Hari Lahir Kak Ngah Menikmati Cheese Cake di Manager Coffee

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah. Salam Ahad, Salam hujung minggu. Ahad pertama minggu berkerja. Sepagi yang sangat penat! Masuk ofis awal lagi hari ni 7.30, selepas hantar kakak dan kak ngah ke sekolah dan tadika. Saya ke pusat sukan jogging.

Tengahari ambil kak ngah kat tadika lak. Sempena hari lahir kak ngah saya bawa dia makan kat Manager Coffee UUM, dia nak makan kek lagi. Mesti tak puas makan kek kelmarin, di SINI. 


Ikut saya la ni suka makan kek. Dua kek yang kami nikmati iaitu snow cheese cake dan cheese cake biasa. Snow cheese cake RM8 bagi 1 slice.


Manakala, bagi cheese cake RM10 bagi 1 slice. Walau apa pun komen dari hati saya, dua-dua cheese cake ni tak dapat memberi kepuasan pada selera saya. Keknya keras sikit. 


Tadi, tak habis saya makan kek ni tapau bawa balik bagi daddy la. Daddy pun penggemar cheese cake juga.

Sama sahaja kek SR yang saya makan kelmarin saya rasa cheese cakenya tak fresh keras sikit tapi kat SR 1 slice RM8.80. Daddy cakap kat SR Changlun seminggu hanya 1 kek marble cheese sahaja dibekalkan. Kalau habis tak tak ada replacement. Kalau tak habis akan forward la minggu seterusnya. Sebab ini juga membezakan cheese cake lazat atau tidak, lembut atau keras. Mungkin la, ini cuma pendapat saya yang dangkal tentang kek yang hanya tahu makan tak tahu buat. Kalau silap mohon dimaafkan. Dengan harga yang tinggi 1 slice sebagai pelanggan yang suka makan kek, sudah tentu mahukan kek yang terbaik dengan harga yang ditawarkan. Mungkin taste saya tinggi skit dengan cheese cake ni. 

Cheese cake kat @the_kapits The Kapit's USM di SINI juga menjadi pilihan hati saya. Mungkin kek The Kapit's kek baharu sampai dan selalu sold out. Silih berganti dan bila customer makan pun kek nya masih lembut dan lebih sedap. Semua cheese cake The Kapit's ditawarkan dengan harga RM6.90 bagi 1 slice. Kat dalam UUM ni memang harga standard cheese cake RM8 paling murah. Begitu juga dengan cheese dan kek yang ditawarkan di Richiamo Caffee Raja Ilya UUM.  

carrot cake Richiamo RM10
Pengemar cheese cake, tekak saya masih rasa tak sedap. Kalau kat SR, saya jemu makan kek chocolate indulgence dan saya tak pernah beli kek chocolate indulgence untuk diri sendiri. Kalau orang beli saya makan, tapi dah biasa sangat orang beli saya makan yang tu sahaja, saya mula rasa jemu. 

Tips Makan Cheese Cake
Saya pun tak sedar sejak bila saya jadi penggemar cheese cake ni! Tips nak makan chesee cake tak boleh nak gopoh gapah makan macam cake lain. Kena menikmati sedikit demi sedikit sambil layan coffee. Bila tergopoh gapah makan dengan suapan yang banyak dan besar, anda akan mudah jemu. So, bila nak makan cheese cake kena perlahan-perlahan. Tips ni bagi pengalaman saya la, kalau pengalaman anda mesti lain pula kan... Boleh kongsi dengan saya....

Kak ngah ni jenis tak duk diam juga! Biasala budak-budak. Kalau ada orang memang dia pemalu teramat. Bila tak ada orang kenal haish.... lompat sana sini. Syukurpengurusan UUM the best sangat faham,

staf dan keluarga berpisah tiada, UUM menyediakan tempat makan dan cafe yang menarik bagi sataf menikmati dengan keluarga serta kepada semua warga UUM dan pengunjung luar

Kalau anda datang ke UUM jemput makan di Manager Coffee di bangunan Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Banyak makanan lain yang lazat-lazat. Antaranya chicken chop RM10.50. Yang ni lak kakak Amani yang suka.


Coffee semestinya tarikan utama di Manager Coffee. Ummmpppp lago lazat! dan saya juga penggemar coffee. 


Kak ngah ni satu dua syarat kalaua nak bawa dia makan, 1) tempat tak ada kucing dan 2) kalau boleh tenpat ada aircond.... Haduihhh.... pening la mama. Tempat tak ada kucing dan ada airond ni tempat mahal la kak ngah..... Sekali sekala je mama mampun! kalau tak mampu tempat ada kucing juga mama bawa kan..... hehehe....


Memandangkan hari lahir kak ngah pada 29 Sept yang lalu, mama bawakan untuk kak ngah tenpat tak ada kucing dan tempat ada aircond. Bila tengahrai susah betul dia nak makan nasi. Pening juga saya paksa dia nak makan. Ye la berat dia 11 kg umur 5 tahun. Kek, roti, kuih dia suka. Itu la makanan dia!


Bila dah sejuk, macam ni la gayanya. Nak lagi tempat ada aircond lagi kan! Dah selesai makan. Saya terus hantar dia masuk kelas mengaji di Pusat Islam. Settle urus dia setengahri.... Allhamdualillah...


3 comments:

Powered by Blogger.