untukku. Janganlah lupakan diriku di hari kiamat kelak. Maka sesungguhnya akulah umatmu yang awal, aku telah berbai'ah denganmu walaupun sebelum kedatanganmu. Aku bersama dengan agamamu dan agama bapamu Ibrahim"

⚫️ Format Menyayangi Nabi.

Dari catatan emas Raja Tubba', kita telah diajar bagaimana mengasihi Nabi dengan sebenar-benar kasih.

• Beriman dengan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi.
• Setia dengan keseluruhan ajaran Islam & sunnah Nabi.
• Menerima segala syariat Islam tanpa bersikap selektif.
• Walaupun tidak sempat bertemu dengan Nabi, mereka menzahirkan keseriusan mendukung ajaran Nabi.
• Mengaku sebagai umat Nabi dengan bai'ah, berjanji setia menjadi pembela kepada ajaran Islam.
• Menyedari hubungan Nabi dan kita berpanjangan hingga hari kiamat. Justeru sementara di dunia, hiduplah kita dengan hidup Islam. Agar di akhirat kita layak digolongkan bersama pendukung Nabi.



⚫️ Jangan Sekadar Gimik.

Mengasihi Nabi mestilah dilangsungkan dengan pembuktian hidup dan mati untuk Islam. Ramai orang yang menumpukan artifak peninggalan-peninggalan sejarah Nabi seperti pakaian dan pedang.

Hingga kita terlupa, di hadapan mata kita ada al-Quran. Itulah seagung-agung pusaka Nabi yang perlu diamal dan diperjuangkan. Bahkan setiap hari kita mendengar umat Islam ditindas. Sedangkan mereka adalah umat kesayangan Nabi.

Hakikatnya untuk menjadi umat Nabi yang sebenar-benar umat, tidaklah terlalu mudah dengan alunan syair kasih semata-mata. Bahkan ia perlu dibuktikan dengan jihad dan pengorbanan.

Perkongsian daripada:
Abdul Mu'izz Muhammad
20 November 2017.





8 comments:

  1. salam SI. lama tak jenguk blog SI, rindu pula nak bw kat sini.
    thanks dgn perkongsian entry ni, dapat mrs pip menimba sedikit pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. Setuju tu, thanks for sharing.. semoga pengisian macam ni pun dapat perbaiki apa yang patut 😊

    ReplyDelete
  3. tq kak sheila, sharing penuh manfaat. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  4. deep. memang kebanyakkannya semata mata umat. hmm

    ReplyDelete

Powered by Blogger.