Baby 5 Bulan : Apa Nak Bagi Makan?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah,
Baby Nur Jannah dah masuk 5 bulan, 30 Ogos 2017.... walaupun dah lima bulan, say belum sempat check up dia lagi... tuk injection 5 bulan dan timbang berat!


Tarikh ke klinik sama tarikh saya nak balik kampung. Ingatkan nak singgah ambil injection dulu sebelum balik kampung minggu lepas, bila saya duk kira tarikhnya 2 minggu awal... sebabnya masa injection 3 bulan tu, terlebih 2 minggu sebab baby Jannah demam... 



Perkembangan 5 bulan
Dia dah pandai dan faham orang cakap. Bila tengok saya, dia dah pandai angkat tangan suruh saya ambil dia. Dari 3 bulan dia boleh meniarap, tapi tak menyulur. Skang dia terus angkat badannya nak merangkak.... Kepala maintain botak rambut sikit.... hehehe

Aktif sangat! kalau pegang dia memang penat.... Tak reti duk diam dan dia tak suka duduk. Kalau duduk kejap je la pastu nak bangun... Bila bangun dia lompat. Yang ni memang penat la pegang dia... suka senyum pantang orang tegur.... 



Yang paling Nur Jannah suka,,,, dia suka tengok orang. Kalau tengok orang, dengan penuh perasaan tu tak berkelip.... sampai orang yang dia tengok malu tak tahu nak buat apa! hehehe.... sebenarnya dia nak suruh orang tu agah dia, dan hulur tangan ambil dia... Dia memang pantang orang hulur tangan terus senyum nak pergi... Haduiii... terlebih friendly pulak sorang ni... 

Solid Food Tuk Baby 6 Bulan
Skang saya duk survey solid food tuk dia tinggal sebulan lagi nak bagi makan, dia memang nak makan.... memang tak boleh tengok orang makan dia nak ambil, kalau tak bagi dia nangis.... terpaksa bagi susu dan bagi lagi hingga dia kenyang.... 

Ada cadangan tak apa-apa solid food??? nak kena belajar lagi ni... 


3 comments:

  1. Sha dulu just bagi bubur nasi (beras tu belnd then buat bubur..) lepas tu carrot, kentang rebus dan lenyekkan.. Buah-buahan lenyekkan juga..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.