Nur Jannah 1 1st Banana Puri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, kelmarin balik dari kerja saya beli buah labu. Berhenti jer kat kedai basah sepan sekolah kakak, sambil nak tunggu kakak keluar pukul 6 saya dan kak ngah melilaukan mata di kedai basah tu. Kak ngah, belum turun dari kereta dah choppp nak beli aiskrim. Terpaksa terjah peti aiskrim dulu kalau tak bising bingit jadinya. 

Daripda tak tahu nak beli apa, nampak buah labu yang 1 per 4 telah dipotong, saya tanya untuk dijual kena potong ye? erm... macam ni ok juga, nak setakat mana yang kita nak. Jadi saya ambil pisau lau memotongnya juga 1 per 4. Ada barang lain lagi saya ambil. Siap, kira, settle. Masuk kereta, buat pusingan ambil turn beratur sama kereta lain sambil membeliakkan mata mengongok kakak. Allhamdulillah, dia nampak saya, terus saya berhenti dia naik. Bila mata saya duk melilau cari bayang kakak, saya selalu zikir,
"Ya Zohir Yang Maha Menampakkan, nampakkan aku kepada anakku dan nampakkan anakku kepada ku"
Sampai rumah. Daddy masak nasi. Nur Jannah dah bangun dari tidur. Mama bagi daddy cheese cake dari Manager Coffee. Then siap daddy masak kami makan sama. Semua dah siap mandi. Tunggu nak maghrib sahaja. Lepes tu mama memulakan lah buat puri tuk Jannah, Ada labu ada pisang. Pisang lebihan daripada bagi kat kawan-kawan kak ngah.

Puri Pisang
Memula buat dengan penuh excited. Maka bermulalah masak dengan penuh rasa keterujaan. MAsuk pisang dalam pan, tuang sikit air masak. Rebus... yuhuuuu.... bermulalah acara masak memasak makanan baby yang dah 5 tahun saya tinggalkan, sehinggalah dah lupa apa jenis makanan nak buat. hukhuk...


Bila dah lembik, terus saya angkat bagi sejuk kejap dan blendkan ia.... Dah blend... taraaa. Siap! Seronoknya. kakak dengan kak ngah pun sama seronok la nak bagi adik makan... 


Bila dah keseronokan itu melebihi segalanya, masing-masing nak cuba rasa dan tengok, sambil kakak pula mendukung baby Jannah yang aktif mendekati makanannya,,,,, 

taraaaaa

v
v
v
v
v

tertiarap jatuh dilantai dicapainya dek tangan baby Nur Jannah


maka mak dia ni! dah tak tahu nak buat muka macamana.... dengan relexnya mak pun duduk di kerusi meja makan menikmati keropok goreng yang daddy sediakan...


Daddynya entah hilang kat mana lepas manghrib selalu hilang dulu sebelum pergi surau solat Isyak.... uhhh sedap juga keropok ni.... biar la mak dia ni relex dan bertenang. Istigfar!!! Zikir banyak-banyak sebelum memulakannya semula....

Dengan lafaz bismillah, terus ambil pisang yang ada lagi dua, kupas kulit, potong, masuk dalam pan semula letak atas api....


masuk air, rebuskan ia


bila dah lembek, blendkan ia menjadi hancur, biar betuk-betuk hancur


Siap!


Saya campurkan dengan susu.... Ada lagi lebih tuang dalam bekas, tuk frozenkan ia...
Allhamdulillah...


Dengan gelojoh Nur Jannah makan, saya gelak jer.... Kakak dan kak ngah pun gelak... Yeahhhh dapat makan....


"Saya dah kenyang", senang hati senyum melebar! 
Perasan tak pisang pertama yang dalam pan dengan pisang kedua kali masak dalam pan tu. Yang mula-mula tu pisang berselerakan tak potong saya main belasah ke sebabnya keterujaan terlebih dan kurang zikir. Kat sini saya nak bagitahu, bila saya masak yang pertama tu, nafsu melebihi zikir.

Bila yang kedua kalinya, saya lebih tenang dan lebih zikir secara automatik kerja pun teratur. Pisang pun saya potong elok saja bila nak rebus tu. Ermmm... begini lah hidup kita, bila nafsu menguasai hati, parah jadinya.

Allhamdulillah.... terima kasih Ya Rabb

ps: terima kasih sahabat yang bagi ideatuk saya sediakan 1st solid food

3 comments:

  1. Nampak sedap pulak banana puri tue, hihi nanti nak try la pada anak sedara saya nanti.. Tahniah kak Sheila kerana tersenarai dalam Top Commentor jurnal saya dan bakal menerima sikit saguhati dari saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/10/top-commentor-september-oktober-2017.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.