Demi Kalian Aku Bersabar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mereka penguat saya
Saya kena tabah
Saya kena bertahan
Saya kena sabar
Saya kena cekal


Wahai anak-anak
dan cinta
Saya akan meniti hidup ini
dengan penuh kesabaran
dan kecekalan
Biar apa yang berlaku
hidup mesti diteruskan
kepadaNya saya berpaut
keranaNya saya bersujud
Dia segalaNya
Dia CINTA saya


Sabarlah wahai anak, hidup mu tak seperti anak-anak lain, namun pandanglah mereka yang masih di bawah kalian,
Sabarlah wahai suami, hidupmu seperti suami yang lain, namun perhatikanlah mereka yang lebih rendah dari mu,
Sabarlah wahai keluarga ku, walaupun anak mu ini tidak seperti anak-anak lain, namun lihat lah anak-anak yang menderhakai ibu bapa mereka,
Sabarlah wahai Sheila, kemahuan mu tak pernah didapati, namun bersyukur la apa yang kamu ada,

Sabar itu indah
Sabar itu bahagia
Sabar itu kunci kejayaan
Sabar itu segalanya

6 comments:

  1. Sabar itu pahit yang ajan lenyap bila mana nikmatnya muncul pada ketika yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  2. Tiada insan lain terbaik saat terduga selain keluarga sendiri... bertabahlah menghadapi setiap liku ya...

    ReplyDelete
  3. sabar itu kunci segalanya. :)

    btw, lama tak singgah blog kak sheila. Dah lain. Makin cantik, kemas

    ReplyDelete
  4. Semoga sis sentiasa sabar dan tabah melalui kehidupan ini..

    ReplyDelete
  5. sentiasa sabar dan redha dalam menghapi ujian, inshaAllah moga ada manisnya selepas kepahitan

    ReplyDelete
  6. Semoga sheila sabar ya.. Harap cik ash pun setabah sheila la nanti bila ada anak2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.