Walker Untuk Nur Jannah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... walker untuk Nur Jannah.... saya beli dengan Lazada harga RM59 icl pos RM65.xx. Boleh la Jannah. Walker kakak-kakaknya dulu dah rosak. Ye la dah 9 tahun lamanya. Itu pun saya beli dengan rakan pejabat RM50 sahaja. Bila saya survey benda yang sama di lain page harganya lebih mahal dari LAZADA. 


Dengan membuat kepautusan yang baik, saya order juga dengan LAZADA hari Khamis lalu, hari Jumaat mereka pos. Kelmarin sampai di pejabat saya! Untuk Nur Jannah yang sudah boleh duduk dan mahu berdiri, terpaksa jua mama belikan kerana rezeki Allah bagi untuk mu anak! Terima kasih Allah Ya Razzaq Yang Maha Memberi Rezeki. 

Sebenarnya kat LAZADA pelbagai walker yang dapat anda pilih. Bagi saya yang hanya berkempuan sebegini saya hanya mampu membeli walker green duck tuk anak saya. Bak saya kata tepuk dada seluk poket... hahaha.... berapa yang saya ada itu la yang saya mampu. Ini pun cukup bersyukur, dengan apa kurniaan dan pinjamanNya. 

Saya selesa mencari di LAZADA kerana pelbagai harga yang ditawarkan. Saya mampu memilih dari satu ke satu item yang ditawarnya. Selain itu, dengan penjelasan serta keterangan yang banyak tentang produk yang mahu saya dapatkan membuatkan saya selesa dan percaya. Ditambah pula dengan pendapat pelanggang dan pertanyaan pelanggang terhadap sesuatu produk membuatkan saya boleh menilai barangan yang dikehendaki. 

Oleh itu buatlah pilihan yang terbaik. Apapun tuk baby saya semoga cepat membesar dan juga cepat sembuh wahai anak! 


Allhamdulillah.


4 comments:

  1. comelnya walker tu! confirm jannah happy main dengan walker baru dia :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... ada rezeki untuk anak.Cntik walker tu.. ina tak pernah lagi membeli barangan baby dalam lazada.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.