Arahan Tanda Harga Mesti Betul Supaya Tidak Megelirukan Pembeli

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Arahan Tanda Mesti Betul Supaya Tidak Megelirukan Pembeli / Pagi tadi saya keluar rumah awal ke tempat kerja dalam pukul 7. Settlekan urusan sikit. Sempat saya singgah Seven E nak bayar ASTRO. Saya tengok ada promosi RM1... emmm bagus juga ni boleh beli biskut. Bila dah tengok tanda RM1 saya ambil aje tak fikir panjang la.... dan tak tanya juga.....


Bila scan nak bayar saya tengok harga lain. Dah scan semua.... saya tanya kenapa kat sini harga seringgit? Dah satu meja dia letak tanda RM1, saya ingat kat semua barang kat atas meja tu RM1 la.... ambil 7 item semia RM14.... Saya suruh dia kira semula. Air tin ni RM3.70 satu. RM1 tu kelmarin.... huhuk! dah scan, saya kena bayar juga. Tak terkeluar pula mulut saya ni cakap nak cancel. Tak apa la adik, kena letak instruction betul-betul nanti pe,beli keliru! Saya cakap elok-elok,,, ye la kan pagi-pagi kalau datang costumer cerewet kang spoil lak mood mereka. 


Staf yang nak pulang tukar shif pun ada, muka dia dah masam bila saya tanya dan tanya.... Saya bayar berlalu! dan still kepla duk mengira. Bil tak ambil ke? Saya pergi semula minta bil dan suruh dia kira semula... Rupanya saya ambil mentos. Mentos tu harga RM2.60... Betul la total semua RM14. Yang sebelum ni saya sangkan RM7 sahaja.... jauh beza tu. Tak apa la, nak buat camana. Saya cakap sekali lagi kat adik yang jaga kaunter. Kena tukar tu duk nanti keliru orang nak beli! Ye la mungkin awal sangat 7.15, mereka tak sempat lagi nak tukar item dan tanda harga tu. Apa pun perkara ni saya rasa boleh sahaja tukar di malam tadi. Sebab masuk pukul 12 tengah malam dah masuk hari lain. Dan costumer pun dah akan datang bila-bila masa. Seven E kan 24 jam. Perkara macam ni boleh dielakkan. Waktu tengah malam tak ramai pelanggan dan pekerja yan ada boleh sahaja selesaikan perkara ini..... 

Sekadar pandangan sebagai pelanggan yang perihatin. 

Adioss..... :)


7 comments:

  1. Bukan di 7E saja malah ditempat lain juga harus prihatin pertukaran harga...kat label lain...bila scan nak bayar dikaunter lain...kalau semakin kurang harga tak apa..bila semakin tinggi tu yang sedih...nak pulang malu...nak berdebat belakang dah ramai yang baris...

    ReplyDelete
  2. Kalau ai confirm cancel barang-barang tu. Bukan salah customer kalau jadi macam tu.

    ReplyDelete
  3. Mmg.sengaja nk kelirukan org.kalau customer jenis nak cepat.bayar trus blah. (I lah tu pg2 kelam kabut nk p keje)

    ReplyDelete
  4. di pasaraya selalu jugak jadi mcam ni. ada offer murah tp last2 di kaunter harga sama je. geram ase

    ReplyDelete
  5. saja suka nak kelirukan orang tu. takkan tak paham lagi staff tu yg semalam label tu tangglkanla

    ReplyDelete
  6. Serik bila tengok barang promsi tapi bila scan harga lain.. Selalu shopping tesco ada gak gitu.. Nak kepastian scan sendiri kat mesin chek harga tu

    ReplyDelete
  7. ini kalo kena dengan suami ina.. dia dah panggil manager.kikikiki.. pernah jugak sekali berlaku kes sebegini. lepastu, manager dia bagi saguhati tanda minta maaf sekotak air soya dan biskut

    ReplyDelete

Powered by Blogger.