Tawaran Biasiswa Oleh Kerajaan Macedonia

Assalamualaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

TAWARAN BIASISWA OLEH KERAJAAN MACEDONIA

google image


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.       Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat TNC (A&A)  telah menerima sesalinan makluman daripada Embassy of the Republic of Macedonia yang diperpanjangkan oleh Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan  Tinggi (KPT)  berkenaan tawaran biasiswa negara tersebut kepada rakyat Malaysia yang sedang atau akan melanjutkan  pelajaran ke Universiti Awam di Macedonia dalam bidang Macedonian Language dan pengajian di University of Information Science and Technology “St Paul the Apostle” bagi sesi 2017/2018. Biasiswa yang ditawarkan merangkumi:
                   a) Yuran pengajian penuh;
                   b) Perbelanjaan bagi visa pengajian;
                   c) Tambang tiket penerbangan;
                   d) Insuran kesihatan;
                   e) Penginapan dan makan/minum di asrama; dan
                   f) Elaun bulanan.
                  
3.       Butiran penuh tawaran boleh diperolehi daripada laman web www.stipendii.mon.gov.mk dan www.mon.gov.mk. Bersama-sama ini juga dilampirkan Nota Diplomatik daripada Kedutaan Besar Macedonia di New Delhi mengenai tawaran tersebut untuk rujukan YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan. Untuk makluman YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, hasil semakan bahagian ini dengan pihak MQA, sehingga kini tiada pengiktirafan kelayakan dalam bidang Pengajian Bahasa Macedonia dan Pengajian di University of Information Science and Technology “St Paul the Apostle” yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
 
 
Sekian, salam hormat.                 



 

1 comment:

Powered by Blogger.