Menjamu Selera Dengan McD

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Menjamu Selera Dengan McD // Allhamdulillah, rasanya ini kali pertama bagi tahun ni kami ke McD... Tahun lepas pun kami tak jengah ke restoran makanan segera ni. Dah lama sangat rasanya! erm... kesian anak-anak, rezeki semua Allah yang tentukan. Sedikit atau banyak rezeki ada juga makanan tiap hari yang kita makan walupun cuma nasi kosong. Dah lama tak makan McD, dengan izinNya kami ke sini bulan lepas. McD Kangar menjadi pilihan kami. Kalau nak pergi Alor Setar jauh sangat! Hanya dua pilihan sahaja yang ada sama ada di Kangar atau Alor Star. Tak tahu pun apa promosi McD sekarang ni. Saya cuma ambil coffee dan chicken Mc Duluxe. 


Bila menikmati coffee ni sedap juga. Allhamdulillah, walaupun apa yang diperkatakan terhadap produk makanan segera McD ini, saya hanya mampu berdoa agar apa yang dimakan halal dan hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Dek sos cili McD ni lah yang Nur Jannah makan kecut perut dibuatnya saya!


Mengimbas kenangan lama, pernah saya bekerja part time di McD ni suatu masa dahulu. Part time kerja saya bermula daripada pukul 10 malam sehingga 7 pagi di restoran McD highway NKVE Kelana Jaya. Kalau anda melalui highway tersebut ada stesen minyak Petronas, Shell di situ. Di stesen minyak petronas ada restoran McD 24 jam. Bila waktu pagi seorang pekerja wanita selalu berhenti di sana beli sarapan. Katanya dia melalui highway itu setiap hari untuk ke Tanjung Malim kerja di sana. Sebelum Subuh dah turun dari rumah. Erm.... walaupun jauhnya dia tinggal semangat cekal tetap diteruskan demi mencari rezeki. 




Harga burger pun dah semakin mahal sekarang ni. Kalau dulu satu set RM10 kini dah mencecah belasan ringgit. Berpada bagi saya sekeluarga untuk menjamu selera dengan makanan segera ini selalu. Setahun sekali sangat berbaloi bagi kami. 


Sorang satu beli empat set tapi tak habis pun makan. Siap tapau bawa balik rumah masuk peti ais. Esok pun boleh makan lagi. 


Terima kasih Ya Rabb meminjamkan rezeki yang tidak kekal ini kepada kami. Dengan lafaz bismillah dan doa Mu kami mulakan. 

Allhamdulillah. 




10 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi selasa
    sejuknya hujan pagi nie

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak. Hujan2 pulak layan ayam goreng panas2 burger lagi pehhhh

    ReplyDelete
  3. Salam singgah..sekali sekala layan MCD ni best gak..saya kalau ke MCD ni, paling suka mc flurry dia...yummy...

    ReplyDelete
  4. Kalau sy g Mcd pun sllunya beli aiskrim dia yg chocotop tu tak pun McFlurry.
    ayam & burger jarang2.

    ReplyDelete
  5. Saya paling suka McFlurry. Asal ais krim je suka. haha

    ReplyDelete
  6. Saya suk McCafe Chocolate je kalau gi mcD

    ReplyDelete
  7. kakak kalau lepak mcdonalds, samada makan ayam goreng spicy dia ataupun spicy chicken mc deluxe.. hee~

    ReplyDelete
  8. Masa kerja kat Klang, kerap juga makan McD sebab tempat kerja sebelah McD. Tempat makan lain jauh. Terseksa poket...

    ReplyDelete
  9. best ayam MCD jika dibandingkan dengan kepci..kepci kulit tebal.Hahaha..ops! kiciwa. kalo dtg MCD,mesti akan berhabis RM 70 ehehehehe..byk yg menggudaa..Aiskrim sundae stroberi tuu.. nyumnyum.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.