Tanda Allah Menutupi Kejahatan Mu

TANDA ALLAH MENUTUP KEJAHATANMU


Berkata Al Habib Umar Al Hafidz;

"Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya."

"Dunia adalah darul asbab. Hitam putih kehidupan akhirat seseorang dicorakkan oleh diri sendiri. Kegagalan mengikut apa yang diperintahkan Allah akan menimpalah azab daripada Allah"

[Armahum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat]

"Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak), dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali Allah itu, diangkat darjatnya, oleh Allah, kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri."

"Sebagai tanda jika Allah Ta'ala ingin menutupi semua kejahatanmu, maka Allah akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika Allah ingin membuka aibmu, Allah jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain."

"Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain."

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


 

5 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.. Insyaallah jaga aib org akan terjaga aib sendiri..

    ReplyDelete
  2. Baru smlm ana dgr ucapan TGNA tu. Semoga kita semua tidak menjadi hamba yg rugi hanya kerana ada sedikit sifat2 mazmumah dlm hati kita.

    Terima kasih kak atas nasihat yg akak beri pada Ana. Sgt lega bila baca komen akak. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. Ramai yang tak sedar selama ini Allah SWT menjaga aibnya, tetapi diri sendiri tetap nak mengaibkan diri sendiri

    ReplyDelete
  4. tq untuk perkongsian... ingatan untuk semua

    ReplyDelete

Powered by Blogger.