Seminggu Yang Padat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SEMINGGU YANG PADAT // Allhamdulillah, melalui seminggu yang padat dengan kekuatanNya... Saya ni memang jenis cool dan kalau dah busy memang kelam kabut skit. Skit je la.... hehehe.... Mula dari hari Ahad, masih cool seperti biasa ke ofis dan buat kerja. 


Hari Isnin, dah masuk ofis 7.30 punch in jumpa dekan saya terus la kelam kabut kesibukan. Saya cakap nak jumpa dia tapi tesis saya belum print lagi. Katanya hari tu sehari dia free.... Memang duk ofis sepagian saya duk set up compile semua  tesis saya.... dah nak sampai tengahari hmpir pukul 12, bila nak masukkan page number, setting ke laut jadinya, tak tahu la macamana jadi, so number page tak sama.... saya dah kepenatan.... stop! ambil kak ngah kat tadikanya. Lepas zohor hantar dia ke Pusat Islam, balik ofis sambung semula..... sampai petang duk setting Microsoft word dengan gabungkan semua tesis saya dari bab satu sampai 6, juga tak jadi, sebabnya dalam file saya tu ada paper yang potrait dan landscap. Memang tak pernah masuk kursus microsoft word cam ni la jadinya.... dah pukul 5 lebih saya stop je la. Tak ade rezeki nak print dan bagi dekan saya tengok.... Tak apa la Sheila, u dah try the best, sambung esok. 

Selasa
Diumumkan sebagai cuti umum pula, kemangkatan Sultan Kedah. Ya Allah, kepala duk ingat tesis je yang tak boleh nak set up page number dan nak print.... Rabu, nak kena pergi USM lak. Saya masuk ofis ambil dokumen saya yang nak bawa ke USM. 


Kat rumah tak boleh nak buat kerja juga, baby Nur Jannah tak mahu tidur. May be saya ada kakak-kakaknya ada dia tak mahu tidur. Sampai malam, saya nak bagi dia tidur tak tidur-tidur juga sampai la 11.15 malam baru dia tewas akhirnya. Latop saya dari petang lagi duk on tak boleh nak sentuh buat kerja. 


Dah kepenatan seharian dengan anak-anak saya pun tewas juga. 

Rabu
Lepas Subuh saya terus sambung buat kerja saya sampai siap tapi ini yang nak dihantar pada sv saya nanti. Print, siap!. Bersiap nak ke Penang. Settlekan anak-anak. Pukul 11.30 tengahari kami bertolak... Sampai USM dalam pukul 2 terus ke school saya... tapi lama duk tunggu sv saya ada kerja then dia blum makan lagi. Saya cakap tak apa la prof makan dulu 3.30 saya jumpa prof... So, kami pun pergi makan sama.... 

print dulu keja yang perlu dihantar

Discussion sampai la pukul 5.30. tak perasan staf ofis pun dah balik. Saya nak tukar tajuk tesis saya, saya tulis lain semasa submit borang tu minggu lepas. Discuss dengan sv saya then dipersetujui tajuk tesis saya ditukar. Bukan tukar apa kena masukkan DV saya, saya tertinggal tulis masa tu. Bila dah finalize panjang lak tajuk tesis saya:
Pengaruh Personaliti, Psikologi dan Filem Menerusi Keseronokan dan Nilai Agama Terhadap Kepercayaan Alam Ghaib dalam Filem Seram.

The Influences of Personality, Psychology and Film through Enjoyment and Religious Value towards Supernatural Belief in Horror Films

Panjangnya.... tapi saya tak boleh nak skip sebab semua elemen dalam tajuk tu adalah pemboleh ubah yang saya kaji dalam tesis tu. Bila translate kot BI nampak lagi jelas dan cantik. Kot Bahasa dia pelik dan rasa panjang.....

Walaupun, kepenatan! allhamdulillah settle kerja saya di USM. Kami bertolak balik dah pukul 6 petang.... Maghrib di Gurun, sampai Jitra berhenti makan kat sana. Sampai rumah dalam pukul 9.45 malam.... Memang penat tapi syukur semuanya dipermudahkanNya.... 

Khamis
Masuk ofis seperti biasa, bawa kakak dia cuti hari ni. Tak bagi ikut dia nak ikut juga. Saya banyak kerja. Kami breakfast dulu, then hantar kak ngah ke tadika. Pastu masuk ofis siapkan tesis saya yang hari Isnin. 

Haduiii... pening, memang tak leh nak kuar juga page number. Saya dah penant! Tengok dekan pun tak masuk. Tak apa la apa yang ada saya pergi print. Kakak kata kenapa mama tak print kat ofis, kesian mama, kat tempat print tu kan tak ada orang.... tak apa la kakak Allah tahu apa kita buat! biar la susah sekarang. Mama segan nak print kat ofis nak guna printer ofis buat kerja mama. Saya ke kedai fotostat print. 208 muka surat. Separuh saya dah print. 

Berpusing-pusing Cari Kedai Nak Binding
Kat kedai fotostat lak ramai sangat student. Nak binding saya terpaksa pergi cari kedai lain. Kedai pertama, kedua, ketiga saya pergi tutup dan ramai sangat student! Ya Allah... satu UUM saya pusing! last sekali saya terpaksa bergegas ke Changlun binding kat sana. Penat kakak ikut saya! 

Allhamdulillah Allah Maha Pengasih dapat binding dengan adik yang baik, tauke dia lak bagi diskaun.... Lama tak nampak saya kata taukenya! hehehe.... Akhirnya dapat juga tengok satu tesis saya digabungkan.... ini content sahaja tak termasuk full reference dan lampiran....


Kalau tak kena jumpa dekan memang saya tak print semua tesis saya ni sebab saya masih dalam proses pembetulan dengan sv saya, tapi nak kena jumpa dekan terpaksa jua kena print dekan nak tengok betul ke kerja saya siap sampai sini....

Petang, saya ambil baby Nur Jannah bawa ke klinik, cucuk 5 bulan. Hari ni hari ke 172. Dah 5 bulan setengah dia, baru cucuk sebab masa nak cucuk 3 bulan dia demam.... kena anjak 2 minggu selepas tu.... 

So, kerja saya! tak dapat juga saya jumpa dekan hari Khamis sebab dekan saya pun tak ada!... eh, nampak gaya esok jua la sambungnya.....

Jumaat Sabtu..... weekend! kat rumah.... uhhh... nak tengok kain baju dan segala bagai.... banyaknya menimbun....

Salam hujung minggu semua.......


5 comments:

  1. wow akak. phd ke? bestnya tengok tebal camtuuuu. tajuk pun gempak tuuu. Moga dipermudahkan urusan ye kak :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak berapa nak rajin sgt cik nor tp terpaksa rela... hehe

      Delete
  3. gud luck sheila.
    aida br nak mula masters.
    sheila phd ye. tahniah and gud luck.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.